Bolehkah Ibu Hamil Berpuasa?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Diterbitkan pada 24/04/2018 . 3 minit bacaan
Share now

Puasa bagi mereka yang beragama Islam merupakan suatu kewajipan. Namun bagi ibu hamil, terdapat kelonggaran untuk tidak berpuasa demi kesihatan ibu dan janin. Apa yang harus dipertimbangkan sebelum ibu hamil memutuskan untuk berpuasa?

Bilakah ibu hamil boleh berpuasa?

Masa yang berisiko di mana ibu hamil disarankan untuk tidak berpuasa adalah pada trimester pertama dan trimester terakhir kehamilan. Hal ini disebabkan pada trimester pertama, tubuh anda masih sedang membiasakan diri dengan kewujudan janin. Turun naik hormon, rasa mual, dan muntah masih sering dialami pada trimester pertama. Jika anda memaksa diri berpuasa pada masa ini, dehidrasi dan kekurangan nutrien bagi janin boleh berlaku. Hal ini tentu berbahaya karena pertumbuhan janin mungkin terjejas.

Sementara pada trimester akhir, janin masih terus berkembang menyempurnakan organ-organ penting dan ibu hamil disarankan tetap makan secara teratur untuk memenuhi keperluan ibu dan janin. Selain itu, saat trimester akhir, kelahiran janin boleh berlaku pada bila-bila masa dan anda diharapkan memiliki tenaga yang cukup untuk melahirkan. Oleh itu, memenuhi keperluan nutrien sangatlah penting pada masa-masa ini.

Lalu bagaimana pada trimester kedua kehamilan? Pada masa ini ibu hamil sudah mula menyesuaikan diri dengan kehamilannya. Morning sickness sudah berkurang dan anda sudah dapat membiasakan diri dengan kewujudan janin. Pada waktu ini, anda boleh berpuasa, tetapi harus tetap mengawasi pengambilan nutrien agar mencukupi, baik secara kualiti mahupun kuantiti.

Apa risikonya jika berpuasa saat hamil trimester pertama?

Kajian yang dilakukan pada tahun 2004 di salah sebuah hospital di Tehran, Iran, menyatakan bahawa ibu hamil yang sedang dalam masa trimester pertama dan berpuasa memiliki risiko 1.5 kali lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan berat badan lahir rendah (kurang daripada 2.5 kg). Ini boleh jadi disebabkan kurang pengambilan nutrien untuk janin kerana pada trimester pertama memerlukan tambahan kalori sekitar 180 kalori sehari untuk memenuhi keperluan ibu dan bayi.

Apa yang harus dipersiapkan sebelum berpuasa sewaktu hamil?

Ibu hamil boleh berpuasa jika merasa cukup kuat dan sihat. Tetapi ada beberapa hal yang patut diberi perhatian jika ibu hamil ingin berpuasa:

  • Selalu berbincang dengan doktor atau pakar bidan anda. Periksa dahulu jika terdapat komplikasi kehamilan yang mungkin bertambah parah jika ibu berpuasa (seperti anemia dan diabetes gestasi). Bagi ibu hamil yang mempunyai komplikasi kehamilan, bincangkan terlebih dahulu perancangan anda untuk berpuasa dengan doktor atau bidan.
  • Jika anda biasa meminum kafein dalam jumlah banyak (baik dari soda, kopi, teh, dan coklat) cubalah untuk mengurangkan pengambilan perlahan-lahan sebelum mula berpuasa. Ini dapat mencegah daripada sakit kepala akibat berhenti kafein secara mengejut. Sewaktu hamil, pengambilan maksimum kafein yang dibenarkan adalah 200 mg atau bersamaan dua cawan kopi.
  • Jika anda masih tetap bekerja sewaktu berpuasa, bincangkan keadaan anda dengan rakan sekerja anda. Ibu hamil yang berpuasa lebih cenderung mengalami kekurangan pengambilan nutrien sewaktu berpuasa. Jika tugas kerja anda masih berat, makin tinggi risiko kekurangan zat nutrien.
  • Cuba untuk membuat diari makanan. Anda patut mencatat apa saja makanan dan minuman yang diambil supaya dapat menghitung berapa jumlah pengambilan kalori sehari sehingga dapat mencegah kekurangan nutrien.

Bilakah ibu hamil yang berpuasa patut berjuma doktor?

  • Jika pertambahan berat badan anda tidak sesuai dengan yang sepatutnya. Pertambahan berat badan yang kurang dari yang sepatutnya mungkin berlaku disebabkan kurang pengambilan nutrien sewaktu puasa. Segera rujuk kepada doktor jika anda mengalami penurunan berat badan yang signifikan.
  • Anda merasa sangat haus, buang air kecil tidak sebanyak kebiasaan dan air kencing berubah warna menjadi pekat dan berbau. Ini merupakan tanda dehidrasi dan meningkatkan risiko terkena jangkitan saluran kencing.
  • Jika anda tiba-tiba sakit kepala, demam, serta mengalami rasa sakit yang luar biasa.
  • Jika anda merasa mual, lemah, dan mula muntah-muntah. Jika anda merasa penat meskipun sudah berehat, anda boleh membatalkan puasa. Anda boleh meminum oral rehydration solution untuk mengembalikan ion tubuh yang hilang sewaktu berpuasa.
  • Jika anda merasakan terdapat perbezaan pada gerakan bayi seperti bayi tidak bergerak aktif seperti biasa.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ibu Hamil Kerap Rasa Sakit Bahagian Bawah Perut? Jom Cuba 7 Cara Ini Untuk Atasinya

    Ibu hamil sering alami rasa sakit perut bawah? Jangan bimbang, ada 7 cara untuk mengatasinya yang boleh dicuba. Pasti berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu 19/11/2020 . 3 minit bacaan

    Bahaya Jika Ibu Mengandung Alami Buasir, Salah Satunya Tak Boleh Bersalin Normal?

    Adakah wanita mengandung yang mengalami buasir ketika hamil perlu menjalani pembedahan caesarean masa bersalin nanti? Ikuti penjelasan ini untuk pemahaman.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu 27/10/2020 . 3 minit bacaan

    Flu Memang Berbahaya Terhadap Kesihatan, Terutamanya Buat Wanita Yang Sedang Hamil?

    Rasanya ramai yang sudah tahu bahaya virus influenza ini bukan? Namun ada kajian terbaharu yang kata wanita hamil lebih berisiko! Jom klik untuk baca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Selesema/Flu 02/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil Selalu Ada Masalah Sakit Punggung? Jom Cuba 11 Cara Ini Untuk Atasinya

    Adakah ia sesuatu yang normal untuk wanita mengandung mengalami masalah sakit punggung ketika hamil? Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu 02/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    manfaat posisi tidur

    Posisi Tidur Mana Yang Paling Sihat? Cara Tidur Ini Boleh Buat Awet Muda Juga, Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    aktiviti bersukan

    Ibu Hamil Yang Suka Bersukan, Ini Jenis Latihan Yang Disarankan Ikut Trimester

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan
    sakit kepala ketika hamil

    Nak Rawat Sakit Kepala Semasa Hamil? Kenal Pasti Puncanya Sebab Ia Berbeza Ikut Trimester

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/12/2020 . 3 minit bacaan
    jangkitan kulat pada faraj

    Ibu Hamil, Jangan Ambil Mudah Jika Ada Jangkitan Kulat Pada Faraj! BAHAYA Kepada Bayi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan