Kaki Membengkak Ketika Hamil: Bagaimanakah Mengawalnya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Pembengkakan pada kaki dan buku lali atau dikenali sebagai edema merupakan antara masalah fizikal yang biasa berlaku kepada bakal ibu terutamanya selepas minggu ke-22 kehamilan. Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana edema adalah tidak berbahaya. Anda boleh merawatnya sendiri di rumah berpandukan kepada huraian artikel ini.

Apakah yang menyebabkan pembengkakan kaki ketika hamil?

Pembengkakan boleh terjadi apabila tubuh badan anda menghasilkan cecair ekstra untuk tujuan penyusuan bayi. Cecair ini kebiasaannya akan disimpan di dalam tisu dan kebanyakannya akan tersimpan di bahagian bawah tubuh badan kesan daripada graviti. Selain itu, pembengkakan juga merupakan kesan daripada tekanan tambahan daripada rahim yang sedang membesar terhadap saluran darah pelvik dan vena cava. Ini akan mengakibatkan perjalanan darah ke bahagian kaki menjadi perlahan sekaligus menyebabkan tisu di bahagian ini menerima lebih banyak cecair daripada bahagian atas tubuh badan.

Edema juga lebih berbahaya kepada ibu hamil anak kembar ataupun ibu hamil yang terpaksa berdiri lama.

Bagaimanakah merawat pembengkakan kaki ketika hamil?

Melakukan senaman menggunakan kaki merupakan antara metode yang terbaik untuk menghalang dan melegakan pembengkakan pada kaki dan buku lali kerana ia membantu melancarkan pengaliran darah serta menghalang otot betis daripada kekejangan. Berikut merupakan senaman-senaman yang dicadangkan:

  • Bengkokkan dan luruskan kaki anda berulang kali sekurang-kurangnya 30 kali untuk kedua-dua belah kaki.
  • Gerakkan kaki anda dalam pergerakan membulat 8 hingga 10 kali untuk kedua-dua belah kaki.
  • Keluarkan lebihan cecair ini dengan membalut kawasan yang membengkak dengan balutan kain sehingga balutan itu menjadi basah. Ulangi rutin ini seberapa kali yang mungkin.  
  • Urutkan kaki anda bagi melancarkan pengaliran darah. Jika perlu, gunakan minyak untuk kesan yang lebih relaks, mudah dan selesa.

Bagaimanakah menghalang pembengkakan kaki ketika hamil?

  • Tidur pada bahagian kiri badan. Ini bertujuan untuk tidak memberi tekanan terhadap vena cava.
  • Pastikan kaki anda dinaikkan pada posisi yang tinggi ketika sedang relaks atau tidur.
  • Pakai stoking dan kasut yang bersesuaian.
  • Pastikan berat badan anda berada pada tahap yang baik dengan melakukan senaman secukupnya dan mengambil diet yang seimbang.
  • Minum air yang banyak. Dehidrasi akan menyebabkan isyarat dihantar kepda badan anda untuk mengekalkan lebih banyak cecair.
  • Elakkan pengambilan kafein, alkohol dan garam.
  • Elakkan berdiri pada tempoh waktu yang lama atau menyilangkan kaki.
  • Elakkan berada di tempat yang bersuhu panas.

Bilakah perlu berjumpa doktor?

Meskipun edema merupakan kondisi yang normal dalam kalangan ibu hamil, ia juga mungkin merupakan petanda risiko penyakit yang lain. Hubungi doktor jika anda mempunyai petanda-petanda seperti berikut, yang mungkin menunjukkan bahawa anda dijangkiti praeklampsia atau thrombosis:

  • Pembengkakan yang teruk secara tiba-tiba pada bahagian muka, tangan dan kaki
  • Pening kepala yang teruk
  • Gangguan penglihatan
  • Cirit-birit dan muntah-muntah
  • Hanya sebelah sahaja kaki membengkak dan betis menjadi kemerah-merahan

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Apa Itu Urologi: Kenali Simptom, Punca Dan Rawatan Untuk Masalah Saluran Kencing Anda

    Ramai yang kurang tahu mengenai kepakaran urologi dan kepentingannya bukan sahaja buat lelaki malahan wanita. Mari kenali apa itu urologi dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Urologi 21/01/2021 . 6 minit bacaan

    Maut Disebabkan Terkena Jangkitan Saluran Kencing? Tak Mustahil Terjadi Jika Alami Keadaan Ini…

    Bolehkah seseorang itu maut hanya disebabkan oleh jangkitan saluran kencing? Jawapannya adalah ya jika ada tanda sepsis yang berlaku. Apa itu sepsis?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 21/01/2021 . 3 minit bacaan

    Anak Menangis Sampai Muka Jadi Biru? Mak Ayah Usah Biarkan! Ini Namanya Raungan Senyap

    Siapa tak risau apabila melihat bayi menangis jadi kebiruan akibat tahan nafas. Lebih teruk lagi jika perkara ini sering menjadi punca anak pengsan...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 21/01/2021 . 3 minit bacaan

    Tinggalkan Hand Sanitiser Di Dalam Kereta, Masih Boleh Guna Atau Sudah Tidak Berkesan?

    Susah untuk membasuh tangan dan lebih suka gunakan pensanitasi tangan? Pastikan anda tahu bila anda perlu beli botol baharu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 21/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesan buruk melancap

    Kerap Melancap Punca Pundi Kencing Lemah & Selalu Ke Tandas, Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/01/2021 . 3 minit bacaan
    miss v gatal wanita

    Miss V Terasa Gatal-gatal? Ini 5 Penyebab Utama Faraj Wanita Kerap Alami Kegatalan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 21/01/2021 . 3 minit bacaan
    batu karang

    Awas.. Syok Makan Ini, Makan Itu, Rupa-rupanya Agen Utama Batu Karang Ginjal!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 21/01/2021 . 5 minit bacaan
    sakit buah pinggang

    7 Tanda Penyakit Buah Pinggang Yang Harus Anda Perhatikan, Jangan Biar Ia Semakin Parah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 21/01/2021 . 5 minit bacaan