6 Tip Tetap Segar Bermaya Bagi Ibu Hamil yang Berpuasa

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Diterbitkan pada 24/04/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Tidak ada larangan bagi anda berpuasa sewaktu hamil selagi mana keadaan anda dan bayi sihat menurut doktor. Meskipun begitu, ada beberapa hal yang harus tetap diawasi oleh ibu hamil sewaktu berpuasa, agar tubuh tetap segar bermaya.

Selamatkah puasa sewaktu hamil?

Sebenarnya, selamat atau tidak puasa sewaktu hamil bergantung kepada kesihatan anda dan bayi. Pada masa kehamilan, bayi anda memerlukan banyak nutrien. Jika tubuh anda memiliki persediaan tenaga dan nutrien yang cukup, maka puasa sewaktu hamil berkemungkinan tidak akan mempunyai kesan besar terhadap kesihatan anda dan janin. Selain kesihatan, apa yang perlu diperhatikan jika ingin puasa saat hamil adalah usia kehamilan serta tempoh anda berpuasa.

Salah satu kajian yang dilakukan di Tehran, Iran, menunjukkan bahwa ibu hamil yang berpuasa di trimester pertama memiliki risiko 1.5 kali lebih besar melahirkan bayi dengan berat badan lahir rendah. Hal ini terjadi disebabkan kurangnya pengambilan nutrien kepada janin kerana kehamilan trimester pertama memerlukan pengambilan kalori lebih banyak untuk memenuhi keperluan ibu dan bayi.

Ingat, hanya anda yang boleh menilai seberapa sihat atau kuat anda untuk berpuasa. Bincang dengan bidan atau doktor anda untuk membantu mempertimbangkan pilihan terbaik bagi anda.

Tip puasa bagi ibu hamil agar tetap segar bermaya

Berikut adalah beberapa tip yang boleh dilakukan ibu hamil agar tetap segar bermaya sewaktu puasa:

1. Elakkan tekanan

Salah satu kajian menunjukkan bahawa wanita hamil yang berpuasa pada bulan Ramadan memiliki kadar hormon kortisol (hormon stres) yang lebih tinggi berbanding wanita hamil yang tidak berpuasa. Oleh itu, cuba untuk bertenang dan mudahkan segala urusan anda serta jangan segan menerima bantuan apabila anda memang memerlukannya sewaktu ditawarkan.

2. Elakkan pekerjaan berat

Kurangkan kerja rumah dan sebarang tugas yang membuat anda penat. Selain itu, elakkan berjalan jauh atau membawa sesuatu yang berat. Jika anda pekerja pejabat, mintalah pengurangan jam kerja atau menambah waktu istirahat agar anda tidak kepenatan.

3. Cari tempat yang sejuk

Sewaktu berpuasa, anda berkemungkinan mengalami dehidrasi. Dehidrasi boleh membahayakan ibu hamil. Disebabkan itu, usahakan supaya anda selalu berada dalam ruangan  sejuk untuk menghindari risiko tersebut.

4. Pastikan pengambilan nutrien mencukupi

Pemilihan makanan ketika berbuka dan sahur merupakan kunci penting ketika anda memutuskan untuk berpuasa saat hamil. Pilih makanan bernutrien yang mengandungi karbohidrat kompleks, serat, protein, serta vitamin dan mineral yang baik untuk anda serta janin. Daripada mengambil makanan tinggi lemak, lebih baik memilih makanan yang lebih sihat seperti buah dan sayur.

5. Kurangkan makanan manis

Elakkan berbuka puasa dengan mengambil makanan serta minuman manis yang tinggi gula karena boleh menaikkan kadar gula darah anda dengan cepat. Perubahan kadar gula darah yang terlalu cepat boleh membuatkan anda berasa pening dan pengsan.

6. Banyakkan minum air kosong

Usahakan untuk minum air kosong sekitar 1.5-2 liter air antara waktu berbuka sampai sahur. Selain itu elakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi kerana boleh menyebabkan anda mengalami dehidrasi, terutamanya jika cuaca panas.

Hal-hal yang harus diawasi ketika puasa saat hamil

Hubungi doktor anda sesegera mungkin jika:

  • Mengalami dehidrasi. Keadaan ini umumnya ditandai dengan pening, lemah, lesu, kelelahan, mual, merasa sangat haus, air kencing berwarna kuning gelap serta berbau.
  • Terdapat perubahan gerakan janin dalam kandungan, seperti jika janin tidak aktif seperti biasa.
  • Merasa sakit pada perut seperti kontraksi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Selalu Sakit Semasa Berpuasa? Ketahui 5 Penyakit Lazim Berlaku Di Bulan Ramadan

    Bulan Ramadan sudah tiba! Jika anda tidak berpada-pada ketika makan berbuka, anda boleh mendapat 5 penyakit bulan puasa lazim ini. Ketahuinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 30/04/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Tahu Nak Masak Apa Masa Sahur? Ini 7 Menu Simple Boleh Cuba Sepanjang Ramadan Ini!

    Bagi mereka yang masih tercari-cari menu untuk sahur sepanjang bulan Ramadan ini, ini 7 menu sahur simple yang boleh anda cuba. Sedap dan jimat masa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Perayaan 30/04/2020 . 4 minit bacaan

    Ini Bahaya Ambil Makanan Segera Semasa Iftar – #5 Pasti Buat Anda Menyesal!

    Anda gemar berbuka dengan apa? Sila pilih dengan baik ya? Elakkan makanan segera ketika iftar kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 29/04/2020 . 3 minit bacaan

    Berpuasa Tapi Makan Banyak Masa Sahur Dan Iftar? Relaks, Anda Pasti Takkan Gemuk Jika Amalkan 5 Tip Ini!

    Ramai individu ingin memanfaatkan ramadan untuk berdiet namun sering gagal. Mungkin kalian perlu cuba tip kurus di bulan puasa ini terlebih dahulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 28/04/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    puasa 20 jam

    Anda Sanggup Puasa 20 Jam Sehari Sepanjang Ramadan? Ini Cabaran Bagi Umat Islam Di Luar Negara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 13/05/2020 . 3 minit bacaan
    bahaya merokok

    Ingin Berhenti Merokok Bulan Puasa Ini? Buat 5 Tip Di Bawah Confirm Anda Tak Hisap Lagi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/05/2020 . 3 minit bacaan
    berhenti melancap

    Melancap Ketika Puasa? Ini Yang Anda Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 04/05/2020 . 4 minit bacaan
    puasa ramadan

    Puasa Terbatal Jika Buat Ujian Swab COVID-19? Ini 17 Perkara Boleh & Tidak Boleh Dilakukan Jika Berpuasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 04/05/2020 . 3 minit bacaan