backup og meta

Posisi Bersalin Terkangkang, Litotomi Boleh Sebabkan 5 Komplikasi Ini, Bakal Ibu WAJIB Tahu!

Posisi Bersalin Terkangkang, Litotomi Boleh Sebabkan 5 Komplikasi Ini, Bakal Ibu WAJIB Tahu!

Antara posisi bersalin yang paling biasa semasa proses melahirkan anak melalui faraj adalah kedudukan litotomi. Tetapi hakikatnya terdapat beberapa risiko dan komplikasi yang boleh dialami bakal ibu.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Posisi bersalin dengan kedudukan litotomi

Kedudukan litotomi adalah di mana bakal ibu perlu berbaring secara terlentang dan lutut dibengkokkan serta bahagian paha dibuka ketika melahirkan anak.

Selain menjadi pilihan semasa proses kelahiran bayi, kedudukan mengangkang ini juga turut digunakan semasa pembedahan melibatkan bahagian pelvis.

[embed-health-tool-due-date]

Dalam posisi meneran ketika bersalin ini, wanita hamil yang bakal bersalin mesti berbaring di atas katil dan menggantung betisnya pada sokongan yang biasanya diletakkan di atas katil obstetrik.

Kebanyakan doktor mungkin akan mengesyorkan kedudukan litotomi kerana ia membolehkan mereka mendapat akses mudah kepada ibu dan bayi yang bakal dilahirkan.

Terdapat beberapa kebaikan kedudukan litotomi bagi ibu bersalin seperti:

  • Jarak untuk janin keluar lebih pendek, sekali gus memudahkan proses bersalin
  • Bekalan oksigen kepada ibu ketika menolak/meneran juga dapat berlaku secara optimum

Risiko melahirkan anak dengan kedudukan litotomi

posisi bersalin
Kedudukan Litotomi

Walaupun biasa digunakan, tetapi beberapa kajian mendedahkan ada risiko jika kedudukan litotomi dilakukan.

Antaranya, kajian yang dilakukan pada 2016 bertajuk Comparative Study on The Influence of Three Delivery Positions on Pain Intensity During the Second Stage of Labor.

Hasil penyelidikan menyatakan kedudukan litotomi boleh menurunkan tekanan darah yang boleh menyebabkan kontraksi lebih menyakitkan.

Malah kedudukan litotomi juga dikaitkan dengan peningkatan risiko beberapa komplikasi, antaranya:

1. Meningkatkan faktor risiko kecederaan saraf periferi dengan posisi bersalin litotomi

Kecederaan saraf periferal telah dilaporkan selepas pembedahan dalam kedudukan litotomi. Kecederaan pada saraf ini sememangnya salah satu risiko yang paling biasa.

Gejala termasuk kelemahan motor yang dirasakan pada buku lali, termasuk kesukaran untuk membengkokkan (eversion) buku lali, dan menggerakkan tapak kaki ke hadapan atau ke atas (dorsiflexion).

Oleh itu, apabila mengambil kedudukan ini adalah penting untuk mengelakkan lenturan yang melampau atau membuka kaki terlalu luas.

Juga pastikan kedudukan yang betul, termasuk pada saraf periferi yang terdedah serta elakkan tekanan yang tidak perlu pada pinggul dan lutut anda.

2. Mempunyai sindrom petak akut

Sindrom petak akut (ACS, acute compartment syndrome) berlaku apabila tekanan terkumpul pada bahagian tertentu badan anda.

Peningkatan tekanan ini boleh mengganggu aliran darah sehingga menjejaskan fungsi tisu sekeliling.

Posisi ketika bersalin.
Posisi ketika bersalin.

Kedudukan litotomi meningkatkan risiko ACS kerana ia memerlukan kaki dinaikkan melebihi paras jantung untuk jangka masa yang lama.

Risiko mendapat sindrom ini adalah lebih tinggi jika proses kelahiran berlangsung untuk tempoh lebih daripada empat jam.

Biasanya untuk mengelakkan ini, pakar bedah akan menurunkan kaki anda dengan berhati-hati setiap dua jam.

Dalam kes ini, jenis sokongan kaki yang digunakan juga boleh memainkan peranan dalam meningkatkan atau mengurangkan tekanan ACS.

Pendakap betis yang berbentuk seperti but boleh meningkatkan tekanan pada otot, manakala pendakap pergelangan kaki boleh mengurangkannya.

3. Episiotomi 

Kedudukan litotomi juga dipercayai meningkatkan kemungkinan untuk bakal ibu memerlukan episiotomi – pemotongan tisu antara faraj dan dubur (turut dikenali sebagai perineum) yang dilakukan ketika proses kelahiran normal dan akan dijahit – bagi memudahkan proses melahirkan anak.

Jenis koyakan ketika bersalin.
Jenis koyakan ketika bersalin.

Ada kajian juga mendapati risiko koyakan perineum adalah lebih tinggi dalam kedudukan litotomi.

Selain itu ada penyelidikan yang mengaitkan posisi litotomi dengan peningkatan risiko kecederaan pada perineum jika dibandingkan dengan kedudukan mencangkung berbaring mengiring (squatting lying on your side).

Risiko posisi bersalin litotomi #4. Kaedah pembedahan

Terdapat penyelidikan yang membandingkan proses bersalin dengan kedudukan litotomi dan posisi mencangkung. 

Ia menunjukkan wanita yang beranak dalam posisi litotomi adalah lebih berkemungkinan perlu melalui kaedah pembedahan caesarean atau bantuan forsep untuk mengeluarkan bayi.

5. Kecederaan sfinkter kesan posisi bersalin litotomi

Kedudukan litotomi juga meningkatkan risiko wanita mengalami kecederaan sfinkter akibat peningkatan yang mungkin berkekalan seperti:

Kesimpulan

Perlu diingatkan bahawa melahirkan anak adalah satu proses kompleks dengan pelbagai risiko dan komplikasi yang berpotensi untuk berlaku, tanpa mengira posisi bersalin yang digunakan.

Dalam sesetengah kes, kedudukan litotomi mungkin merupakan pilihan posisi yang paling selamat kerana kedudukan bayi dalam saluran kelahiran.

Semasa tempoh kehamilan, berbincanglah dengan doktor tentang kemungkinan posisi yang mungkin anda akan lakukan semasa proses kelahiran nanti.

Mereka pasti dapat membantu dalam memilih posisi bersalin yang terbaik tanpa mengabaikan aspek keselamatan untuk anda dan bayi dalam kandungan ketika melahirkan anak.

Sekiranya wujud sebarang keraguan atau kebimbangan yang bermain difikiran melibatkan proses kelahiran anak nanti, usah malu untuk berunding dengan doktor, terutamanya jika anda akan bersalin di hospital.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Meyvis, I., Van Rompaey, B., Goormans, K., Truijen, S., Lambers, S., Mestdagh, E., & Mistiaen, W. (2012). Maternal position and other variables: effects on perineal outcomes in 557 births. Birth (Berkeley, Calif.), 39(2), 115–120. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/23281859/.  Accessed on Sept 22, 2022 
  2. Elvander, C., Ahlberg, M., Thies-Lagergren, L. et al. Birth position and obstetric anal sphincter injury: a population-based study of 113 000 spontaneous births. BMC Pregnancy Childbirth 15, 252 (2015). https://doi.org/10.1186/s12884-015-0689-7.  Accessed on Sept 22, 2022
  3. Carmen Ballesteros-Meseguer, César Carrillo-García, Mariano Meseguer-de-Pedro, Manuel Canteras-Jordana, and Mª Emilia Martínez-Roche. (2016). Episiotomy and its relationship to various clinical variables that influence its performance. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4877173/,  Accessed on Sept 22, 2022
  4. Dorsal Lithotomy Position vs. Non-supine Positions During 2nd Stage of Labor: Quadriped. https://www.lamaze.org/Connecting-the-Dots/dorsal-lithotomy-position-vs-non-supine-positions-during-2nd-stage-of-labor-quadriped,  Accessed on Sept 22, 2022
  5. Valiani Mahboubeh, Rezaie Mehri, Shahshahan Zahra. (2016). Comparative study on the influence of three delivery positions on pain intensity during the second stage of labor. https://www.ijnmrjournal.net/citation.asp?issn=1735-9066;year=2016;volume=21;issue=4;spage=372;epage=378;aulast=Valiani;aid=IranianJNursingMidwiferyRes_2016_21_4_372_185578,  Accessed on Sept 22, 2022
  6. Jing Huang, Yu Zang, Li-Hua Ren, Feng-Juan Li, and Hong Lu. (2019). A review and comparison of common maternal positions during the second-stage of labor. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6839002/.  Accessed on Sept 22, 2022
  7. Child Birth;Comparison Of Complications Between Lithotomy Posi- Tion And Squatting Position During. https://applications.emro.who.int/imemrf/Professional_Med_J_Q/Professional_Med_J_Q_2015_22_4_390_394.pdf,  Accessed on Sept 22, 2022
  8. The Evolution of Maternal Birthing Position.https://ajph.aphapublications.org/doi/pdf/10.2105/AJPH.77.5.636,  Accessed on Sept 22, 2022

Versi Terbaru

03/12/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Kelahiran Secara Vakum Buat Kepala Bayi Lonjong? Jom Cuba Tip Ini Untuk Kurangkannya

Apa Jadi Pada Miss V Selepas Bersalin? Ini 5 Perubahan Utama Faraj Untuk New Mom!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan