backup og meta

Tak Nak Guna Apps? Ini Cara Kira EDD Secara Manual Boleh Ibu Cuba, Mudah!

Tak Nak Guna Apps? Ini Cara Kira EDD Secara Manual Boleh Ibu Cuba, Mudah!

Ada ke cara kira EDD secara manual? Kalau bakal ibu ingin mengetahui formula pengiraan EDD ini, teruskan membaca perkongsian artikel.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Kiraan tarikh jangkaan bersalin (EDD)

Sebelum mengetahui cara kira EDD secara manual, seperkara yang perlu difahami, kiraan EDD atau tarikh jangkaan bersalin adalah untuk membolehkan anda menganggar bila bayi akan lahir.

Ia hanyalah tarikh anggaran semata-mata – bahkan sangat sedikit peratusan bayi yang lahir mengikut EDD ini.

Tetapi mengetahui tarikh jangkaan bersalin penting untuk beberapa sebab. Ia membantu anda merancang dan melakukan persiapan kelahiran bayi.

Selain itu, ia juga memberikan doktor maklumat penting yang diperlukan untuk memantau kesihatan bayi dan juga anda.

Terdapat beberapa formula pengiraan EDD yang boleh anda cuba di rumah. Tetapi kaedah ini tidak selalunya tepat. Doktor mungkin memberikan tarikh jangkaan berbeza berdasarkan saiz bayi pada ultrabunyi dan tarikh akhir haid. 

Memahami tarikh jangkaan bersalin

Sekurang-kurangnya 38 minggu – 266 hari – diperlukan untuk bayi dalam kandungan membesar dengan sepenuhnya. Due date adalah hari anda dijangka bersalin berdasarkan proses kehamilan 38 minggu ini. 

Perlu diingatkan bahawa tempoh kehamilan penuh adalah antara 37-42 minggu. Bayi boleh lahir pada bila-bila masa dan banyak faktor memainkan peranan dalam menentukan bila anda akan bersalin.

cara kira edd secara manual

Cara kira EDD secara manual

Bagi wanita dengan kitaran haid 28 hari yang tetap, terdapat 2 cara untuk mengira tarikh jangkaan bersalin anda:

Peraturan Naegele

Formula pengiraan EDD berdasarkan Peraturan Naegele adalah mudah untuk dilakukan. 

Anda hanya perlu menolak 3 bulan daripada hari pertama LMP (Last menstrual period) dan kemudian menambah 1 tahun 7 hari.

Sebagai contoh, jika LMP anda jatuh pada 1 November 2021:

  1. Tolak 3 bulan – 1 Ogos 2021.
  2. Tambah 7 hari – 8 Ogos 2021.
  3. Tambah 1 tahun – dalam kes ini ke 2022.

EDD untuk contoh di atas adalah 8 Ogos 2022.

Roda kehamilan antara cara kira EDD secara manual

Cara lain untuk mengira tarikh jangkaan bersalin adalah dengan menggunakan roda kehamilan. Ini adalah kaedah yang digunakan kebanyakan doktor. Sangat mudah untuk menganggarkan EDD jika anda mempunyai akses kepada roda kehamilan.

cara kira edd secara manual

Langkah pertama adalah untuk mencari tarikh LMP pada roda. Apabila anda mengukur tarikh tersebut dengan penunjuk, roda akan memaparkan tarikh jangkaan bersalin. 

Sekali lagi harus diingatkan, tarikh ini hanyalah anggaran bila kelahiran bayi akan berlaku. Peluang untuk melahirkan si kecil tepat pada tarikh jangkaan ini amatlah tipis. 

Tidak pasti tarikh haid terakhir?

Jangan bimbang, keadaan ini kerap terjadi. Nasib baik ada cara untuk mengetahui tarikh jangkaan bersalin jika anda tidak dapat mengingati hari pertama haid terakhir anda.

  • Jika mengetahui minggu tertentu LMP anda, doktor boleh menganggarkan EDD dengan sewajarnya
  • Sekiranya langsung tidak dapat mengingatinya, doktor mungkin meminta anda melakukan pemeriksaan ultrabunyi untuk menentukan EDD

[embed-health-tool-due-date]

Cara kira EDD secara manual jika haid tidak teratur @ panjang

Sesetengah wanita mempunyai kitaran haid secara konsisten lebih lama daripada purata 28 hari. Dalam kes ini, roda kehamilan masih boleh digunakan tetapi beberapa pengiraan mudah adalah diperlukan. 

Separuh kedua kitaran haid wanita sentiasa berlangsung selama 14 hari. Ini adalah masa daripada ovulasi hingga haid seterusnya. 

Sebagai contoh jika kitaran haid adalah 35 hari, kemungkinan anda mungkin mengalami ovulasi pada hari ke-21.

Jika mempunyai idea umum tentang tempoh ovulasi terjadi, anda boleh menggunakan pelarasan LMP untuk mendapatkan tarikh jangkaan bersalin dengan roda kehamilan.

cara kira edd secara manual

Contohnya, jika kitaran haid anda biasanya 35 hari dan hari pertama LMP anda ialah 1 November:

  1. Tambah 21 hari – iaitu 22 November.
  2. Tolak 14 hari untuk melaraskan tarikh LMP – iaitu 8 November.

Selepas mengira tarikh pelarasan LMP, hanya tandakannya pada roda kehamilan dan kemudian lihat pada tarikh di mana garis itu bersilang – itu adalah EDD anda.

Sesetengah roda kehamilan mungkin membenarkan anda memasukkan tarikh persenyawaan – berlaku dalam tempoh 72 jam selepas ovulasi – dan bukannya tarikh LMP.

Cara kira EDD secara manual jika menjalani IVF

Sekiranya anda menggunakan kaedah pembekuan embrio dan persenyawaan in-vitro untuk mengandung, tarikh pemindahan IVF boleh digunakan untuk mengetahui tarikh jangkaan bersalin.

Jika doktor memindahkan embrio 5 hari selepas mengeluarkan telur anda, tambahkan 261 hari daripada tarikh pemindahan.

Manakala sekiranya pemindahan embrio terjadi selepas 3 hari pengambilan telur, tambahkan 263 hari untuk menentukan EDD.

Biasanya pada hari pemindahan telur, doktor akan memberikan maklumat tarikh jangkaan bersalin dengan anda.

Baca juga:

Ketepatan formula pengiraan EDD

Cara kira EDD secara manual ini hanyalah anggaran. Doktor akan memeriksa anda dan perkembangan janin untuk mengesahkan tarikh jangkaan bersalin yang sebenar. 

Untuk mendapatkan idea lebih lepat mengenai bila kelahiran bayi akan berlaku, doktor akan melakukan pemeriksaan ultrabunyi.

Semasa ujian ultrabunyi dilakukan, doktor akan mengukur bayi dalam kandungan. Ia dilakukan untuk membantu doktor menentukan umur kehamilan bayi dan mengesahkan EDD anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Calculating a Due Date. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/calculating-a-due-date, Accessed on March 11, 2022
  2. Due Date Calculator. https://my.clevelandclinic.org/health/diagnostics/22052-due-date-calculator, Accessed on March 11, 2022
  3. Pregnancy (Due Date) Calculator. https://patient.info/doctor/pregnancy-due-date-calculator, Accessed on March 11, 2022 
  4.  Working out your due date. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/working-out-your-due-date, Accessed on March 11, 2022
  5. Pregnancy due date calculator. https://www.tommys.org/pregnancy-information/calculators-tools-resources/pregnancy-due-date-calculator, Accessed on March 11, 2022 

 

Versi Terbaru

10/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bakal Ibu, Cuba Amalkan 3 Teknik Pernafasan Untuk Mudahkan Proses Kelahiran, BERKESAN!

Due Date Bersalin Sudah Dekat? Persiapkan Diri Dengan Perkara Penting Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan