backup og meta

Peluang Dapat Anak Kembar Tinggi Jika Ambil Asid Folik, Betul Ke? Ini Jawapan Tepat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 09/05/2022

    Peluang Dapat Anak Kembar Tinggi Jika Ambil Asid Folik, Betul Ke? Ini Jawapan Tepat!

    Ada ke suplemen untuk dapat anak kembar? Sudah tentulah ada. Kalau nak tahu, teruskan membaca perkongsian artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Suplemen untuk dapat anak kembar

    Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan kehadiran zuriat sebagai pelengkap kepada rumah tangga mereka.

    Bagi pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan cahaya mata, mungkin terlintas untuk terus mendapatkan anak kembar.

    Namun, usaha untuk mendapatkan bayi kembar seringkali dikaitkan dengan kos yang tinggi. Antaranya seperti menggunakan kaedah Intrauterine Insemination (IUI) atau In Vitro Fertilization (IVF).

    American Society for Reproductive Medicine melaporkan bahawa kehamilan kembar secara semula jadi berlaku dalam kira-kira 1 daripada setiap 250 kehamilan.

    Dan, kadar ini adalah lebih tinggi dalam kalangan wanita yang mendapatkan rawatan kesuburan, di mana kira-kira 1 dalam setiap 3 kehamilan yang menggunakan rawatan kesuburan merupakan kehamilan kembar.

    Selain menggunakan kaedah kesuburan yang sinonim dengan usaha untuk mendapatkan bayi kembar ini, ada lagi kaedah lain untuk membantu untuk meningkatkan peluang hamil anak kembar.

    Antara usaha yang boleh dilakukan adalah melalui pengambilan asid folik.

    Vitamin penting asid folik

    suplemen untuk dapat anak kembar

    Asid folik adalah vitamin B penting yang perlu diambil oleh wanita sebelum dan semasa hamil.

    Asid folik perlu diambil sebelum hamil kerana vitamin ini merupakan salah satu komponen utama yang penting untuk menghasilkan bayi yang sihat.

    Anda perlu mengambil asid folik sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum kehamilan bagi mengurangkan risiko kecacatan tiub neural seperti spina bifida pada bayi.

    Pakar mengesyorkan pengambilan sekurang-kurangnya 400 mikrogram asid folik sehari bagi wanita yang sedang merancang untuk hamil. Jumlahnya harus ditingkatkan kepada 600 mikrogram semasa hamil.

    Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai sejarah keluarga kecacatan kelahiran, doktor mungkin akan menyarankan untuk anda mengambil lebih daripada 400 mikrogram asid folik sehari.

    Justeru itu, asid folik bukan sahaja menjadi vitamin penting yang membantu anda untuk hamil. Bahkan juga membantu memastikan kehamilan yang sihat.

    Berjumpalah dengan doktor bagi mengetahui dos asid folik yang perlu anda ambil untuk merancang kehamilan dan semasa kehamilan.

    Anda mungkin berminat:

    Bolehkah asid folik bantu pasangan hamil anak kembar?

    Terdapat beberapa kajian kecil yang menunjukkan bahawa pengambilan asid folik boleh meningkatkan peluang untuk kehamilan kembar.

    Akan tetapi, tiada mana-mana kajian besar yang mengesahkan perkara ini.

    Menurut kajian yang dilakukan di Sweden, bakal ibu yang mengambil suplemen asid folik cenderung untuk mendapat bayi kembar.

    Ini di mana suplemen tersebut boleh meningkatkan peluang untuk kehamilan kembar.

    Ahli saintis di Sweden berkata, pengambilan suplemen asid folik boleh menggandakan peluang untuk kehamilan kembar.

    Ramai wanita yang mengambil vitamin asid folik sebelum dan semasa hamil untuk mengurangkan risiko bayi mendapat kecacatan tiub neural, seperti spina bifida.

    Di wajibkan di Amerika Syarikat

    suplemen untuk dapat anak kembar

    Di Amerika Syarikat, penambahan asid folik adalah diwajibkan dalam bijirin sarapan pagi dan roti gandum penuh sejak 1998, dan ia mencatatkan pengurangan kes spina bifida sebanyak 19 peratus.

    Bagaimanapun, Dr Bengt Kallen of the Tomblad Institute in Lund, Sweden dan pasukannya mengkaji kes yang melibatkan 2,569 wanita di Swedish Medical Birth Registry, yang mengambil suplemen asid folik.

    Kadar kelahiran kembar dalam kalangan wanita-wanita ini adalah sebanyak 2.8 peratus. Dianggarkan kira-kira dua kali ganda daripada populasi umum masyarakat Sweden, iaitu 1.5 peratus kelahiran adalah kembar.

    Dalam laporannya, Dr Kallen mengatakan bahawa terdapat kebarangkalian pengambilan vitamin asid folik meningkatkan kemungkinan kadar ovulasi wanita atau implantasi lebih daripada satu telur.

    Sementara itu, Sir John Grimley Evans dari Oxford University menegaskan bahawa banyak lagi kajian perlu dibuat bagi mengetahui kesahihan kaitan antara asid folik dan kehamilan kembar.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 09/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan