backup og meta

Tersadung @ Terjatuh Semasa Hamil? Bawa Bertenang, Fahami Perkara-Perkara Ini Dahulu!

Tersadung @ Terjatuh Semasa Hamil? Bawa Bertenang, Fahami Perkara-Perkara Ini Dahulu!

Semasa kehamilan, disebabkan lebihan berat pada perut dan perubahan hormon, pusat graviti boleh beranjak serta pelonggaran sendi dan otot membuatkan kejadian ibu hamil terjatuh adalah perkara yang biasa berlaku.

Malah, menurut laporan Kari Dunning in the Maternal Child Health Journal (2010), 27% daripada bakal ibu hamil terjatuh sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh kehamilan mereka.

Kajian oleh University of Cincinnati menunjukkan bahawa insiden terjatuh memberikan sehingga 29% trauma kepada ibu hamil.

Awal kehamilan

Biasanya, tiada apa yang anda perlu risau selepas tersadung sedikit kerana tubuh anda secara semula jadinya direka untuk melindungi fetus dengan dinding uterus yang tebal dan banyak cecair amnion untuk perlindungan.

Pada awal kehamilan, uterus anda masih berada di dalam pelvis, malahan ia adalah lebih selamat.

Jadi, jika anda terjatuh pada trimester pertama kehamilan, bayi dalam kandungan anda berkemungkinan tiada mengalami apa-apa.

Lewat kehamilan

wanita hamil

Walau bagaimanapun, jika anda terjatuh pada penghujung kehamilan, ini mungkin akan menyebabkan kelahiran awal.

Jika anda berasa sebarang kesakitan selepas terjatuh, atau jika anda mengalami pendarahan faraj, cecair amnion bocor, kontraksi uterus, maka anda perlu menghubungi segera hospital.

Trauma kepada fetus boleh menjurus kepada gangguan plasenta.

Gangguan plasenta yang teruk diketahui boleh menyebabkan kelahiran pramatang, dalam kes yang lebih teruk – berlakunya kematian janin, dan juga kematian ibu.

Perlukah anda berasa risau?

Kelahiran pramatang disebabkan oleh trauma abdomen ringan, biasanya boleh diatasi dengan rehat yang mencukupi dan penghidratan.

Gangguan yang tidak serius boleh sembuh secara perlahan tanpa campur tangan apa-apa.

Trauma teruk yang menyebabkan pemisahan kritikal plasenta akan memerlukan kelahiran segera.

Jika pendarahan berterusan selepas kelahiran, doktor mungkin perlu melakukan hysterectomy.

Kejadian jatuh pasti akan menakutkan mana-mana ibu hamil.

Percayalah jika anda hanya mengalami jatuh ringan, ia tidak akan mencederakan bayi anda.

ibu hamil diabetes

Memandangkan anda tidak boleh menghalang kemalangan daripada berlaku, anda boleh sentiasa mengurangkan risiko dengan cara berhati-hati dengan persekitaran anda, seperti jalan berlubang ataupun permukaan yang licin.

Ketepikan dahulu kasut tumit tinggi kegemaran anda, cuba pakai kasut yang leper.

Jika anda perlu naik tangga, jalan perlahan-lahan dan pegang kuat-kuat pada selusur tangga.

Jangan segan untuk meminta bantuan jika anda memerlukan sebarang pertolongan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Dunning, K., LeMasters, G., & Bhattacharya, A. (2009). A Major Public Health Issue: The High Incidence of Falls During Pregnancy. Maternal And Child Health Journal, 14(5), page 720-725. http://dx.doi.org/10.1007/s10995-009-0511-0

Trauma and Surgery During Pregnancy. http://www.brooksidepress.org/Products/OBGYN_Morning_Rounds/Afternoon_Lectures/Trauma_and_Surgery_During_Pregnancy.htm. Accessed August 18, 2016.

I’m pregnant and recently fell. Should I be worried? http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/expert-answers/fall-during-pregnancy/faq-20119023. Accessed August 18, 2016.

Versi Terbaru

30/11/2020

Ditulis oleh Dian Sonnerstedt

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Bagaimana Rasanya Sakit Kontraksi? Ibu Perlu Peka Sebelum Dekat Tarikh Bersalin!

Elak Bersama Ketika Awal Mengandung Jika Ibu Alami 7 Tanda Ini!


Ditulis oleh

Dian Sonnerstedt

Yoga · Yoga Alliance


Disemak pada 30/11/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan