backup og meta

Jangan Biarkan Kaki Bengkak Masa Hamil Terus Menyakiti Anda, ATASI Dengan 6 Cara Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 31/07/2022

    Jangan Biarkan Kaki Bengkak Masa Hamil Terus Menyakiti Anda, ATASI Dengan 6 Cara Ini!

    Kebanyakan ibu mengandung akan mengalami isu bengkak kaki semasa tempoh kehamilan. Walaupun ia keadaan normal tetapi tiada salahnya untuk berasa bimbang disebabkan ketidakselesaan yang dialami.

    Memahami punca dan cara terbaik untuk merawat masalah ini pastinya akan membantu untuk mendapatkan keselesaan sewajarnya sepanjang berbadan dua. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Mengapa ibu mengandung akan bengkak kaki?

    Umumnya terdapat 3 sebab utama seorang wanita sedang hamil untuk berdepan masalah kaki yang bengkak, iaitu:

    Atas ketiga-tiga sebab di atas, darah anda cenderung berkumpul pada kaki. 

    Di sana, sejumlah kecil darah mengalir melalui saluran darah kecil ke dalam tisu dan menghasilkan pembengkakan yang dapat anda lihat dan rasai.

    bengkak kaki

    Bahagian bengkak kaki

    Biasanya ibu mengandung akan mengalami pembengkakan pada bahagian kaki dan pergelangannya.

    Anda mungkin berasakan jari tangan tampak sedikit besar – cukup untuk membuatkan cincin perkahwinan terasa ketat. Namun pembengkakan pada jari tidaklah begitu ketara.

    Masalah bengkak ini sering terjadi pada lewat kehamilan. 

    Ini disebabkan oleh graviti – sebarang cecair tambahan akan berkumpul pada bahagian kaki dan pergelangannya, khususnya jika anda lebih banyak menghabiskan masa berdiri. 

    Usah bimbang kerana bengkak yang dialami tidak mendatangkan sebarang risiko kepada bayi dalam kandungan, cuma anda akan berasa tidak selesa. 

    Baca juga:

    Tip mengurangkan pembengkakan

    Sudah tentu bagi ibu mengandung yang mengalami masalah bengkak kaki ingin mengetahui cara untuk mengatasi keadaan itu, betul tak?

    Terdapat beberapa perkara mudah dapat membantu membuatkan anda berasa lebih selesa, sekali gus mencegah daripada berlakunya pembengkakan.

    Anda boleh cuba untuk:

    #Kurangkan berdiri

    Wanita yang sedang hamil disarankan untuk mengelak daripada berdiri terlalu lama. 

    Sekiranya boleh, ketika duduk, posisi kaki ditinggikan sedikit. Sekali sekala, secara perlahan-lahan luruskan kaki untuk meregangkan otot betis.

    Semasa baring juga, pastikan kedudukan kaki ditinggikan sedikit.

    #Tidur mengiring cegah bengkak kaki 

    Posisi tidur ibu mengandung juga memainkan peranan penting.

    Sebaiknya anda digalakkan untuk tidur mengiring ke sebelah kiri. 

    Ia bertujuan untuk menghilangkan tekanan pada urat besar yang mengembalikan darah daripada bahagian bawah badan ke jantung – inferior vena cava. 

    Di samping itu, anda juga boleh mengurangkan masalah pembengkakan pada kaki dengan meletakkan bantal sebagai pelapik bagi meninggikan bahagian kaki. 

    #Stoking mampatan

    Untuk mengurangkan bengkak kaki, doktor mungkin akan menyarankan ibu mengandung untuk memakai seluar atau stoking mampatan pada siang hari.

    Stoking mampatan dapat membantu aliran darah kembali ke jantung dan mengehadkan jumlah masalah bengkak yang akan anda alami.

    #Aktif secara fizikal

    Seorang wanita yang sedang berbadan dua amat digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal secara berkala setiap hari.

    Anda boleh memilih untuk berjalan, mengayuh basikal pegun atau berenang di kolam.

    Jika tidak pasti aktiviti senaman yang bersesuaian, dapatkan rundingan doktor untuk lebih kepastian. 

    bengkak kaki

    #Berjalan atau berdiri dalam kolam

    Umumnya tidak banyak penyelidikan mengenai penggunaan tekanan air dalam membantu mengurangkan pembengkakan kaki dan pergelangan kaki.

    Walau bagaimanapun, berjalan atau sekadar berdiri di dalam kolam air nampak membantu memampatkan tisu pada kaki dan dapat memberikan kelegaan sementara apabila mengalami masalah bengkak.

    #Pakaian longgar

    Pakailah pakaian longgar kerana baju yang ketat boleh menyekat aliran darah.

    Elakkan daripada memakai stoking yang terlalu ketat pada bahagian pergelangan kaki atau betis.

    Sekiranya anda perlu berdiri dalam jangka masa yang lama, cubalah bergerak dan menukar kedudukan dengan kerap.

    Urut dan refleksologi juga dapat membantu mengurangkan bengkak kaki dan gejala yang berkaitan. Tetapi pastikan ia dilakukan oleh mereka yang pakar. 

    Seperkara perlu ibu mengandung ingat, walaupun bengkak yang dialami mengganggu anda tetapi sentiasa ingat untuk minum secukupnya.

    Menjaga jumlah pengambilan cecair harian penting untuk mengelakkan dehidrasi dan tetap berada dalam keadaan sihat.

    Sentiasa berwaspada 

    Sebilangan besar wanita hamil mengalami bengkak pada kaki serta pergelangan kaki dan ia adalah satu keadaan normal.

    Masalah ini biasanya akan hilang sebaik sahaja selamat melahirkan anak.

    Namun, ada kalanya bengkak kaki boleh menjadi petanda sesuatu yang lebih serius.

    Segera dapatkan pemeriksaan jika:

    • Mengalami bengkak pada awal hari atau tidak berkurangan ketika berehat
    • Muka atau tangan turut mengalami bengkak
    • Bengkak yang dialami lebih banyak berbanding hari sebelumnya

    bengkak kaki

    Ini adalah tanda amaran untuk pre-eklampsia, iaitu tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kehamilan.

    Ini adalah keadaan yang sangat serius bagi anda dan bayi.

    Sekiranya sebelah kaki mengalami keadaan bengkak yang banyak, ia mungkin menunjukkan masalah lebih serius dengan salah satu urat anda, seperti trombosis urat dalam.

    Untuk kedua-dua keadaan di atas, anda perlu melakukan pemeriksaan segera!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 31/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan