backup og meta

Pernah Ambil Pil Perancang, Kini Ingin Hamil Semula, Ini Cara Nak Tahu Bila Waktu Subur!

Pernah Ambil Pil Perancang, Kini Ingin Hamil Semula, Ini Cara Nak Tahu Bila Waktu Subur!

Tertanya-tanya bila anda akan kembali subur setelah mengambil ubat perancang kehamilan? Anda mungkin tidak tahu, kesuburan wanita akan kembali semula dalam tempoh tertentu bergantung kepada kaedah perancang kehamilan yang anda gunakan. 

Sebagai contoh, waktu kembalinya kesuburan wanita adalah berbeza bagi mereka yang mengambil pil perancang kehamilan dengan mereka yang menggunakan kondom wanita.

Jom baca artikel ini untuk ketahuinya dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kehamilan, anda boleh klik di sini.

Kaedah perancang kehamilan dan waktu anda kembali hamil

Kaedah perancang kehamilan berbeza menentukan tempoh yang berbeza untuk anda kembali hamil. 

Berikut adalah tempoh kesuburan wanita mengikut kaedah perancang kehamilan yang digunakan.

#1. Kaedah perancang kehamilan penghalang atau semula jadi

Bagi wanita yang menggunakan jenis perancang kehamilan berbentuk penghalang seperti kondom, kondom wanita, spermicide atau diafragma, anda akan kembali subur dalam tempoh segera.

Ini bermaksud anda akan terus mendapat kehamilan sejurus selepas melakukan seks tanpa penggunaan kaedah perancang kehamilan ini di lain waktu. 

Ini kerana, kesemua kaedah penghalang sperma seperti ini telah menghalang sperma daripada sampai ke bahagian telur atau ovum wanita.

Tambahan pula, penggunaan alat pencegah kehamilan seperti kondom ini boleh melindungi diri anda daripada risiko jangkitan seksual. Sesetengah jangkitan seksual boleh menyebabkan ketidaksuburan pada wanita!

perancang kehamilan
Mitos kondom yang tidak boleh dipercayai.

#2. Jenis perancang kehamilan gabungan

Ada juga wanita yang menggunakan kaedah kawalan kelahiran gabungan sebelum ini, namun tertanya-tanya bilakah mereka akan kembali subur.

Kaedah kawalan kelahiran gabungan menggunakan beberapa kaedah berbeza untuk mencegah kehamilan. Ini termasuklah penggunaan pil perancang, patch dan juga gegelung.

Kesemua kaedah ini mempunyai hormon estrogen dan juga progestin. 

Bagi anda yang menggunakan kaedah ini, tubuh anda akan kembali subur dalam tempoh beberapa minggu setelah anda menghentikan pengambilan gabungan pil tersebut.

Ia juga boleh mengambil masa antara 1 hingga 3 bulan untuk kembali hamil.

Kajian menunjukkan bahawa setengah daripada wanita yang menggunakan kaedah ini akan kembali hamil dalam tempoh 3 bulan setelah menghentikannya.

Ada juga wanita yang kembali hamil setelah 12 bulan menghentikan penggunaannya. 

Jenis perancang kehamilan #3. Peranti intrauterin atau IUD 

perancang kehamilan
Peranti intrauterin yang digunakan untuk mencegah kehamilan.

Terdapat dua jenis IUD yang digunakan oleh wanita untuk mencegah kehamilan iaitu IUD hormon seperti Mirena dan Skyla, atau IUD bukan hormon (tembaga) seperti ParaGard.

Sebarang penghentian penggunaan IUD perlu dilakukan oleh doktor perubatan bertauliah, dan jangan sesekali melakukannya sendiri di rumah.

Bagi wanita yang menghentikan penggunaan IUD, kesuburan mereka untuk hamil akan kembali dengan cepat. Tempoh yang diambil untuk kembali subur biasanya hanya dalam waktu 1 bulan sahaja.

Untuk lebih memudahkan anda mengingatinya, kesuburan anda akan kembali semula selepas kitaran haid pertama sejurus IUD tersebut dikeluarkan.

#4. Nexplanon: Kaedah kawalan kesuburan wanita melalui implan hormon

Nexplanon adalah satu-satunya implan kawalan kelahiran yang menggunakan hormon progestin.

Nexplanon akan melepaskan progestin dalam tempoh tiga tahun selepas penggunaannya. Implan ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dalam tempoh tiga tahun selepas penggunaan.

Sama seperti IUD, wanita akan kembali subur dengan pantas sejurus implan Nexplanon ini dibuang.

Biasanya ia akan mengambil masa hanya dalam tempoh 1 bulan sahaja untuk kembali hamil.

Tempoh penggunaan Nexplanon sama ada sekejap atau lama tidak mempengaruhi kecepatan anda untuk kembali hamil. 

Perancang kehamilan Depo #5. Depo Provera

Depo Provera adalah sejenis kaedah perancang kehamilan melalui suntikan yang membantu wanita mencegah kehamilan daripada berlaku dalam tempoh 12 minggu atau 3 bulan.

Bagi mereka yang menggunakan kaedah rancang kehamilan ini, anda mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk kembali hamil berbanding kaedah-kaedah perancang yang lain.

Pengeluar Depo Provera mencadangkan agar anda menghentikan pengambilan suntikan ini dalam tempoh 1 tahun sebelum anda ingin kembali hamil. 

Ini kerana, walaupun suntikan ini tidak lagi membantu mencegah kehamilan dalam masa 3 bulan selepas penggunaan, hormon daripada suntikan ini masih lagi berada dalam tubuh anda kerana ia disuntik pada otot anda.

Oleh sebab itu, anda mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk hamil walaupun telah lama menghentikan suntikan Depo Provera ini.

Kembalinya kesuburan wanita tidak menyebabkan anda terus hamil

perancang kehamilan
Pil perancang keluarga untuk menjarakkan kehamilan.

Walaupun kesuburan wanita akan kembali semula setelah berhenti menggunakan kaedah perancang seperti di atas, ia tidak bermakna bahawa anda akan terus hamil.


Ada yang mungkin akan hamil dalam tempoh 1 bulan, malah ada juga yang perlu menunggu sehingga 1 tahun untuk kembali hamil.

Ini kerana, bukan hanya kaedah perancang yang mempengaruhi tempoh kesuburan tersebut, tetapi ia juga melibatkan faktor-faktor lain seperti umur, kesihatan dan gaya hidup anda. 

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Depo-Provera: Quarterly Injection. https://americanpregnancy.org/preventing-pregnancy/depoprovera/. Diakses Oktober 28, 2022.

Implant contraception. http://europepmc.org/article/med/11727176. Diakses Oktober 28, 2022.

What’s the Plan B morning-after pill? https://www.plannedparenthood.org/learn/morning-after-pill-emergency-contraception/whats-plan-b-morning-after-pill. Diakses Oktober 28, 2022.

Morning-after pill. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/morning-after-pill/about/pac-20394730. Diakses Oktober 28, 2022.

Birth Control Pills. https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/3977-birth-control-the-pill. Diakses Oktober 28, 2022.

Versi Terbaru

29/10/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Apakah Kaedah Perancang Terbaik Untuk Remaja?

Betul Ke Guna Pil Perancang Sudah Ketinggalan Dan Satu Kaedah Lama?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan