
Boleh ke kalau ibu baru bersalin dalam bulan Ramadan berpuasa ketika berpantang? Mungkinkah ada kesannya kepada ibu dan bayi? Ikuti penjelasan tentang ibu puasa setelah melahirkan anak dalam perkongsian artikel ini.
Berpuasa ketika berpantang
Masa setelah kelahiran adalah masa yang paling membahagiakan bagi kebanyakan pasangan.
Bagaimana tidak? Setelah sembilan bulan lamanya berjuang dan menunggu, si kecil akhirnya datang ke dunia dengan selamat dalam keadaan sihat.
Di sisi lain, masa dalam pantang juga merupakan waktu penyembuhan dan penyesuaian bagi ibu. Lantas, bagaimana jika masa pantang anda bertepatan dengan datangnya bulan Ramadan?
Bolehkah ibu puasa setelah melahirkan anak?
Jika dilihat dari sudut pandang hukum agama, perempuan yang baru saja melahirkan iaitu yang sedang dalam masa nifas tidak dibenarkan berpuasa di bulan Ramadan.
Nah, ikuti penjelasan daripada sudut sains.
Bolehkah berpuasa ketika berpantang?
Masa nifas merujuk pada masa enam minggu pertama setelah melahirkan. Setelah bayi anda tiba, anda akan melihat beberapa perubahan pada diri anda — baik secara fizikal mahupun emosi.
Sepanjang waktu ini, tubuh anda akan perlahan-lahan berubah kembali kepada keadaan sebelum kehamilan.
Tapi waktu ini tidak sama dan mungkin berbeza antara seorang wanita dengan yang lain — bergantung kepada keadaan kesihatan masing-masing.
Malah, jika anda baru saja menjalani pembedahan caesar, anda perlu berehat sekurang-kurangnya 12 minggu agar dapat pulih daripada luka jahit dan operasi itu sendiri.
Sama ada bersalin normal atau caesar, anda mungkin akan mengalami sakit vagina dan kekejangan ringan saat rahim anda perlahan-lahan berkontraksi kembali ke ukuran, bentuk, dan posisinya yang asal.
Anda juga mungkin mengalami keguguran rambut, berjerawat, merasa selalu ingin menangis, sering membuang air kecil. dan berpeluh di malam hari sehingga hormon tubuh anda kembali normal.
Sebuah kajian di Australia terhadap 204 wanita menemukan bahawa sejumlah kesan sampingan setelah melahirkan, seperti cepat penat, sakit punggung, tidak dapat menahan air kencing, masalah seksual, dan sakit perineum.
Bahkan segala kesan sampingan yang dirasai mungkin bertahan hingga 6 hingga 7 bulan setelah melahirkan anak.
Perdarahan dan keputihan (lokia) mungkin berlangsung selama 2 hingga 4 minggu setelah melahirkan. Ia mungkin kembali datang dan pergi sekitar 2 bulan setelahnya.
Masalah-masalah fizikal ini kemudian mungkin meningkatkan risiko kemurungan selepas melahirkan pada ibu baru.
Tidak digalakkan puasa setelah melahirkan anak
Masa nifas adalah waktu yang tepat untuk mengembalikan kekuatan tubuh dengan menilai kembali keperluan nutrisi Anda.
Gaya makan sihat dengan nutrisi yang seimbang sangat penting untuk membantu menjaga kesihatan anda, mempercepatkan proses pemulihan, dan memberi anda tenaga yang diperlukan untuk menguruskan bayi baru anda.
Tambahan pula, terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan nutrisi yang mencukupi dapat mencegah perubahan mood pada ibu hamil, seterusnya dapat mengurangkan risiko kemurungan selepas melahirkan.
Oleh sebab itu, ibu yang baru saja melahirkan selalu disarankan untuk memperbanyakkan makanan berprotein tinggi, seperti daging merah, ikan, telur, produk susu, kekacang, dan gandum.
Pengambilan protein tinggi sangat disarankan untuk ibu dalam masa nifas karena protein berperanan penting untuk membaiki sel dan bahgaian tubuh yang terjejas setelah melahirkan, dan juga menggalakkan pembentukan sel-sel baru.
Ibu yang sedang dalam masa nifas juga diwajibkan untuk memperbanyakkan vitamin dan mineral dari buah dan sayuran untuk menggalakkan proses pemulihan diri.
Perempuan yang baru saja melahirkan sangat disarankan untuk rajin minum air, terutama air putih, untuk menggantikan cairan tubuh yang hilang setelah proses bersalin. Untuk itu, pastikan anda minum enam hingga 10 gelas air setiap hari.
Dehidrasi boleh terjadi sewaktu puasa, dan mungkin bertambah parah dengan keadaan fizikal ibu yang memang sudah kehilangan banyak cairan selepas melahirkan.
Dehidrasi boleh menurunkan tahap tenaga ibu baru secara dramatik. Selain penting untuk menjaga tahap tenaga tubuh, pengambilan cecair yang mencukupi juga penting untuk kelancaran penghasilan susu ibu bagi si kecil.
Untuk penjagaan kesihatan
Puasa menyebabkan anda perlu membatasi pengambilan makanan dan minuman dalam waktu yang cukup lama.
Sedangkan, pengambilan nutrisi adalah salah satu faktor utama mempercepatkan pemulihan setelah bersalin. Demikianlah kenapa wanita tidak patut berpuasa setelah melahirkan.
Belum lagi diambil kira faktor tekanan dan kepenatan menguruskan bayi, ditambah dengan tugas menyiapkan sahur dan berbuka untuk anggota keluarga yang lain, yang tentunya dapat memengaruhi tahap kesihatan fizikal anda secara keseluruhan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baca juga: