Panduan Berpuasa ketika Hamil Trimester Ketiga

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Walaupun bukan suatu kemestian, sesetengah wanita hamil memilih untuk berpuasa. Wanita hamil boleh berpuasa jika mendapat kebenaran doktor dan jika mereka tahu cara mengawal pengambilan nutrien mereka semasa puasa. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa pada trimester akhir, anda semakin dekat dengan waktu kelahiran. Oleh itu, bagaimana untuk berpuasa semasa trimester ketiga? Adakah ia dibenarkan atau dilarang?

Kepentingan memberi perhatian kepada pengambilan nutrien wanita hamil yang berpuasa

Trimester ketiga kehamilan adalah tempoh antara 7 bulan hingga 9 bulan atau sebelum kelahiran. Semasa 3 bulan terakhir kehamilan, wanita hamil biasanya akan mengalami rasa bimbang atau kerisauan menghadapi kelahiran kelak.

Dari sudut pandangan perubatan, wanita hamil boleh berpuasa kerana tidak ada masalah jika mereka berhasrat untuk berbuat demikian. Keperluan pengambilan nutrien wanita mengandung adalah 2,200-2,300 kalori setiap hari. Selagi keperluan ini dipenuhi, tidak akan ada kesan bahaya yang signifikan tetapi keperluan setiap wanita mungkin berbeza. Tidak ada masalah memindahkan waktu makan ke masa yang berbeza pada siang hari.

Tetapi sebelum membuat keputusan untuk berpuasa, bakal ibu harus berunding terlebih dahulu dengan doktor untuk memastikan keadaan kesihatan mereka. Pada amnya, wanita hamil yang paling sesuai untuk berpuasa selepas kehamilannya memasuki minggu 16-28 atau 4-7 bulan kehamilan. Pada masa ini, tubuh ibu dapat menyesuaikan diri dengan perubahan hormon yang berlaku sehingga risiko semasa hamil dapat dikurangkan.

Perkara yang perlu diawasi semasa berpuasa pada trimester ketiga

Keadaan kesihatan mesti dijaga

Setiap orang mempunyai keadaan kesihatan yang berbeza jadi anda boleh jadi antara mereka yang boleh atau tidak boleh berpuasa pada trimester ketiga. Kesihatan badan ibu merupakan pertimbangan penting bagi wanita hamil untuk memutuskan sama ada patut berpuasa atau tidak.

Sekiranya ibu mempunyai badan yang lemah, puasa boleh menjejaskan keadaan badan dan janin. Memasuki bulan kesembilan, wanita hamil biasanya mengalami kerisauan akibat menunggu waktu kelahiran bayi. Jika perut dibiarkan kosong selama 14 jam, ini mungkin akan meningkatkan keresahan dalam wanita hamil.

Sekiranya ini berlaku, anda tidak perlu meneruskan puasa. Anda harus mendapatkan nasihat daripada pakar obstetrik anda. Adalah penting untuk berunding terlebih dahulu mengenai keadaan anda dan bayi dalam rahim.

Seimbangkan pengambilan nutrisi seperti yang diperlukan

Pada masa ini, anda memerlukan pengambilan nutrisi yang dapat memberikan tenaga tambahan untuk mempersiapkan diri untuk kelahiran. Jika anda merasa sangat kurang tenaga, jangan buang masa dan buka puasa.

Pastikan anda mengamalkan diet seimbang, perhatikan jumlah dan juga kualiti menu harian anda. Keperluan kalori tambahan wanita hamil setiap hari adalah 285-300 kkal tambahan kepada keperluan kalori setiap hari sebelum kehamilan. Kalori dalam wanita hamil adalah untuk membantu pertumbuhan janin.

Beri perhatian kepada pengambilan protein, jumlah lemak dan dapatkan vitamin dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam tempoh ini, vitamin B diperlukan, sebagai tambahan kepada keperluan air untuk mengekalkan peningkatan jumlah darah semasa kehamilan.

Kurangkan minuman mengandungi gula yang tinggi

Trimester ketiga menjadikannya lebih sukar untuk melakukan sebarang aktiviti kerana peningkatan berat badan. Penambahan berat badan adalah biasa semasa kehamilan.

Walau bagaimanapun, jika pengambilan gula berlebihan, ia boleh menyebabkan bayi dilahirkan dengan berat badan berlebihan. Elakkan makanan atau minuman dengan pemanis yang berlebihan atau buatan yang mencetuskan obesiti.

Hello Health Group  tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bukaan Rahim 4cm, 6cm, 8cm, Apa Maksudnya? Ini Yang Ibu Patut Tahu Tentang Fasa Kelahiran

    Proses kelahiran bayi adalah perkara normal. Ini yang perlu ibu mengandung fahami tentang bukaan rahim. Semoga ia membantu berikan ketenangan kepada diri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 24/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil, Jaga Berat Badan Jangan Sampai Obes! Risiko Bukan Hanya Pada Anda, Tapi Juga Bayi

    Obesiti dan masalah berat badan berlebihan dalam kalangan wanita hamil menjadi salah satu masalah kesihatan kaum Hawa yang paling penting.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Tahu Mengapa Ibu Hamil Senang Alami Mood Swings? Ada Kaitan Dengan 7 Hormon Ini!

    Mood swings dengan ibu mengandung ibarat irama dan lagu, sukar dipisahkan. Tetapi perubahan hormon apakah yang menjadi punca kepada keadaan tersebut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 18/08/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Tahu Keadaan Janin, Kena Pantau Degupan Jantung Bayi Dalam Perut, Tapi Selamat Ke?

    Boleh ke buat pemantauan kadar denyutan jantung janin atau ia berisiko mendatangkan mudarat? Ini apa yang ibu mengandung harus fahami sebelum melakukannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 11/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    wanita mengandung

    Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    jantina bayi

    Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
    parut czer

    Aduh, Ada Jangkitan Dekat Parut Czer? Jangan Pandang Remeh, Kenal Pasti Tandanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    kehamilan berisiko tinggi

    9 Faktor Ini Punca Ibu Terdedah Kepada Kehamilan Berisiko Tinggi, No. 3 Kena Jaga-jaga

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan