
Jika ditanya, rata-rata semua orang pasti pernah makan lewat malam bukan? Bila dah lapar pasti ingin kenyangkan perut. Kalau tidak, rasa susah untuk tidur. Tapi, makan lambat pada waktu malam bukan sesuatu perkara yang baik untuk diri anda.
Nak tahu kenapa?
Menurut Sleep Foundation, makan sebelum tidur akan meningkatkan risiko GERD, pedih ulu hati dan simptom lain yang berkaitan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Boleh ke saya makan sebelum tidur ?
Anda perlu tahu, waktu makan malam yang sesuai ialah pada pukul 7 malam. Lebih mudah jika anda elakkan makan makanan dua hingga empat jam sebelum tidur.
Jadi, lebih baik ada jarak di antara waktu anda makan dan waktu tidur. Jika tidak, ada banyak kesan yang boleh berlaku akibat makan lambat di waktu malam.

5 Keburukan makan lewat malam
1. Mencetus asid refluks pada badan
Makan sebelum tidur dalam masa 2-3 jam boleh mencetuskan pengeluaran asid dalam perut. Ditambah lagi dengan berbaring sejurus selepas makan boleh menyebabkan asid refluks naik ke dalam esofagus, lalu menyebabkan ketidakselesaan dan kerengsaan.
2. Mengalami gangguan hormon
Tahukah anda, makan lewat malam juga boleh menjejaskan keseimbangan hormon, terutamanya hormon insulin, yang mengawal paras gula dalam darah. Makan lewat boleh menyebabkan kadar gula darah dan insulin pada waktu malam lebih tinggi lalu meningkatkan risiko rintangan insulin.
3. Mengalami gangguan pencernaan

Akibat makan lambat, anda boleh mengalami gangguan pencernaan. Lebih-lebih lagi jika anda terus berbaring selepas makan! Ini akan menyukarkan makanan untuk bergerak di dalam usus. Sebab itulah, anda akan mengalami pedih ulu hati ataupun ketakcernaan.
4. Mengganggu kitaran tidur, antara keburukan makan lewat malam
Makan sebelum tidur boleh mengganggu waktu tidur anda. Percaya atau tidak, badan anda akan mengalami ketakcernaan seperti sendawa, berangin dan rasa pedih di bahagian abdomen. Anda juga akan mudah terjaga dua atau tiga jam selepas tidur.
Jadi, berpada-pada jika makan sebelum tidur dan ambil buah seperti epal sebagai alas perut di waktu malam.
5. Berat badan semakin bertambah
Pertambahan berat badan juga berkait dengan pemakanan dan tidur. Pada ketika ini, anda akan cenderung untuk makan makanan yang tinggi kalori, makanan yang manis dan snek yang tidak sihat sebagai solusi lapar.
Situasi ini sering kali dihadapi oleh 15-20% individu yang bekerja mengikut shift. Oleh sebab itu, anda perlu mengubah corak pemakanan yang lebih sihat untuk mencegah pertambahan berat badan.

Makan sebelum tidur perlu dielakkan
[embed-health-tool-bmr]





