backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Cyst Ketika Hamil Bahaya? Jika Mak Buyung Alami Sista Ovari, Ambil Tahu Fakta Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 04/10/2022

    Cyst Ketika Hamil Bahaya? Jika Mak Buyung Alami Sista Ovari, Ambil Tahu Fakta Ini!

    Ibu yang sedang mengandung mungkin akan berdepan dengan masalah cyst ketika hamil, iaitu sista ovari. Salah satu tandanya ialah rasa sakit pada bahagian perut.

    Walaupun sista ovari selalu terjadi, ramai wanita yang masih lagi tidak tahu akan kekerapan sista ini menyerang wanita mengandung.

    Oleh itu, jom ikuti artikel kami untuk penjelasan yang lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu sista ovari?

    Ramai perempuan rasa takut apabila bercakap tentang cyst. Namun, tahukah anda bahawa cyst ovari adalah sesuatu yang biasa berlaku?

    Malah, bukan sesuatu yang luar biasa jika doktor anda mengesan kehadiran sista ketika anda berbadan dua.

    Jika anda mengalami masalah cyst ketika hamil, bawa bertenang. Ini bukanlah bermakna dunia anda akan berakhir! Anda perlu tahu bahawa bukan semua sista bahaya ataupun boleh membawa maut.

    Malah, kebanyakan cyst ovari tidak akan mendatangkan apa-apa kesan pun terhadap ibu dan juga bayi. Kadang-kadang, cyst itu akan hilang dengan sendirinya!

    cyst ketika hamil

    Walau bagaimanapun, ada juga sista yang boleh mendatangkan kesakitan kepada si ibu. Cyst yang terlalu besar akan buatkan ibu rasa sakit pada bahagian pelvis dan perut.

    Jarang untuk cyst ovari menjadi malignan dan bertukar menjadi kanser. Malah, hanya 1 dalam 1,000 wanita sahaja yang berisiko untuk menghidap kanser hasil daripada pembentukan sista dalam ovari mereka.

    Cyst ketika hamil tidak akan ganggu kesuburan anda

    Kebanyakan wanita yang mengalami cyst ovari ketika mengandung langsung tidak sedar mereka mempunyai sista sehinggalah melalui ujian ultrasound ataupun MRI.

    Doktor akan melakukan pemantauan yang ketat terhadap cyst jika ia berlaku ketika kehamilan.

    Jika doktor merasakan anda tidak mempunyai risiko yang tinggi, doktor akan gunakan kaedah ‘tunggu dan lihat’ sama ada cyst tersebut akan membawa kesan sampingan yang buruk kepada ibu.

    cyst ketika hamil

    Cyst tidak akan menjejaskan kesuburan anda. Namun, jika anda mempunyai masalah lain seperti endometriosis ataupun polycystic ovary syndrome (PCOS), anda mungkin akan berdepan dengan risiko kemandulan.

    PCOS dan juga endometriosis merupakan punca utama wanita menhadapi kemandulan.

    50% daripada wanita yang menghidap endometriosis mengalami masalah kesuburan. Tanpa rawatan, pesakit PCOS sukar untuk hamil. 

    Walau bagaimanapun, dengan rawatan yang betul, kebarangkalian pesakit untuk menimang cahaya mata dapat ditingkatkan.

    Cyst ketika hamil: Kenali jenisnya

    Dua jenis sista yang sering menyerang wanita ketika mengandung adalah daripada jenis functional cyst iaitu follicular cyst dan corpus luteum cyst.

    Follicular cyst ialah sejenis cyst yang terbentuk apabila folikel di dalam ovari tidak pecah atau melepaskan ovum. Folikel ini sebaliknya membesar dan membentuk sista

    Corpus luteum cyst pula terjadi apabila ovum dilepaskan daripada folikel setelah ovulasi. Folikel tersebut akan mengecil untuk menampung kehamilan.

    Namun, jika folikel tersebut tidak mengecil, ia akan berubah menjadi cyst.

    Kedua-dua jenis sista ini selalu terjadi dan tidak akan menyebabkan anda mengalami masalah kemandulan. Cyst jenis ini adalah tidak berbahaya dan selalunya tidak kekal lama.

    Anda mungkin berminat:

    Bukan semua sista ovari perlu dibuang

    Kemungkinan besar, anda tidak perlukan apa-apa pembedahan untuk membuang cyst anda. Jika ini yang berlaku, anda tidak perlu risau tentang kebolehan anda untuk mengandung semula.

    Tambah lagi, cyst ketika hamil selalunya akan hilang dengan sendirinya pada trimester kedua. Oleh itu, ibu janganlah terlalu risau ya!

    Walau bagaimanapun, doktor perlu membuang cyst jika ibu mempunyai risiko untuk mengalami keguguran ataupun kelahiran pramatang.

    Selalunya, pembedahan akan dijalankan ketika kandungan mencapai trimester kedua. Pada waktu ini, kandungan anda akan lebih stabil dan risiko keguguran dapat dikurangkan.

    Selain itu, cyst yang dikhuatiri akan menjadi kanser juga akan dibuang secepat mungkin.

    Bila anda perlu hubungi doktor?

    cyst ketika hamil

    Walaupun cyst ketika hamil bukanlah sesuatu yang boleh membawa mudarat kepada ibu dan bayi dalam kandungan, ada juga keadaan di mana sista tersebut boleh jadi berbahaya.

    Cyst boleh pecah, berdarah ataupun berpintal. Ibu akan rasa amat sakit pada bahagian abdomen jika ini berlaku.

    Oleh itu, ibu mungkin perlukan pembedahan dengan kadar segera untuk elakkan ovari daripada luka dengan lebih teruk.

    Antara simptom yang anda akan alami ialah:

    1. Pendarahan vagina.
    2. Rasa mual dan muntah-muntah.
    3. Pening kepala.
    4. Demam.

    Kesemua simptom di atas selalunya akan terjadi bersama-sama rasa sakit yang amat sangat pada bahagian perut ataupun belakang badan.

    Jika anda mengalami simptom-simptom ini, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 04/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan