Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
13 Jenis Ikan Ini Sesuai Untuk Wanita Berpantang, Ekstra 3 Resipi Sihat Khas Buat Ibu!
Bukan semua ikan boleh dimakan selepas bersalin. Jadi, ibu berpantang boleh makan ikan apa? Ayuh kita ketahui jenis ikan untuk ibu berpantang yang sesuai untuk diamalkan!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Amalan berpantang di Malaysia
Berpantang adalah tempoh untuk menyembuhkan dan mengembalikan kekuatan badan selepas melahirkan anak.
Umumnya, amalan berpantang ini merupakan amalan turun-temurun yang dilakukan oleh masyarakat Asia.
Di Malaysia sendiri, tempoh berpantang adalah berbeza mengikut budaya: 30 hari untuk kaum Cina, 40 hari bagi bangsa India manakala kebanyakan masyarakat Melayu mengamalkan tempoh berpantang selama 44 hari.
Seperti dinyatakan pada awal tadi, pemakanan merupakan aspek penting semasa berpantang. Ini bermakna ada makanan yang boleh dimakan dan sebaliknya. Begitu juga dalam pemilihan ikan untuk ibu berpantang.
Kit wajib untuk ibu semasa berpantang.
13 jenis ikan untuk ibu berpantang
Amnya ikan adalah amat baik untuk ibu selepas bersalin, khususnya mereka yang melakukan penyusuan eksklusif kepada si kecil.
Ini kerana ikan adalah sumber protein, mineral, vitamin B12 dan iodin yang penting untuk badan. Ia juga rendah lemak tepu dan sesetengahnya mengandungi asid lemak omega-3 seperti salmon.
Tetapi kenapa ada ikan yang boleh dan tidak boleh dimakan oleh ibu sedang berpantang, ya?
Ia adalah kerana menurut kepercayaan, terdapat jenis ikan yang boleh menyebabkan kegatalan dan angin. Secara tidak langsung akan mengakibatkan luka ketika bersalin lambat sembuh.
Di samping itu, ikan yang dilarang ini juga dikatakan berbisa dan boleh menyebabkan bentan.
Jadi ini bermakna ikan untuk orang pantang adalah daripada jenis yang tidak akan menyebabkan gatal.
Jenis ikan sihat untuk ibu berpantang.
Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh dimakan semasa berpantang. Sebaiknya, jenis ikan yang digalakkan pengambilannya adalah ikan dengan khasiat dan zat dalam membantu proses penyembuhan luka dalaman serta luaran.
Tetapi bagaimana untuk menentukan ikan yang boleh dimakan atau tidak?
Ikan haruan
Ikan yu
Ikan kerisi
Ikan selar
Ikan gelama
Ikan jenahak
Ikan merah
Ikan tenggiri
Ikan bawal putih
Ikan kurau
Ikan salmon
Ikan senangin
Ikan siakap
Selain daripada mengandungi zat dan khasiat yang dapat membantu proses penyembuhan selepas beranak, jenis ikan untuk ibu bersalin yang disenaraikan di atas juga berfungsi meningkatkan tenaga kepada ibu menyusukan bayi.
Resipi ikan untuk ibu berpantang
Kini anda sudah mengetahui jenis ikan untuk ibu bersalin, tetapi masih tiada idea resipi yang sesuai untuk dimasak?
Bertenang, Hello Doktor akan membantu. Berikut dikongsikan beberapa idea masakan ikan yang boleh dimakan oleh ibu berpantang, bahkan mereka tidak berpantang pun pasti akan menyukainya!
Masukkan semua bawang merah, halia, air asam jawa dan air ke dalam periuk dan dibiarkan hingga mendidih.
Kemudian masukkan ikan dan biarkan masak atau sehingga kuah menjadi pekat.
Akhir sekali, perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam mengikut citarasa.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Do’s and Don’ts of Asian Confinement. https://www.healthhub.sg/live-healthy/1651/dos-and-donts-of-asian-confinement, Accessed on Oct 9, 2022
Menu Makanan Yang Sihat dan Mudah Untuk Orang Berpantang. https://ellsee.my/makanan-sihat-untuk-orang-berpantang/, Accessed on Oct 9, 2022
Dietary Intake of Mothers Who Practised Traditional Confinement During Exclusive Breastfeeding Period. https://medic.upm.edu.my/upload/dokumen/2019060311284306_MJMHS_June_2019.pdf, Accessed on Oct 9, 2022
Mercury. https://www.cdc.gov/breastfeeding/breastfeeding-special-circumstances/environmental-exposures/mercury.html, Accessed on Oct 9, 2022
Mercury and fish. https://www.foodauthority.nsw.gov.au/consumer/life-events-and-food/pregnancy/mercury-and-fish#, Accessed on Oct 9, 2022
Nicole Francesca Pelusio, Alessio Bonaldo, Enric Gisbert, Karl B. Andree, Maria Angeles Esteban, Francesco Dondi, Maria Chiara Sabetti, Pier Paolo Gatta and Luca Parma. (2022). Different Fish Meal and Fish Oil Dietary Levels in European Sea Bass: Welfare Implications After Acute Confinement Stress. https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fmars.2021.779053/full, Accessed on Oct 9, 2022
Versi Terbaru
07/05/2024
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim