backup og meta

Ibu Hamil Trimester Ke-2, Jangan Makan Sembarangan! Fokus 5 Nutrisi Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/01/2023

    Ibu Hamil Trimester Ke-2, Jangan Makan Sembarangan! Fokus 5 Nutrisi Ini

    Di saat wanita sedang hamil, banyak perkara yang perlu diberi lebih perhatian dalam usaha untuk menjaga pertumbuhan dan perkembangan kandungan. Ini termasuklah hal pemakanan ibu hamil trimester kedua.

    Nutrisi merupakan antara aspek yang sangat penting untuk dijaga sepanjang kehamilan di trimester ini.

    Untuk tahu jenis nutrisi termasuk makanan dan minuman yang disarankan untuk ibu hamil trimester kedua, terus baca artikel ini!

    Apa jadi ketika wanita hamil trimester kedua?

    Pada waktu ini, janin di dalam kandungan ibu hamil akan mula tampak seperti seorang ‘manusia’ kerana semua organ dan tubuh badan bayi akan mula terbentuk dan terlihat.

    Pada minggu ke-15 khususnya, tulang janin sudah mula membentuk dan mula memadat begitu juga dengan otot, saraf, kepala dan rambut bayi yang juga akan menumbuh.

    Pada minggu ke-27 akhirnya, sistem pernafasan janin yang terdiri daripada paru-paru dan organ lain akan mula matang menandakan kehidupan itu sudah hampir sempurna.

    Dalam usaha untuk anda menyokong segala pertumbuhan dan perkembangan janin di dalam kandungan itu, ibu hamil wajar ambil nutrisi penting agar mendapat kehamilan yang sihat dan proses jadi lebih lancar.

    pemakanan ibu hamil trimester kedua

    Persoalannya, apa jenis pemakanan ibu hamil trimester kedua yang disarankan pakar? Ini jawapannya!

    Nutrisi penting dan pemakanan ibu hamil trimester kedua!

    Untuk pengetahuan anda semua, nutrisi-nutrisi yang wajar untuk wanita mengandung trimester kedua ambil adalah tidak jauh berbeza dengan ibu mengandung trimester pertama.

    Untuk tahu dengan lebih mendalam, berikut ini adalah antara nutrien dan pemakanan ibu hamil trimester kedua yang penting buat anda:

    #1. Asid lemak omega-3

    Asid lemak omega-3 ini memang sangat diperlukan dalam usaha melancarkan pertumbuhan dan perkembangan otak serta sistem saraf janin sejak awal usia di dalam kandungan.

    Pengambilan nutrisi ini adalah sangat bagus untuk sistem penglihatan, pendengaran, pemahaman bahasa dan memori bayi apabila mereka sudah lahir ke dunia ini kelak.

    Ketika trimester ini, anda mungkin perlu ambil sekurang-kurangnya 1.4 gram asid lemak ini sehari sepanjang kehamilan daripada sumber seperti ikan, telur, walnut dan lain-lain.

    Pemakanan ibu hamil trimester kedua perlu ambil #2. Folat

    pemakanan ibu hamil trimester kedua

    Folat atau asid folik cenderung untuk diambil sebelum kehamilan bagi wanita yang sedang merancang untuk mengandung, namun ia juga harus diteruskan sehingga ke trimester kedua.

    Pengambilan sekurang-kurangnya 600 mg asid folik sehari dipercayai mungkin mampu untuk mengurangkan risiko kecacatan pada janin terutamanya kondisi spina bifida.

    Anda mungkin boleh mendapatkan nutrien ini melalui pelbagai jenis makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, daging putih atau daripada suplemen tambahan.

    Pemakanan ibu hamil trimester kedua perlu ambil #3. Kalsium

    Ketika wanita hamil trimester kedua, proses pembentukan dan kepadatan tulang janin itu akan bermula. Maka kalsium adalah antara nutrien yang anda tidak boleh abaikan.

    Ketika ini juga, keperluan kalsium wanita hamil adalah cukup penting dan tinggi untuk dipenuhi iaitu sekitar 1,200 mg setiap hari demi kesihatan tulang buat si ibu serta bayi.

    Tidak sukar untuk memperolehi kalsium kerana ada banyak makanan yang tinggi dengan kalsium terutamanya produk tenusu seperti susu, keju, yogurt serta sumber lain juga.

    #4. Zat besi

    Keperluan zat besi buat ibu hamil akan semakin tinggi apabila tarikh untuk mereka bersalin sudah semakin dekat dan trimester kedua pula berada di pertengahan proses itu.

    Disebabkan itu juga, anda mungkin perlu untuk mengambil nutrien zat besi daripada sumber seperti daging merah, kuning telur, kekacang ataupun melalui suplemen tambahan.

    Pada trimester pertengahan ini pula, keperluan untuk zat ini diambil adalah sekitar 35 mg sehari atau mungkin kurang atau lebih bergantung kepada wanita hamil itu sendiri.

    pemakanan ibu hamil trimester kedua

    #5. Zink

    Sama juga dengan zat besi, keperluan zink akan meningkat di saat trimester kedua dan ketiga kerana ia adalah trimester yang paling hampir dengan proses kelahiran.

    Buat wanita hamil trimester kedua, mereka mungkin perlu ambil sekitar 14 mg zink sehari dalam usaha untuk mengurangkan risiko kecacatan atau kelahiran pramatang.

    Dalam usaha itu, anda perlu memenuhi keperluan ini dengan cara menikmati makanan seperti daging merah, makanan laut, kekacang dan lain-lain sumber kaya nutrien ini.

    Jangan abai nutrisi yang lain juga…

    Selain 5 nutrisi di atas ini, ibu mengandung trimester kedua juga tidak boleh abai nutrien lain seperti protein dan vitamin D agar kehamilan anda di trimester ini akan lebih lancar.

    Dalam pada itu, jangan kurang minum air agar diri kalian sentiasa terhidrat dengan baik ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan