Pening Fikir Nama Bayi? Ada 100 Nama Anak Perempuan Huruf A Untuk Dipilih

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/07/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Alamak… Pening juga untuk fikirkan nama anak perempuan huruf A. Pemilihan nama anak pun bukan boleh main letak, mestilah setiap ibu bapa mahukan pengertian nama yang baik, bukan?

Tip memilih nama anak perempuan 

Dalam proses pemilihan nama, anda sebagai ibu bapa menjadi 1 tanggungjawab untuk memilih nama yang baik, kerana nama itu yang akan menjadi lambang identiti si kecil dan dipanggil dengan nama tersebut sepanjang hayat.

Jika ingin memilih nama anak, pastikan:

  1. Mempunyai maksud yang baik

Tidak kiralah nama moden atau klasik, pastikan nama dipilih memberikan makna yang baik. Ini kerana ia akan menjadi nama yang akan digunakan untuk memanggil anak anda sepanjang hayat mereka.

  1. Elakkan nama yang sukar sebutannya

Seperti 1 persaingan, semakin ramai anak yang diberikan nama yang unik, tetapi adakalanya sukar untuk disebut. Sebaiknya, elakkan. Carilah nama anak yang mudah disebut, dieja dan tidak terlalu panjang.

  1. Berbincang

Senaraikan beberapa pilihan nama dan lakukan perbincangan dengan pasangan. Ia pastinya membantu kalian untuk dapat hadir dengan nama yang mungkin menjadi pilihan. Paling penting, janganlah sampai bergaduh pula. 

nama anak perempuan

Nama anak perempuan huruf A

Jika anda dan pasangan bercadang untuk meletakkan nama anak perempuan yang bakal lahir bermula dengan huruf A, haaa…tepat sekali keputusan anda untuk membaca perkongsian artikel ini.

Berikut Hello Doktor senaraikan 100 nama anak perempuan bermula dengan huruf A. Semoga ia membantu memudahkan anda membuat keputusan. Jangan bergaduh dengan pasangan pula, okay?

  • Aafiyah – Sihat, selamat
  • Aaira – Mulia, dihormati
  • Aaliya – Yang mulia, tinggi kedudukannya
  • Aamily – Yang melakukan (perkara yang betul)
  • Aamina – Dapat dipercaya, aman
  • Aathifah – Belas kasih, perasaan
  • Aathirah – Harum
  • Aazeen – Cantik
  • Abda – Nampak
  • Abeer – Haruman
  • Abharina – Lautan kami
  • Abirah – Wangi, harum
  • Abiyah – Elok, mulia, lepas dari kehinaan
  • Absarina – Penglihatan kami
  • Adawiyah – Penawar, seorang perempuan Sufi
  • Adeeba – Berpengetahuan, beradab
  • Adelia – Keadilan kita
  • Adilah – Adil saksama
  • Adira – Kuat
  • Adiratna – Permata indah
  • Adlina – Keadilan kita
  • Adni – Salah satu nama syurga
  • Adra – Perawan, cantik (Greek)
  • Adriana – Nisbah
  • Adriani – Teguh
  • Adwa – Cahaya
  • Afeefa – Jujur, tulus
  • Afeeya – Sihat, selamat
  • Afiah – Kesejahteraan
  • Afifah – Berbudi bahasa, punya harga diri, bermartabat tinggi
  • Afina – (Orang) yang memaafkan
  • Afiqah – Sangat pemurah, sangat berpengetahuan
  • Afrina – Putih kemerah-merahan

pemilihan nama

  • Afya – Tenaga, kekuatan
  • Afza – Membesar
  • Aida – Keberuntungan, imbalan, hadiah
  • Aileen – Cahaya terang
  • Aiman – Berkat, Yang bertuah, kanan
  • Aimy – Keberkatan
  • Ain – Mata
  • Aina – Mempunyai mata yang cantik
  • Ainan – Mata air
  • Ainani – Dua buah mata air
  • Aini – Mataku
  • Ainul Mardhiah – Nama bidadari tercantik di Syurga untuk para syuhada
  • Airis – Sejenis bunga, Iris
  • Aisyah –  Nama isteri Rasulullah saw, Hidup bahagia
  • Akma – Pimpinan, Yang sempurna
  • Alani – Ketinggian
  • Alanna – Kami melunakkan
  • Alawiah – Ketinggian
  • Aleesa – Dilindungi Tuhan
  • Aleeya – Tinggi, yang paling mulia
  • Aliah – Yang tinggi
  • Alma – Pandai, terpelajar, yang bergemerlapan
  • Almas – Berlian
  • Almira – Puteri
  • Alwani – Warna-warni
  • Alya – Ketinggian
  • Amalia – Cita-cita
  • Amalina – Lanjut usia
  • Amanda – Disayangi
  • Amani – Cita-cita, ketenanganku, keinginan, Kesejahteraanku
  • Amanina – Cita-cita kami, harapan kami
  • Aminah – Boleh dipercayai
  • Amira – Puteri, ratu
  • Ammara – Yang memakmurkan, yang kuat iman, penerang
  • Amna – Ketenangan
  • Amni – Ketenangan, Keamananku
  • Andara – Yang berseri, bahagia, muda
  • Aneesa – Yang mesra, penglipur
  • Aniqah – Cantik, lemah gemalai
  • Anis – Yang mesra, teman setia, ramah tamah dalam pergaulan
  • Anisah – Yang mesra, penglipur
  • Annur – Cahaya
  • Aqeela – Yang terbaik

nama anak perempuan

  • Aqilah – Yang baik budi, bijaksana, dapat dipercaya, pintar
  • Aralyn – Lagu, simfoni yang indah
  • Arani – Aku mimpi melihat diriku
  • Arisha – Ketinggian
  • Arissa – Azam, kuat
  • Armel – Puteri
  • Asilah – Yang asli, yang mulia
  • Asma – Ketinggian, putri Abu Bakar Ash Shiddiq ra
  • Asmah – Yang pemaaf
  • Asyura – 10 Muharram
  • Athilah – Murni, mulia
  • Athiyyah – Pemberian
  • Atifah – Bersimpati, penyayang
  • Atikah – Pemurah, berani, bersih, yang murni
  • Auliya – Mulia
  • Auni – Lemah lembutku, ketenangan, Ketetapanku
  • Awa – Malaikat yang cantik, malam
  • Awliya – Kekasih
  • Ayesha – Nama isteri Nabi Muhammad SAW
  • Ayra – Mulia, dihormati
  • Azalia – Kekal Abadi
  • Azra – Dara, perawan
  • Azyan – Perhiasan
  • Azza – Perhiasan

Pilihlah nama yang terbaik

Memilih nama yang mempunyai maksud dan pengertian yang baik adalah 1 peranan dan tanggungjawab ibu bapa. Ia adalah 1 doa yang buat si manja setiap kali namanya dipanggil. Jadi sudah tentu anda mahukan doa terbaik buat mereka, bukan?

Dalam masa yang sama, ketika pemilihan nama, pilihlah yang mudah sebutannya agar tidak menimbulkan masalah di kemudian hari. Janganlah hanya kerana inginkan nama anak perempuan tampak moden, sehingga menyukarkan anak saat mereka dewasa nanti, okay?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    100 Nama Bayi Perempuan Yang Sangat Indah Untuk Puteri Kecil Anda Itu

    Segala persiapan pastinya akan dilakukan sebaik mungkin. Namun, bagaimana pula dengan pemilihan nama bayi perempuan? Sudahkah anda membuat pilihan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 28/05/2019 . 5 minit bacaan

    Muncul Garis Gelap Di Perut Ketika Hamil, Orang Kata Itu Penentu Jantina Bayi, Benarkah?

    Kira-kira 75% wanita hamil akan mengalami garis hitam di perut, biasanya selepas trimester 1. Namun, ia dikaitkan dengan petanda jantina bayi, benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Keibubapaan 16/01/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    berat bayi normal

    Ibu Runsing Si Manja Tak Cukup Berat? Bertenang, Ini Carta Berat Normal Bayi Ikut Umur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/08/2020 . 3 minit bacaan
    jantina bayi

    Jantina Bayi Dalam Kandungan & Tekanan Semasa Kehamilan Saling Berkaitan, Kajian

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/10/2019 . 2 minit bacaan
    bertengkar-nama-anak

    Bertengkar Kerana Nama Anak? Cara Atasi Konflik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/10/2019 . 2 minit bacaan
    nama bayi

    30 Nama Bayi Yang Sesuai Untuk Kedua-Dua Bayi Lelaki Dan Perempuan, Unik Juga!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 03/10/2019 . 1 minit bacaan