Abstinens (Langsung tidak melakukan seks) – Kadar Kegagalan Biasa: 0%
Inilah kaedah yang paling mujarab untuk tidak mengandung atau mendapat penyakit jangkitan kelamin seperti HPV. Beberapa strain HPV mampu mengakibatkan kanser pangkal rahim.
Pil Perancang – Kadar Kegagalan Biasa: 9%
Pil-pil perancang adalah kaedah paling popular untuk mengelak kehamilan kerana ianya sangat efektif, mesra pengguna, selamat dan mudah didapati. Untuk pil harian, hormon yang dikeluarkan oleh pil tersebut menekan pelepasan telur daripada ovari dan memekatkan cecair pangkal rahim, menyukarkan kemasukan sperma. Pil gabungan mengandungi estrogen dan progestin manakala pil lain adalah pil yang mengandungi progestin sahaja.
Terdapat pelbagai manfaat tambahan pil perancang seperti mengurangkan kekejangan akibat haid, turun darah yang lebih sedikit dan juga melindugi daripada penyakit radang pelvis. Pil ini juga mampu untuk mengurangkan jerawat, elak penipisan tulang dan kurangkan simptom pra-haid (PMS). Sejenis pil perancang juga mampu untuk memberikan anda haid 4 kali setahun (untuk anda yang tidak gemar haid). Bagaimanapun, terdapat kesan sampingan seperti pendarahan antara haid, mual, sakit buah dada yang lazimnya akan wujud untuk beberapa bulan pertama.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen