
Sesetengah ibu hamil mungkin dibolehkan untuk berpuasa, bergantung kepada keadaan kesihatan dan kecergasan tubuh ibu hamil, serta usia kehamilannya. Meskipun begitu, ibu hamil yang berpuasa harus tetap mengawasi pengambilan nutriennya agar puasa saat hamil tidak mempunyai kesan buruk kepada perkembangan janin dalam kandungan. Sesetengah ibu hamil mungkin memerlukan suplemen sewaktu puasa untuk mencukupkan keperluan nutriennya.
Adakah suplemen ibu hamil diperlukan sewaktu puasa?
Ibu hamil yang dapat mencukupkan keperluan nutriennya melalui menu makanan seimbang mungkin tidak perlu mengambil suplemen. Untuk mencukupkan nutriennya tanpa suplemen, ibu hamil harus mengambil pelbagai jenis makanan sihat, seperti sayur-sayuran, buah, ikan, dan daging. Ini mungkin lebih mudah dilakukan sewaktu anda tidak berpuasa.
Namun sewaktu berpuasa, mencukupkan keperluan nutrien anda dengan mengambil pelbagai jenis makanan mungkin sukar untuk dilakukan karena waktu makan yang terhad. Untuk mengimbanginya, pengambilan suplemen ibu hamil sewaktu puasa mungkin diperlukan untuk membantu mencukupkan nutrien. Bincang dengan doktor anda mengenai keperluan vitamin sewaktu hamil.
Tapi ingat, suplemen hanya sebagai pelengkap bukan pengganti makanan ibu hamil. Anda tetap perlu berusaha mencukupkan keperluan nutrien anda sewaktu puasa melalui makanan.
Apakah suplemen yang diperlukan ibu hamil sewaktu puasa?
Banyak nutrien penting yang perlu dicukupkan ibu hamil sewaktu berpuasa untuk menyokong perkembangan dan pertumbuhan janinnya. Beberapa suplemen ibu hamil saat puasa adalah:
Asid folat
Asid folat merupakan nutrien penting yang diperlukan ibu hamil, terutamanya pada masa awal kehamilan. Zat nutrien ini berperanan penting dalam pembahagian sel dan pembentukan organ. Kekurangan asid folat sewaktu masa kehamilan boleh meningkatkan risiko ibu hamil melahirkan bayi dengan kecacatan saraf (perkembangan otak dan sumsum tulang belakang bayi tidak normal). Kekurangan asid folat juga boleh mengakibatkan ibu hamil mengalami anemia.
Untuk mencegah hal tersebut, ibu hamil disarankan untuk mengambil asid folat sebanyak 600 mikrogram sehari. Ini boleh didapatkan dengan mengambil sayuran hijau (bayam, brokoli, kale, dan asparagus), jeruk, strawberi, bijirin yang diperkaya dengan asid folat, dan juga dari suplemen asid folat.
Zat besi
Keperluan zat besi juga meningkat sewaktu hamil, sehingga ibu hamil perlu tambahan pengambilan zat besi dengan lebih banyak. Hal ini karena selama masa kehamilan isi padu darah ibu terus bertambah, untuk menyokong perubahan tubuh ibu dan juga untuk perkembangan janin dalam kandungan.
Ramai ibu hamil mungkin tidak dapat mencukupkan keperluan zat besinya dari makanan, sehingga perlu pengambilan tambahan dari suplemen zat besi. Keperluan zat besi untuk ibu hamil sehari adalah sebanyak 26-39 mg. Semakin tua usia kehamilan, keperluan zat besi semakin meningkat. Kekurangan zat besi sewaktu hamil boleh menyebabkan ibu hamil mengalami anemia.
Kalsium
Ibu hamil juga perlu pengambilan kalsium tambahan sepanjang kehamilan. Keperluan kalsium yang harus dipenuhi ibu hamil adalah sebanyak 1300 mg. Ini bukan jumlah yang sedikit, sehingga sesetengah ibu hamil mungkin memerlukan pengambilan kalsium tambahan dari suplemen kalsium, lebih-lebih lagi sewaktu sedang berpuasa.
Keperluan kalsium meningkat saat kehamilan karena janin mengambil kalsium yang ada di tubuh ibu untuk perkembangan tulang, struktur saraf, dan otot. Untuk menggantikan kalsium yang diambil janin, maka ibu hamil perlu mengambil makanan yang mengandungi banyak kalsium. Jika ibu hamil kekurangan kalsium, maka kekuatan tulang ibu sendiri yang berisiko. Beberapa pakar juga mengatakan bahawa pengambilan kalsium yang mencukupi sepanjang kehamilan dapat membantu mencegah tekanan darah tinggi dan preeklampsia.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baca juga: