backup og meta

Berapa Kos Bersalin Bakal Ibu Di Hospital Kerajaan Tahun Ini? Sedia Awal Tak Kalut!

Berapa Kos Bersalin Bakal Ibu Di Hospital Kerajaan Tahun Ini? Sedia Awal Tak Kalut!

Bercadang untuk melahirkan anak di hospital kerajaan, tetapi berapa agaknya kos bersalin hospital kerajaan tahun 2023 dan 2024 ini ya?

Untuk bakal ibu ayah yang sedang membuat persiapan bagi menyambut kelahiran bayi, terutamanya berkaitan bayaran wad hospital kerajaan yang perlu disediakan, teruskan membaca perkongsian artikel ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Melahirkan anak di hospital kerajaan

Sebelum anda mengetahui kos bersalin hospital kerajaan 2023 dan 2024, jom lihat dahulu apakah antara langkah penting yang perlu dilakukan.

Dalam kesibukan melakukan persiapan bagi menyambut kelahiran si kecil – pakaian, katil dan buaian serta pelbagai barangan lain – anda juga harus memikirkan mengenai kos yang perlu disediakan untuk proses beranak nanti.

Umumnya jumlah kos adalah berbeza mengikut pilihan sama ada untuk bersalin di hospital swasta atau kerajaan serta memilih kaedah kelahiran yang bakal dilalui nanti, seperti bersalin normal, caesarean atau kelahiran normal dengan bantuan.

Melahirkan anak di private hospital pastinya menjadi idaman ramai bakal ibu kerana kelengkapan yang tersedia. Namun hospital kerajaan yang ada di Malaysia juga tidak kurang hebatnya – lengkap dengan segala peralatan perubatan dan kakitangan terlatih. 

Kos bersalin hospital kerajaan juga biasanya lebih murah berbanding swasta, justeru turut menjadi antara faktor utama pemilihannya sebagai lokasi untuk melahirkan anak. 

Biasanya bakal-bakal ibu yang memilih untuk beranak di hospital kerajaan harus mempunyai buku pink atau buku Rekod Kesihatan Ibu – yang berfungsi merekodkan kesihatan ibu dan bayi sepanjang tempoh kehamilan.

Jumlah kos bersalin hospital kerajaan 

kos bersalin hospital kerajaan
Cara daftar wad bersalin di hospital kerajaan.

Seperti yang dinyatakan pada awal-awal tadi, bayaran untuk bersalin di hospital kerajaan ini biasanya tidaklah begitu membebankan.

Berikut dikongsikan anggaran kos yang perlu disediakan oleh bakal parents:

Caj rawatan bersalin:
Jenis rawatan Kelas Satu Kelas Dua Kelas Tiga
Bersalin biasa RM 450 RM 150 RM 10
Bersalin kembar RM 600 RM 200 RM 50
Bersalin dengan bantuan (Forcep/songsang/vakum) RM 600 RM 200 RM 50
Pembedahan Caesarean RM 1,200 RM 400 RM 100
Caj bilik prosedur:
Jenis rawatan Harga
Bilik bersalin (setiap kemasukan) RM 120
Dewan bedah (setiap kemasukan) RM 120
Bayaran wad hospital kerajaan:
Caj wad sehari per individu Bilik tidak berhawa dingin Bilik berhawa dingin
Kelas Satu – Bilik 1 katil RM 90 RM 120
Kelas Satu – Bilik 2 katil RM 60 RM 90
Kelas Satu – Bilik 3 katil RM 45 RM 60
Kelas Dua RM 25 RM 40
Kelas Tiga RM 3 RM 3

Apa yang dikongsikan di atas hanyalah anggaran kos bersalin hospital kerajaan secara umum tidak termasuk caj ujian makmal, x-ray, pembedahan dan bayaran prosedur klinikal, harga sebenarnya akan dicaj kepada bakal parents mungkin berbeza mengikut hospital.

Kos bersalin hospital kerajaan 2023 & 2024: Fahami prosedurnya

Kini anda sudah mengetahui kos bersalin yang perlu disediakan dan bolehlah untuk mula merancang hospital pilihan, seperti Hospital Shah Alam mahupun Hospital Sungai Buloh.

Sebaiknya lokasi pilihan adalah berdekatan dengan kediaman anda.

Tetapi sebelum itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu ibu hamil fahami. Berbeza dengan hospital swasta, di hospital kerajaan, bakal ibu hanya akan dibenarkan untuk masuk ke wad setelah terdapat tanda-tanda melahirkan anak.

Jika di atas dikongsikan kos bersalin hospital kerajaan, ini pula prosedur bersalin di hospital kerajaan 2023 yang perlu dilalui:

Pendaftaran

Bakal ibu boleh terus ke unit bersalin dan mendaftarkan diri. Selain daripada beg barangan anda,dokumen yang wajib dibawa bersama adalah:

  • Kad pengenalan atau passport
  • Buku pink
  • Surat rujukan doktor (jika ada)
buku pink
Rekod kesihatan ibu hamil.

Pakaian hospital

Selepas pendaftaran selesai, bakal ibu diberikan pakaian hospital berwarna pink dan akan diminta melakukan ujian air kencing.

Prosedur bersalin di hospital kerajaan 2023 & 2024: Pemeriksaan awal

Beberapa prosedur pemeriksaan awal yang perlu dijalani seperti tekanan darah, suhu dan nadi. Anda juga mungkin akan ditanyakan mengenai simptom bersalin yang dialami oleh kakitangan perubatan.

Pemeriksaan serviks

Lebih dikenali dengan panggilan seluk faraj, tujuan ia dilakukan adalah untuk menentukan bukaan serviks – saluran kelahiran, kedudukan bayi dan sebagainya.

Pada dasarnya, pemeriksaan vagina atau vaginal examination (VE) melibatkan doktor untuk memasukkan jari ke dalam faraj bagi mengetahui proses pembukaan serviks atau dalam bahasa mudah, bukaan rahim.

Bagi ibu yang pertama kali melalui proses ini, anda mungkin akan berasa gementar dan ia adalah perkara normal. Sebaiknya, cuba untuk bertenang, okay?

cara check bukaan rahim
Kepentingan pemeriksaan faraj sewaktu melahirkan.

Fasa Kelahiran

Anda akan memasuki fasa kelahiran apabila bukaan serviks mencapai bukaan kira-kira 10cm – keadaan ini dikenali sebagai pelebaran serviks – dilating – sehinggalah bayi selamat dilahirkan.

Prosedur bersalin di hospital kerajaan 2023 & 2024: Discaj

Biasanya ibu dan bayi akan dibenarkan pulang selepas tempoh sehari, terutamanya bagi yang melalui prosedur bersalin normal serta tidak mengalami sebarang komplikasi.

Ketika inilah pembayaran kos bersalin hospital kerajaan perlu diselesaikan.

Kesimpulan

Jika terdapat sebarang pertanyaan tentang kos bersalin hospital kerajaan, anda disarankan untuk menghubungi terus hospital kerajaan yang menjadi pilihan lokasi bersalin bagi mendapatkan lebih kepastian.
Semoga persediaan anda untuk melahirkan anak nanti akan berjalan lancar!

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Caj Bersalin. https://hsas.moh.gov.my/caj-dan-bayaran/3-caj-bersalin.html, Accessed on July 22, 2022
  2. Caj Wad. https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/165, Accessed on July 22, 2022
  3. Prosedur Bersalin. https://hctm.ukm.my/ong/prosedur-bersalin/, Accessed on July 22, 2022
  4. Maternity fees for Malaysian citizens. https://hsgbuloh.moh.gov.my/en/visitor/charges-fees/delivery-charges.html, Accessed on July 22, 2022
  5. Public hospitals: pregnancy care and birth. https://raisingchildren.net.au/pregnancy/labour-birth/birth-environment/public-hospitals-pregnancy-care-birth, Accessed on July 22, 2022

Versi Terbaru

02/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Pertama Kali Bergelar Ibu? Ini Tip Persiapan Bersalin Agar Anda Tidak 'Nervous'

Ingin Cara Mudah Bersalin? Ini 9 Rahsia Lahirkan Anak Tanpa Rasa Sakit


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan