
Pada usia kehamilan trimester kedua, pelbagai perkembangan penting pada janin masih berlaku. Jadi anda perlu terus memastikan pengambilan makanan berkhasiat yang mengandung nutrisi penting. Walaupun di bulan Ramadan ini ibu hamil memilih untuk puasa ketika hamil, namun usahakan supaya ini tidak menjadi penghalang untuk anda terus memberikan nutrisi terbaik bagi bayi anda.
Jadi, bagaimanakah anda boleh berpuasa sebaiknya sewaktu hamil trimester kedua?
Puasa ketika hamil trimester kedua
Kemampuan ibu hamil dalam menjalankan ibadah puasa mungkin berbeza. Ini tergantung kepada kekuatan ibu untuk berpuasa, keadaan kesihatan ibu hamil, dan usia kehamilan.
Ibu hamil yang mengalami komplikasi, seperti diabetes gestasi dan anemia, tidak disarankan untuk berpuasa.
Beberapa kajian mungkin menunjukkan bahawa puasa saat hamil dapat menyebabkan kesan buruk bagi perkembangan janin, seperti bayi lahir dengan berat badan kelahiran rendah, atau risiko kelahiran pramatang yang lebih tinggi.
Namun, ada juga kajian yang menunjukkan bahawa puasa ketika hamil tidak memberi kesan kepada pertumbuhan bayi dalam kandungan dan waktu kelahiran.
Hal ini dapat dipastikan jika anda tetap memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan walaupun sedang berpuasa. Ini penting untuk pertumbuhan dan perkembangan janin anda.
Tip puasa ketika hamil trimester kedua
Puasa ketika hamil trimester kedua mungkin tidak bermasalah bagi sebahagian ibu dengan kehamilan sihat.
Namun, beberapa perkara masih tetap diawasi. Puasa sebaiknya bukan menjadi halangan bagi anda tetap memberikan nutrisi pada janin.
1. Penuhi keperluan nutrisi
Pelbagai nutrisi penting masih perlu dipenuhi sewaktu trimester kedua kehamilan untuk membantu perkembangan bayi dalam kandungan. Beberapa nutrisi tersebut, termasuklah:
- Asid folat: berfungsi untuk mengurangi risiko kecacatan pada bayi
- Asid lemak omega-3: berfungsi untuk membantu perkembangan otak dan saraf bayi
- Kalsium: berfungsi untuk membantu pembentukan dan pemadatan tulang bayi dalam kandungan
- Zat besi: berfungsi untuk mencegah anemia sewaktu kehamilan. Keperluan zat besi ini makin tinggi seiring bertambahnya usia kehamilan anda.
- Zink: berfungsi untuk mencegah kecacatan bayi dan kelahiran pramatang, serta untuk menyokong pertumbuhan bayi
Anda boleh mencukupkan keperluan nutrisi tersebut dengan pengambilan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan, sumber protein haiwan (seperti ikan, daging, ayam, telur, dan susu), sumber protein tumbuhan (tahu, tempe, dan kekacang), karbohidrat, dan lemak.
Anda disarankan untuk mengambil sayuran dan buah-buahan sebanyak 5 bahagian setiap hari untuk membantu tubuh memenuhi keperluan vitamin dan mineral.
Sepanjang waktu puasa, pilihlah karbohidrat kompleks yang mengandung banyak serat. Serat membantu anda mengekalkan tenaga dan kenyang lebih lama, sehingga anda tidak cepat penat dan lapar sewaktu berpuasa.
Sebaliknya, hindarkan pengambilan karbohidrat, seperti makanan manis. Karbohidrat sederhana dapat membuat gula darah anda cepat naik dan membuatkan anda lebih cepat lapar.
2. Penuhi keperluan cecair
Selain nutrisi, keperluan cecair juga penting untuk dipenuhi selama anda berpuasa.
Pastikan anda tidak mengalami kekurangan cecair atau dehidrasi sewaktu puasa. Hal ini boleh membahayakan bayi anda.
Jika anda merasa sangat haus, penat, pening kepala, dan ingin pengsan, sebaiknya segera berehat dan batalkan puasa anda.
Elakkan pengambilan minuman berkafein, seperti kopi, teh, dan minuman bersoda kerana minuman ini dapat meningkatkan kehilangan cecair daripada tubuh anda.
3. Rehat yang mencukupi
Jika keperluan nutrisi sudah dipenuhi, jangan lupa untuk mendapatkan rehat yang mencukupi.
Berehat dengan cukup juga diperlukan sepanjang kehamilan dan agar anda tidak merasa penat sewaktu puasa. Tidur beberapa jam di siang hari mungkin diperlukan untuk membantu kelancaran puasa anda.
Selain itu, sebaiknya juga elakkan aktiviti berat dan olahraga selama puasa.
Kesimpulan
Jika anda sudah berada di fasa trimester kedua dan mahu berpuasa, anda masih boleh puasa ketika hamil seperti individu lain. Namun anda perlumemerhatikan beberapa perkara penting seperti yang dinyatakan di atas ini agar anda tidak merisikokan kesihatan bayi anda dan juga diri anda sendiri.
Amalkan tip-tip yang telah dikongsikan di atas ini agar anda dapat berpuasa dengan lancar di samping memiliki kesihatan yang terjaga dengan baik.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baca juga:
- Terkejut Ada Air Mengalir Di Celah Kangkang Semasa Hamil, Ini 6 Cara Nak Beza Dengan Air Kencing
- Bahaya Sampai Boleh Ragut Nyawa, Ini Sebab Ibu Hamil Perlu Kenal Tanda Awal Praeklampsia
- Makan Clomid Sebab Nak Hamil, Tapi Bila Waktu Terbaik Bersenggama Selepas Ambil Pil Subur?
- Apa Rasa Orgasma Ketika Hamil? Ini Jawapan Buat Mak Buyung! (Mengikut Trimester)
- Bahaya Isteri Hamil Jika Suami Usia 40-an, Ada 5 Risiko Yang Anda Wajib Tahu!