backup og meta

JANGAN Salahkan Ibu Jika Berlaku Keguguran, Ini Punca Sebenarnya....

Anda sedang alami gugur kandungan? Gugur kandungan adalah kehilangan kandungan sebelum minggu ke-20 kehamilan. Ini adalah perkara yang biasa berlaku bagi ramai wanita hamil. Terdapat 1 atau 2 kes keguguran dalam 10 kehamilan.

JANGAN Salahkan Ibu Jika Berlaku Keguguran, Ini Punca Sebenarnya....

Ia memberi kesan  yang banyak kepada psikologi ibu. Oleh itu memahami punca dan rawatan selepas keguguran adalah penting bagi setiap wanita.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Apakah puncanya gugur kandungan terjadi?

Walaupun ramai wanita berfikir bahawa ia adalah salah ibu, gugur keluar ketulan darah ini adalah cara badan melindungi dirinya.

Badan ibu boleh mengesan isyarat luar biasa dari janin, yang kebiasaannya disebabkan oleh anomali pada kromosom.

Lapan minggu pertama adalah tempoh yang berbahaya. Jika keputusan imbasan mendapati bahawa degupan jantung lemah, risiko keguguran akan meningkat.

Hormon juga merupakan punca lain bagi keguguran. Terdapat sejumlah kecil wanita mempunyai lapisan rahim nipis kerana gangguan hormon.

Dalam kes ini, rawatan progesteron akan digunakan tetapi kadar keberjayaannya adalah tidak tinggi.

Di samping itu, gangguan darah auto-imun juga boleh menyebabkan keguguran.

Dengan menjalankan ujian darah, doktor boleh memikirkan risiko keguguran bagi wanita untuk mencegahnyai. Suntukan aspirin atau heparin boleh digunakan sebagai rawatan.

Tambahan pula, bekerja, senaman fizikal atau ubat pencegah kehamilan tidak menyebabkan keguguran bagi wanita.

Apa simptom-simptomnya gugur kandungan?

gugur kandungan
Wanita yang alami keguguran awal kandungan sedang berada di hospital. 

Pendarahan dan kekejangan adalah dua isyarat berbahaya untuk ibu.

Walaupun simptom-simptom ini mungkin adalah normal, ia boleh menjadi serius untuk tempoh tiga bulan pertama. Wanita perlu berjumpa pakar atau segera hubungi doktor untuk mendaoatkan pemeriksaan.

Walau bagaimanapun, tidak semua pendarahan dan sakit adalah berbahaya. Jika hasil pemeriksaan menunjukkan degupan jantung yang kuat, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Oleh itu, temu janji yang kerap dengan doktor adalah sangat penting bagi mengelakkan sebarang risiko.

Bagaimana penjagaan wanita hamil selepas keguguran?

Jika mereka mengalami perkara ini, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat bagi mengurangkan kesakitan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes serius yang memerlukan pembedahan yang dipanggil pengembangan dan pengkuretan (D & C).

Apakah umur yang paling biasa bagi keguguran?

Biasanya, wanita lebih 40 tahun lebih berisiko mengalami gugur kandungan. Terdapat 25% daripada wanita berumur 40-an mengalami keguguran.

Oleh itu, jika wanita itu berumur lebih 40 tahun, mereka perlu berhati-hati dan berjumpa doktor dengan kerap untuk mengelakkan sebarang risiko.

Pernah alami gugur kandungan, bolehkah wanita hamil dengan selamat selepas itu?

Wanita yang mengalami keguguran boleh mendapatkan kehamilan normal selepas itu. Doktor mungkin mengesyorkan agar menunggu untuk kehamilan seterusnya; sebenarnya, 70% wanita boleh hamil dengan  sihat selepas keguguran.

Wanita, ini langkah pencegahan untuk anda…

Walaupun tidak ada pencegahan untuk elakkan gugur kandungan bagi seorang wanita hamil, kita boleh mengurangkan risiko pengguguran melalui gaya hidup yang sihat sebelum dan semasa kehamilan.

Merokok dan alkohol harus dielakkan untuk mengurangkan risiko kehilangan bayi.

Walaupun tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa sukan boleh menyebabkan keguguran, tetapi bagi wanita lanjut usia, mereka perlu melakukan senaman ringan bagi mengelakkan sebarang risiko.

Jika anda mengalami simptom-simptom ini di atas dan berisiko tinggi keguguran, hubungi doktor anda untuk mendapatkan penilaian menyeluruh dan rawatan yang betul. Ujian darah, ujian hormon dan pemeriksaan imbasan mungkin diperlukan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Pregnancy Loss: Overview https://www.nichd.nih.gov/health/topics/pregnancyloss/Pages/default.aspx. Accessed on 21 December 2016.

How do health care providers diagnose pregnancy loss or miscarriage? https://www.nichd.nih.gov/health/topics/pregnancyloss/conditioninfo/Pages/diagnosed.aspx. Accessed on 21 December 2016.

https://www.plannedparenthood.org/learn/pregnancy/miscarriage

https://www.pregnancybirthbaby.org.au/miscarriage

Treatment after miscarriage http://www.marchofdimes.org/complications/treatment-after-miscarriage.aspx. Accessed on 21 December 2016.

Miscarriage

 

Home

 

Versi Terbaru

15/09/2026

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip


Artikel Berkaitan

Benarkah Bekerja Pada Waktu Malam Boleh Jadi Punca Keguguran Janin? Ini Kata Kajian!

Ibu Hamil, Ini 10 Punca Pendarahan Setiap Trimester, Bukan Semuanya Sebab Keguguran!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan