Ibu Takut Nak Bersenam Sebab Masih Menyusukan Bayi? Usah Risau! Cuba 6 Tip Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tidak dapat dinafikan, menyusu badan mempunyai cabaran tersendiri. Pun begitu, ia tidak bermakna ibu perlu mengetepikan aktiviti fizikal semasa tempoh penyusuan bayi. 

Tapi bagaimana caranya?

Menyusu badan bukan penghalang untuk bersenam

Selepas melahirkan anak, ramai ibu yang menganggap mereka perlu melupakan soal menjaga kecergasan diri.

Ini kerana kebanyakan daripada mereka berasakan tiada masa untuk diluangkan bagi melakukan aktiviti fizikal. 

Lebih menyukarkan lagi jika mereka memilih untuk menyusu badan kepada si manja. 

Adakalanya, seseorang ibu itu mungkin sudah bersedia secara fizikal untuk bersenam bagi mendapatkan kembali tubuh yang cergas seperti sebelum mengandung

Namun, dalam tempoh penyusuan bayi, wujud rasa berbelah bahagi kerana anda juga ingin berjaya untuk melakukan penyusuan eksklusif kepada si manja. 

Jadi adakah terdapat cara atau tip untuk diamalkan oleh ibu-ibu yang menyusu badan agar tetap boleh menjaga kesihatan diri tanpa mengabaikan keperluan bayi?

Aktiviti fizikal tidak jejaskan bekalan susu ibu

Mungkin ada sesetengah ibu yang tidak mahu melakukan aktiviti fizikal kerana bimbang ia akan mengakibatkan pengeluaran susu badan berkurangan.

Apabila bersukan, keluar peluh dan badan terhidrat, kesannya susu semakin sedikit. Tetapi benarkah?

menyusu badan

Bercanggah dengan apa yang difikirkan itu, hakikatnya senaman atau sebarang aktiviti kecergasan yang ibu menyusu badan lakukan tidak akan sama sekali mempengaruhi bekalan susu. 

Ia mungkin akan mengubah rasa, seperti hasil yang ditunjukkan melalui kajian berkaitan tahap asid laktik dalam susu ibu selepas senaman kuat dilakukan.

Tetapi itu tidak bermakna anda tidak langsung boleh bersenam. Pilih untuk lakukan aktiviti intensiti sederhana.

Pun begitu, ada beberapa perkara yang perlu diingatkan, seperti:

  • Tunggu sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 minggu atau lebih
  • Sekiranya menjalani pembedahan caesarean, biasanya anda boleh mula bersenam selepas 6 hingga 8 minggu selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, anda harus berbincang dengan doktor sebelum memulakan sebarang jenis program senaman
  • Beberapa jenis senaman, seperti berjalan kaki, dapat dilakukan bersama bayi anda
  • Berjalan dengan pantas, latihan aerobik ringan dan latihan dalam air sangat sesuai pada tempoh awal mula bersenam
  • Pantau bagaimana perasaan anda semasa dan selepas bersenam serta jadikan ia sebagai panduan untuk jumlah senaman yang boleh dilakukan. Sesetengah ibu mendapati mereka dapat mendapatkan kembali tahap kecergasan dan stamina dengan cepat selepas bersalin. Manakala ada juga yang memerlukan lebih banyak masa

6 tip bersenam buat ibu yang menyusu badan

Berikut beberapa petua yang bagus untuk diamalkan agar anda tetap dapat menjaga kesihatan diri dan si kecil walaupun semasa tempoh penyusuan:

  1. Bra sukan 

Buat ibu yang melakukan penyusuan eksklusif, pemakaian bra sukan yang ketat pastinya menyebabkan ketidakselesaan.

Jadi anda disarankan untuk mendapatkan bra sukan yang bersesuaian untuk ibu menyusu.

  1. Banyakkan minum air

Menyusukan si manja memerlukan anda untuk memastikan penghidratan yang mencukupi sepanjang hari.

Ditambah pula dengan aktiviti kecergasan, ia membuatkan anda lebih cepat terhidrat. Maka, anda perlu minum lebih banyak lagi air bagi memastikan bekalan susu badan mencukupi.

aktiviti fizikal

  1. Mengepam susu

Anda perlu mempunyai jadual penyusuan atau mengepam susu yang sesuai. 

Cara terbaik untuk mengelakkan ketidakselesaan pada payudara ketika bersenam adalah untuk melakukan menyusu badan atau mengepam susu sekurang-kurangnya 30 hingga 45 minit sebelum bersenam.

Dengan cara ini anda akan mempunyai cukup masa bersenam serta mandi sebelum payudara membengkak dan untuk menyusukan anak kembali. 

Pastinya tip ini sangat berguna jika anda merancang untuk melakukan senaman seperti melompat, aktiviti kardio intensiti tinggi atau bertinju.

  1. Penjagaan pemakanan

Selain minum lebih banyak air, anda juga perlu menjaga aspek pemakanan harian yang diambil. 

Sekiranya anda bersenam dan menyusukan anak, tubuh anda mungkin berada dalam mod penurunan berat badan.

Jadi, anda perlu memastikan tubuh mendapat snek ringan yang berkhasiat dan sihat untuk mengekalkan khasiat secara berterusan.

Daripada mengambil makanan berkalori tinggi dan diproses, seperti piza atau kerepek kentang, mengapa tidak menggunakan keperluan pengambilan kalori untuk makan secara sihat?

Antara pilihan yang baik adalah seperti keju kotej, telur rebus sama ada separuh atau masak sepenuhnya, mentega kacang, avokado, pisang, hummus atau yogurt. 

  1. Urutan badan

Sekiranya anda mengenali seseorang yang boleh mengurut kaki anda seminggu sekali, ia sesuatu yang bagus.

Ini kerana urutan kaki dapat membantu melancarkan peredaran darah dan meningkatkan aliran darah bagi membuat kaki anda merasa lebih baik, khususnya daripada tekanan yang mungkin ditambah ketika berdiri dan bersenam.

Selain itu, urutan yang dilakukan bukan sekadar menghilangkan ketegangan, tetapi juga dapat menyegarkan badan untuk pemulihan dan pengembangan otot secara berterusan.

  1. Sedikit demi sedikit

Sama ada anda merupakan individu yang gemar melakukan aktiviti kecergasan atau baru merancang, sebaiknya mulakan bersenam dengan aktiviti berintensiti rendah.

Berjalan kaki, berenang dan yoga adalah cara terbaik untuk memacu badan kepada aktiviti riadah yang lebih susah dan berintensiti tinggi.

bersenam

Kekal aktif pilihan terbaik buat ibu menyusu badan

Tetap aktif walaupun menyusu badan adalah penting untuk ibu bagi memastikan anda kekal menjaga kesihatan diri.

Bersenam dapat membantu ibu dengan penyusuan eksklusif menjalani rutin yang sihat, menurunkan berat badan, menegangkan badan, dan menolong mengawal hormon.

Paling penting, cari rutin aktiviti fizikal yang bersesuaian dengan diri agar anda tidak berasa tertekan untuk bersenam.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ibu Sedang Hamil Bayi Kembar? Ini Cara Penyusuan Terbaik & Posisi Menyusu Badan Yang Sesuai

Ibu kepada bayi kembar akan berdepan masalah saat penyusuan? Tidak semestinya, kerana ada cara menyusu anak kembar yang boleh dicuba.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penyusuan Badan 09/10/2020 . 3 minit bacaan

Rasa MALAS Melakukan Aktiviti Fizikal? Cuba Elakkan 5 Perkara Ini Jika Mahu RAJIN Bersenam

Mematuhi jadual aktiviti fizikal tidaklah mudah. Cuba pertimbangkan 5 cara mengatasi malas bersenam ini. Mungkin anda akan rajin bersenam selepas ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Alahai, Baby Sedap Duduk Dalam Perut, Tak Nak Keluar Lagi? Cubalah 7 Petua Cepat Bersalin Ini

Baby masih tidak menunjukkan tanda ingin keluar? Adakah terdapat cara mempercepatkan bukaan rahim? Ada 9 petua mudah bersalin untuk anda.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 06/10/2020 . 3 minit bacaan

Makin Tua, Makin Cepat Penat? Anda Mungkin Kehilangan Jisim Otot! Nak Atasi, Ambil Makanan Ini

Sekiranya anda berusia lebih 50 tahun dan tidak sekuat dulu, itu tidak menghairankan. Ini mungkin petanda anda alami atrofi otot, kemerosotan otot badan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 30/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

diet rendah karbohidrat

Pemilik Darah O, Kalau Nak Turunkan Berat Badan Kena Ikut Diet Ini, Tapi Berkesan Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
tip bersenam

Siapa Yang Kata Senaman Itu Bosan? Ia Sangat Seronok Jika 7 Perkara Ini Dapat Diatasi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
selepas kelahiran bayi

Faraj Koyak Besar Waktu Bersalin, Ibu Alami Trauma! Bagaimana Nak Atasi Rasa Trauma Kelahiran?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan
kesilapan ketika bersenam

Ingin Bersenam? Sebelum Mula, Elak Lakukan Kesilapan Berikut – No 3 Paling Kerap Dibuat

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/10/2020 . 3 minit bacaan