Membuat ujian kehamilan dan mendapat hasil positif, sudah tentu menjadi perkhabaran yang membahagiakan. Eh, nanti dulu, tetapi kenapa mengandung tapi keluar darah? Bolehkah kita mengandung tapi period?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Membuat ujian kehamilan dan mendapat hasil positif, sudah tentu menjadi perkhabaran yang membahagiakan. Eh, nanti dulu, tetapi kenapa mengandung tapi keluar darah? Bolehkah kita mengandung tapi period?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Apabila seseorang individu wanita itu hamil, dia tidak akan melalui proses ovulasi. Keadaan ini sekali gus akan menghentikan kedatangan period. Ini kerana darah haid hanya akan keluar apabila seseorang individu itu tidak mengandung.
Kitaran haid berlaku untuk memudahkan proses kehamilan. hari pertama seseorang individu itu didatangi haid dan berakhir sebelum hari pertama untuk kitaran seterusnya.
Ovulasi pula adalah apabila ovari mengeluarkan ovum, ia berlaku pada pertengahan proses kitaran haid.
Ovum hanya dapat bertahan untuk tempoh 12 hingga 24 jam selepas proses ovulasi berlaku. Sekiranya sperma hadir dan berjaya menembusi serta bersenyawa dengan telur, maka ovum akan menempel pada dinding rahim; keadaan ini bermakna anda hamil.
Jika tiada persenyawaan berlaku, haid akan hadir dan badan akan meluruhkan lapisan rahim supaya ia boleh menghasilkan dinding rahim baru untuk kitaran haid yang seterusnya.
Jadi bagi menjawab persoalan, adakah boleh untuk anda mengandung tapi period? Jawapan paling tepat, adalah tidak.
Namun, terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan mengandung tapi period.
Pendarahan yang berlaku pastinya mendatangkan kebimbangan kepada individu wanita yang sedang hamil. Tetapi sebenarnya, sesetengah pendarahan yang berlaku tidaklah membahayakan dan mungkin bersifat sementara.
Berikut adalah beberapa keadaan yang memungkinkan pendarahan untuk terjadi:
1. Waktu kitaran haid
Period atau darah haid yang muncul ketika anda disahkan hamil adalah kerana proses persenyawaan yang berlaku ketika seseorang individu wanita itu hampir period.
Umumnya, proses persenyawaan tidak akan berlaku sejurus selepas hubungan seks dilakukan.
Persenyawaan biasanya berlaku selepas beberapa hari hubungan intim antara pasangan dilakukan. Terdapat kemungkinan pada ketika telur berjaya disenyawakan adalah hari yang sepatutnya individu wanita tersebut didatangi haid.
2. Kadar hormon
Punca lain yang boleh mendasari sebab anda period tapi mengandung adalah disebabkan kadar hormon progesteron di dalam badan yang rendah.
Situasi ini mungkin berlaku apabila dinding rahim tidak begitu kukuh dan jatuh, akhirnya ia mengakibatkan terjadinya haid.
3. Hubungan seks
Adakalanya pendarahan juga boleh berlaku apabila anda melakukan hubungan seks ketika hamil dan darah yang keluar itu disangka sebagai period. Hal ini kerana perubahan permukaan serviks disebabkan oleh hormon anda.
4. Jangkitan
Jangkitan kuman juga boleh menjadi antara penyebab mengapa anda mengandung tapi period. Jika keadaan ini berlaku, anda perlu mendapatkan rawatan segera kerana terdapat risiko kemudaratan yang boleh mengancam kandungan.
5. Kehamilan ektopik
Sekiranya pendarahan berlaku dalam minggu ke-4 kehamilan dan ke atas, ia mungkin merupakan masalah kehamilan ektopik atau bahasa mudahnya, kehamilan di luar rahim.
Ia berlaku apabila tumbesaran janin berlaku di tiub fallopian. Semestinya ia merupakan satu keadaan yang boleh mengancam nyawa ibu.
6. Masalah uri
Sekiranya kehamilan anda sudah melepasi tempoh minggu ke-24, namun berlaku pendarahan, ia mungkin petanda masalah serius. Anda disarankan untuk segera mendapatkan pemeriksaan dengan doktor pakar sakit puan.
Pendarahan yang berlaku mungkin disebabkan keadaan yang dipanggil placenta previa, iaitu uri terletak di bahagian bawah atau placenta abruption di mana uri terlepas dari dinding rahim.
Baca juga:
Seseorang individu wanita perlu mendapatkan pemeriksaan doktor jika mengalami beberapa simptom seperti:
Jika anda mengalami sebarang simptom yang disebutkan di atas atau berlaku pendarahan yang semakin teruk, anda harus segera berjumpa doktor.
Mengandung tapi period sudah tentu mendatangkan kegusaran pada setiap wanita. Namun terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh dilakukan demi menjaga kandungan anda, termasuklah :
1. Berhati-hati
Cara paling mudah untuk mengatasi daripada berlakunya pendarahan adalah dengan berhati-hati. Malahan ia merupakan satu langkah yang perlu sentiasa diamalkan sepanjang tempoh kehamilan.
Setiap individu wanita yang disahkan mengandung perlu mengikuti nasihat yang diberikan doktor dan sentiasa menjaga kesihatan diri dan juga bayi dalam kandungan. Jangan sekali-kali mengambil mudah mengenai kesihatan bayi dalam kandungan dan juga anda.
2. Stres ketika hamil
Kebanyakan individu beranggapan bahawa tempoh kehamilan adalah satu waktu yang membahagiakan. Mungkin juga, namun, ia tidak berlaku kepada setiap wanita yang hamil.
Adakalanya, tekanan disebabkan faktor sekeliling boleh menyebabkan berlakunya pendarahan. Sebaiknya anda perlu mengawal emosi dan elakkan daripada menjadi terlalu tertekan.
3. Pemeriksaan segera jika mengandung tapi period
Jika secara tiba-tiba anda mengalami pendarahan yang banyak serta diikuti dengan rasa sakit pada bahagian perut, ia mungkin satu perkara yang melibatkan situasi yang serius. Anda perlu segera mendapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor.
Keadaan ini berlaku mungkin kerana uri berada pada bahagian bawah rahim atau uri tercabut daripada rahim dan memerlukan perhatian doktor.
Ketika anda disahkan hamil, penjagaan kesihatan kandungan adalah amat penting untuk menjamin proses tumbesaran janin yang baik dan sihat. Dalam masa yang sama, penjagaan ibu hamil juga tidak boleh diabaikan.
Sekiranya pendarahan yang berlaku mendatangkan kegusaran kepada anda, dapatkanlah pemeriksaan doktor dengan segera. Jangan ambil mudah, okay?
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen