Pening Fikirkan Rumah Yang Bersepah Selepas Bersalin? Usah Stres, Jom Cuba 5 Tip Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Selepas bersalin, perkara apa yang paling difikirkan oleh para ibu? Sudah tentulah mengenai kerja rumah yang bertimbun, keadaan rumah bersepah dan sebagainya, kan?

Kerja rumah menimbun selepas bersalin?

Sememangnya perlu diakui, apabila pulang ke rumah selepas bersalin, perkara paling merunsingkan fikiran kebanyakan ibu adalah mengenai kerja rumah yang menimbun.

Rumah bersepah, dengan anak yang perlu dijaga. Aduh, peningnya kepala!

Menjaga bayi baru lahir dan perlu melakukan tugasan rumah, bukanlah 1 perkara yang mudah.

Apatah lagi jika si kecil mahu menyusu sepanjang masa atau sekadar ingin berterusan didukung oleh si ibu.

Menguruskan anak yang baru lahir sudah mengerah tenaga fizikal dan emosi anda, lagilah membuatkan anda keletihan. 

Tetapi pada masa yang sama, kerja rumah yang bertimbun dan tidak disiapkan menghantui diri dan fikiran setiap detik.

Soalan yang akan bermain di minda, “Bagaimana untuk anda menguruskan rumah tangga dengan anak yang baru dilahirkan?”

Tip menguruskan kerja rumah

Usah bimbang. Ada beberapa petua untuk menguruskan rumah yang boleh anda cuba sambil menjaga bayi yang baru lahir.

Paling penting, tip yang diberikan ini tetap akan menjaga kewarasan anda. Teruskan membaca perkongsian artikel ini:

  1. Kenal pasti keutamaan anda

Bayi yang baru lahir memerlukan banyak perhatian. Anda adalah sumber makanan dan sumber keselesaan bagi si manja.

Semestinya dia memerlukan anda waktu ini.

Anda boleh menyerahkan kerja rumah kepada individu lain untuk menyiapkannya. Tetapi, tiada siapa yang dapat menggantikan kehadiran anda yang diperlukan bayi. 

Memenuhi keperluan si manja akan menjadi keutamaan anda sekarang. 

selepas bersalin

Jangan risau. Si bapa pastinya akan dapat membantu anda menguruskan bayi dan kerja rumah. Bagaimana? Well, tugas menukar lampin bukan hanya untuk si ibu, okay?

Jadi, sedang si ayah melakukan kerja lain, anda boleh berikan perhatian kepada si manja dahulu.

  1. Jangan meletakkan jangkaan yang tinggi

Jangan terlalu berharap bahawa keadaan rumah anda akan sentiasa dalam keadaan bersih dan rapi selepas bersalin. Biarkan dahulu dan ‘pejamkan mata’ untuk seketika.

Sampai masanya, anda akan mempunyai lebih banyak masa untuk melakukan segala tugasan rumah itu. 

Usah memaksa diri untuk memasak, mencuci dan menguruskan pakaian jika tidak larat.

  1. Biarkan individu lain membantu

Anda tidak perlu melakukan semua perkara sendirian. Mintalah bantuan atau pertolongan daripada ahli keluarga lain.

Sekiranya anda suka memasak di rumah, biarkan pasangan mengendalikan barangan runcit seperti mencuci dan memotong bahan masakan.

  1. Kenali jadual tidur siang si manja

Sesetengah bayi mungkin mempunyai waktu tidur siang yang pendek, manakala ada juga yang akan tidur lebih lama.

Pastinya sebagai ibu anda mengetahui waktu tidur si kecil dan boleh menentukan bila mereka akan tidur lebih lama, kan?

Jika ya, anda boleh gunakan waktu tersebut untuk melakukan kerja rumah yang tidak boleh dibuat semasa bayi berjaga. 

Contohnya seperti memasak – tugasan berbahaya untuk dilakukan sambil mendukung bayi. 

Mungkin anda juga boleh menggunakannya untuk menyelesaikan tugasan yang mengambil banyak masa. Tindakan anda ini pastinya akan membuat anda berasa puas apabila ia selesai dilakukan. 

tugasan rumah

  1. Lakukan sedikit demi sedikit

Apabila anda sudah berjaya menyiapkan tugasan rumah semasa bayi sedang tidur siang, anda boleh melakukan kerja lain sedikit demi sedikit saat si manja terjaga.

Elakkan daripada meletakkan harapan tinggi untuk dapat menyelesaikan banyak perkara dalam satu masa. Sebaliknya, lakukan satu demi satu.

Sebagai contoh, mungkin anda boleh memasukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh, kemudian menjaga si manja.

Pada waktu yang seterusnya, anda boleh melipat pakaian. Kemudian membasuh pinggan dan sebagainya. 

Paling penting, kunci utamanya adalah untuk bersabar dan tidak memaksa diri sendiri jika tidak dapat menyelesaikan semua tugasan dalam satu masa. 

Mengimbangkan kerja rumah dan penjagaan bayi

Biasanya, akan disarankan untuk ibu bapa baharu melupakan segala tugasan rumah untuk beberapa minggu pertama setelah bayi dilahirkan. 

Tetapi kenapa?

Ini untuk membolehkan anda dan pasangan berehat dengan baik dan meluangkan masa bersama bayi.

Dalam masa yang sama membolehkan kalian menyesuaikan diri dengan cara kehidupan baru. 

Mempunyai bayi adalah perubahan besar bagi sesiapa pun.

Perkara penting yang boleh anda dan pasangan lakukan adalah untuk berbincang mengenai apa perlu dilakukan dan bagaimana untuk saling menyokong antara satu sama lain.  

menukar lampin

Jangan tunggu sehingga selepas bersalin untuk membahagikan tugasan. Sebaiknya, lakukan sebelum bayi dilahirkan.

Suami anda boleh melakukan kerja rumah seperti:

  • Memeriksa anak pada lewat malam
  • Mengambil tugasan untuk membasuh pakaian
  • Mencuci pinggan mangkuk
  • Menukar lampin anak
  • Membeli barangan runcit
  • Menjadi tukang masak 
  • Membersihkan rumah 
  • Menyendawakan bayi

Utamakan si manja

Tidak kira apa pun, si manja harus menjadi keutamaan. Kemudian jangan lupa pula untuk menjaga diri anda sendiri.

Ketika bayi sedang tidur, ia tidak bermakna anda perlu bertungkus-lumus melakukan tugasan rumah. Usah menyeksa diri anda sendiri.

Setiap hari, anda perlu memastikan badan mendapat rehat yang mencukupi selain daripada menjaga keperluan pemakanan harian. 

Tiada salahnya jika anda turut berehat tatkala si manja sedang tidur dan melupakan sebentar tentang tugasan rumah. 

Lagipun, fasa tumbesaran si manja akan berlalu pantas dan ia akan berakhir tanpa anda menyedarinya. Hargailah detik masa yang ada, okay?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kalau Nak Anak Bijak, Ibu Kena Rajin Baca Buku Masa Hamil, Benarkah?

Benarkah ibu mengandung yang mempunyai tabiat membaca buku menjadikan anak lebih bijak? Ikuti kupasan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 28/10/2020 . 3 minit bacaan

Faraj Koyak Besar Waktu Bersalin, Ibu Alami Trauma! Bagaimana Nak Atasi Rasa Trauma Kelahiran?

Adakalanya kesakitan yang dirasai semasa atau selepas kelahiran bayi boleh mengakibatkan ibu mengalami trauma bersalin. Tetapi adakah semua ibu berisiko?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 14/10/2020 . 3 minit bacaan

Risau Faraj Terkoyak Masa Bersalin? Cuba Tip Ini Untuk Kurangkan Risikonya, Pasti Berkesan!

Perkara yang paling merisaukan bakal ibu adalah mengenai koyakan faraj ketika melahirkan anak. Ada ke cara untuk mengurangkan risikonya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 13/10/2020 . 3 minit bacaan

Risau Terberak Ketika Meneran Waktu Bersalin? Usah Malu, Ada Kebaikannya Perlu Ibu Tahu

Risau terbuang air besar ketika proses bersalin normal nanti? Jangan begitu. Ia perkara normal untuk terjadi. Ikuti penjelasan ini terlebih dahulu, okay?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 01/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

tidur berlebihan

AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
selepas bersalin

Apa Bayi Buat 24 Jam Selepas Keluar Daripada Perut Ibu? Fakta #4, Baby Tak Perlu Mandi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan
tanda kontraksi

Berdebar Nak Masuk Bilik Bersalin? Ibu Kena ‘Prepare’ Hadapi Kontraksi Sebelum, Semasa & Lepas Bersalin!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 05/11/2020 . 3 minit bacaan
seluar dalam selepas bersalin

PENTING! Ibu Baru Bersalin Kena Pilih Seluar Dalam Yang Betul, Kalau Tak Nanti Luka Lambat Baik

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/11/2020 . 3 minit bacaan