Gusar memikirkan cara kempiskan perut selepas bersalin czer? Sebelum itu, tahniah kami ucapkan kerana anda telah berjaya mengharungi tempoh kehamilan dan selamat melahirkan si manja.
Berbalik kepada perkara utama, amnya wanita yang menjalani prosedur kelahiran bayi caesarean ini memerlukan masa lebih lama untuk tubuh dan parut luka sembuh.
Namun jangan bersedih, kerana terdapat beberapa cara kempiskan perut selepas bersalin secara pembedahan mudah yang mungkin dapat membantu anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Perkara pertama sekali…
Sebelum anda mengetahui cara kempiskan perut selepas bersalin czer, perkara paling penting untuk dilakukan adalah mendapatkan rundingan doktor terlebih dahulu.
Setiap wanita mempunyai tubuh berbeza dan memerlukan tempoh pemulihan yang juga berbeza antara satu sama lain.
Secara amnya, anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya 6-8 minggu sebelum mula bersenam, berdiet atau mencuba sebarang cara kempiskan perut selepas bersalin secara pembedahan C-Sec.
Ini kerana jika terlalu cepat, ia boleh menyebabkan komplikasi dan akan memberi kesan negatif kepada proses pemulihan anda.
Cara kempiskan perut selepas bersalin czer
Berikut beberapa cara untuk kembali langsing selepas pembedahan C-Sec:
Pengiraan kalori dalam diet harian
Penyusuan susu ibu sememangnya membantu membakar kalori dengan banyak setiap hari. Namun ia juga membuatkan anda berasa cepat lapar.
Cara terbaik untuk memastikan perut kenyang dan dalam masa sama menjaga berat badan adalah dengan mengawal pengambilan kalori.
Antara petua kempiskan perut yang amat disarankan adalah untuk memilih hidangan sihat seperti yogurt, kekacang, buah-buahan, salad dan daging tanpa lemak.
Pastikan pengambilan kalori tidak kurang 1,200 kerana ia boleh mengurangkan metabolisme dan menjadikan ia tidak produktif seiring objektif anda untuk menurunkan berat badan.
Berjalan antara cara kempiskan perut selepas bersalin czer
Berjalan kaki adalah salah satu senaman terbaik yang boleh dilakukan selepas C-section.
Ia adalah senaman yang sangat ringan dan mudah, namun ia masih meningkatkan kadar denyutan jantung dan peredaran darah anda.
Berjalan kaki adalah aktiviti yang menakjubkan kerana anda boleh melakukannya bersama rakan dan keluarga.
Anda juga boleh melakukan aktiviti berjalan kaki ini sambil membawa bayi di dalam kereta sorong. Ini dapat membantu anda membakar lebih kalori kerana berat tambahan daripada kereta sorong tanpa memberikan tekanan berlebihan pada tubuh.
Mulakan senaman mudah, cara kempiskan perut selepas bersalin secara pembedahan
Apabila sudah tiba masa yang selamat untuk anda bersenam, mulakan dengan melakukan jenis senaman mudah. Selain berjalan, aktiviti regangan adalah senaman mudah yang ajaib untuk dilakukan.
Regangan adalah berfaedah kerana ia boleh memecahkan sebarang tisu parut yang menyumbang kepada perut menggeleber.
Berikut tiga jenis senaman yang boleh anda lakukan:
- Gaya Sphinx – Berbaring secara meniarap, kemudian cuba angkat dada dan kepala beberapa inci dari lantai
- Gaya Bridge – Baring secara telentang, bengkokkan lutut dan kemudian cuba angkat badan secara perlahan-lahan. Kekal dalam posisi ini untuk beberapa saat
- Senam aerobik
Setiap gerakan di atas berfungsi untuk meregangkan perut sambil menguatkan lantai pelvis anda. Senaman di atas tidak agresif, tetapi jika merasai sebarang kesakitan, berhenti dengan segera!
Cara kempiskan perut selepas bersalin czer #Penggunaan belly wrap
Doktor biasanya akan mengesyorkan penggunaan belly wrap selepas pembedahan untuk melindungi luka. Alat tersebut sebenarnya turut menawarkan manfaat lain.
Penggunaan belly wrap ini sedikit sebanyak turut membantu ‘mengetatkan’ perut dan menghalang pembentukan sel lemak tambahan.
Anda disaran memakainya setiap masa kecuali ketika makan, tidur atau ketika menggunakan tandas.
Kalau di Malaysia, khususnya orang Melayu, mungkin lebih dekat dengan penggunaan bengkung – kini terdapat pelbagai jenis bengkung moden.
Fungsinya tidak jauh berbeza, iaitu membantu untuk mengempiskan perut serta menyokong dan menguatkan otot pada bahagian tersebut.
Baca juga: