backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Selain Sapu Minyak Angin, Ibu Hamil Cuba 13 Tip Ini Legakan Sakit Perut Sembelit!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/06/2022

    Selain Sapu Minyak Angin, Ibu Hamil Cuba 13 Tip Ini Legakan Sakit Perut Sembelit!

    Selain daripada sapu minyak angin ketika hamil bagi menghilangkan ketidakselesaan perut, apakah ada cara lain yang boleh anda lakukan?

    Kalau ingin tahu caranya, teruskan membaca perkongsian artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Masalah ketidakselesaan perut semasa hamil

    Masalah ketidakselesaan perut bukanlah perkara luar biasa. Ini kerana dianggarkan hampir 38% wanita semasa hamil mengalami sembelit dan sehingga 80% berdepan keadaan loya.

    Gejala kehamilan yang tidak menyelesakan ini boleh menjejaskan perjalanan harian bakal ibu seperti dalam menentukan apa yang boleh dimakan dan menguruskan berat badan ketika mengandung.

    Gejala kehamilan #1: Sapu minyak angin ketika hamil untuk hilangkan loya

    Walaupun digelar morning sickness, tetapi ia boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang hari. Dianggarkan 70-80% wanita bergelut dengan rasa meloya dan muntah.

    Anda mungkin tiada selera, tetapi makan sesuatu sebaik sahaja bangun dapat membantu merawat loya.

    Nutrien tertentu juga boleh membantu mengatasi loya semasa kehamilan ini. Sebagai contoh, vitamin B6 dilihat dapat mengatasi loya berkaitan kehamilan dan mual pagi.

    sapu minyak angin ketika hamil

    Gejala kehamilan #2: Sembelit

    Kebanyakan individu pasti pernah mengalami sembelit, tetapi ia lebih cenderung terjadi semasa berbadan dua. Perubahan hormon dalam badan sewaktu mengandung meningkatkan potensi untuk sembelit.

    Semasa hamil, setiap hari tubuh akan berubah sedikit demi sedikit. Keadaan rahim yang semakin membesar akan menyesakkan sistem penghadaman dan memperlahankan keadaan.

    Perubahan dalam tahap hormon, termasuk peningkatan tahap progesteron dan pengurangan tahap motilin boleh mengakibatkan sembelit.

    Keadaan ini akan mula dirasai apabila tahap hormon dalam badan meningkat bagi menyokong kehamilan. Ia boleh berlaku seawal bulan kedua atau ketiga trimester pertama.

    Selain sapu minyak angin ketika hamil, ini cara lain hilangkan ketidakselesaan perut

    Berikut beberapa petua yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah perut meragam dan tidak selesa:

    1. Makan dengan kerap

    Perut kosong boleh memburukkan lagi rasa meloya. Jadi makan hidangan bersaiz kecil atau snek yang mudah diambil seperti segenggam kacang atau kraker setiap 1-2 jam.

    2. Pilih protein

    Simpan bekalan snek berprotein tinggi di rumah. Ia menawarkan kelegaan lebih lama daripada rasa loya berbanding makanan tinggi karbohidrat atau lemak. 

    Pilihan terbaik adalah seperti yogurt, keju kotej, susu, kacang dan bijian.

    3. Makanan masam

    sapu minyak angin ketika hamil

    Rasa masam dipercayai dapat mengekang loya. Cuba hisap hirisan buah sitrus seperti lemon, oren atau limau. Gula-gula berperisa lemon juga boleh membantu.

    4. Aroma menenangkan, kaedah boleh dicuba selain sapu minyak angin ketika hamil 

    Aroma minyak pati seperti pudina atau lemon boleh membantu meredakan gejala loya dengan cepat. 

    Untuk hasil yang pantas, titik beberapa titisan minyak pati ke atas bebola kapas dan hidu untuk beberapa ketika. 

    5. Elakkan berbaring selepas makan

    Tabiat itu harus dielakkan kerana ia menghalang penghadaman dan membuatkan anda mual.

    6. Sebelum menggosok gigi

    Memberus gigi sejurus selepas makan boleh mencetuskan refleks muntah.

    Cara terbaik adalah untuk memberus gigi sekurang-kurangnya selepas 30 minit atau lebih selepas makan.

    7. Kalau ingin sapu minyak angin ketika hamil, elakkan memilih bauan kuat

    Ada sesetengah bau yang langsung tidak mendatangkan masalah sebelum kehamilan boleh menyebabkan ketidakselesaan perut. Keadaan ini dipengaruhi oleh peningkatan hormon kehamilan. 

    Penyelesaian yang boleh dilakukan adalah untuk menghindari sebarang bau kuat atau yang boleh menimbulkan rasa tidak selesa ini buat sementara.

    sapu minyak angin ketika hamil

    8. 20-30 minit senaman sederhana 3x seminggu semasa hamil 

    Kurang bergerak ketika berbadan dua adalah perkara biasa, tambahan pula anda sedang membawa berat tambahan.

    Namun duduk tidak bagus untuk usus sekiranya anda mengalami sembelit. Jadi cadangan terbaik adalah untuk melakukan senaman ringkas yang selamat dan dapat merangsang otot dalam usus.

    9. Mencuba vitamin pranatal berbeza

    Kandungan zat besi dalam vitamin pranatal mungkin tinggi sehingga menyukarkan sistem pencernaaan anda. Berundinglah dengan pakar untuk menukar kepada vitamin lain. 

    Selain sapu minyak angin ketika hamil #10. Pengambilan air mencukupi penting

    Kekal terhidrat semasa mengandung boleh membantu meredakan loya dan juga mengatasi sembelit. 

    Anda memerlukan lebih banyak cecair untuk menyokong kehamilan dan melembutkan najis.

    Selain air kosong yang ditambahkan perahan lemon atau hirisan halia ke dalam air, anda juga boleh mencuba minuman lain seperti susu, smoothie, teh dan jus tanpa tambahan gula. 

    Baca juga:

    11. 25-30 gram makanan tinggi serat setiap hari

    Jika anda mengalami sembelit, ia berkemungkinan disebabkan anda tidak makan serat dengan secukupnya. 

    Di samping sapu minyak angin ketika hamil, pengambilan serat yang mencukupi dapat membantu mengatasi masalah sembelit

    Anda boleh mendapatkan serat daripada buah-buahan, sayuran, bijirin penuh, kekacang, kacang pis dan lentil.

    12. Gelang tangan untuk mual pagi

    Gelang tangan ini dipercayai dapat membantu mengekang rasa mabuk laut dengan memberi tekanan pada titik tekanan P6 di pergelangan tangan. Ia juga boleh mengurangkan mual pagi.

    13. Dapatkan rehat

    Disarankan bakal ibu mendapatkan tidur malam yang mencukupi dan lena serta menghirup udara segar. 

    Ia membantu mengekalkan kesihatan diri dan bayi dalam kandungan serta membantu menghindari loya.

    Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai keadaan diri semasa hamil, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan