home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Simptom Kemurungan Selepas Bersalin

Simptom Kemurungan Selepas Bersalin

Wanita hamil adalah sangat mudah terdedah kepada penyakit, terutama penyakit berkaitan mental. Ramai individu wanita yang mengalami kemurungan selepas bersalin apabila selamat melahirkan anak kerana ia adalah tempoh istimewa yang boleh mencetuskan perubahan emosi. Jika anda pernah atau telah melahirkan anak, anda mungkin berisiko mendapat penyakit ini juga.

Apabila anda telah melahirkan anak, tubuh dan fikiran anda akan melalui banyak perubahan. Anda mungkin berasa teruja, gembira, adakalanya cemas atau terharu. Emosi yang dirasakan adalah berbeza bagi setiap wanita. Walau bagaimanapun, simptom umum boleh dilihat seperti di bawah:

Beremosi selepas bersalin

Selepas bersalin, anda mungkin melalui emosi yang bercampur selepas bersalin, atau dirujuk sebagai postpartumbaby blues selama beberapa hari atau mungkin minggu.

  • Kebimbangan
  • Kesedihan
  • Kurang tidur
  • Kesukaran untuk fokus

Simptom ini tidak teruk, dan anda tidak memerlukan rawatan.

Kemurungan selepas bersalin

Kemurungan selepas bersalin boleh menjadi sama seperti beremosi selepas bersalin. Walau bagaimanapun, simptom ini boleh menjadi lebih teruk dan bertahan untuk tempoh yang lebih lama. Kemurungan ini sering berkembang dalam masa beberapa minggu atau tahun selepas bersalin.

Masalah kesihatan ini mungkin akan mendatangkan kesan dan menjejaskan keupayaan untuk menjaga anak dan melakukan tugasan harian. Ada masanya anda mungkin berasa ingin menyakiti diri anda atau anak, malah anda mungkin mencuba untuk mencederakan diri dan anak.

Ini adalah antara simptom yang berpotensi:

  • Kemurungan
  • Menangis terlalu banyak
  • Makan lebih banyak daripada biasa
  • Kekurangan tenaga
  • Keresahan yang teruk
  • Serangan panik
  • Berkeinginan untuk mencederakan diri dan anak
  • Takut dan risau tidak dapat menjadi ibu yang baik
  • Merasa tidak bernilai, berputus asa atau rendah diri
  • Mempunyai niat untuk membunuh diri dan mencuba untuk membunuh diri
  • Sukar untuk menumpukan kepada sesuatu perkara
  • Kerap marah walaupun tiada perkara yang mencetuskan kemarahan

Senarai di atas hanya beberapa simptom umum mengenai kemurungan selepas bersalin. Anda mungkin mengalami simptom lain yang tidak disenaraikan, atau anda tidak menghadapi sebarang simptom. Tetapi, jika anda merasa anda berisiko untuk berdepan masalah ini, sila berjumpa doktor untuk membolehkan pemeriksaan dijalankan.

Kemurungan selepas bersalin adalah penyakit mental yang biasa dilalui oleh wanita selepas bersalin. Ia boleh menyebabkan masalah serius atau kematian. Jadi adalah penting untuk memerhatikan sebarang simptom berkaitan masalah kesihatan ini dan mendapatkan bantuan doktor apabila diperlukan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

What Are the Symptoms of Postpartum Depression?. http://www.webmd.com/depression/postpartum-depression/understanding-postpartum-depression-symptoms#1. Accessed December 2, 2016.

Postpartum depression. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/postpartum-depression/basics/symptoms/con-20029130. Accessed December 2, 2016.

Postpartum Depression Facts. https://www.nimh.nih.gov/health/publications/postpartum-depression-facts/index.shtml#pub4. Accessed December 2, 2016.

Postpartum Depression. https://medlineplus.gov/postpartumdepression.html. Accessed December 2, 2016.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak pada 29/01/2019
x