Selain Bersalin Normal & Czer, Ada Kaedah Kelahiran Lain Untuk Bakal Ibu, Boleh Buat Pilihan Awal

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Selalunya cara bersalin normal atau pembedahan adalah kaedah melahirkan anak yang biasa didengar. Tetapi sebenarnya ada 5 kaedah bersalin. Jom ambil tahu mengenainya!

Kaedah melahirkan anak

Semakin hari, bayi di dalam kandungan semakin aktif menendang dan ini sekali gus menambahkan rasa tidak sabar untuk melihat dan memegang si comel.

Dalam masa yang sama ibu yang sedang hamil pasti akan terfikir bagaimanakah cara anda akan bersalin nanti. Adakah secara normal atau caesarean? Atau mungkin dengan cara lain?

Eh…ada kaedah melahirkan anak yang lain ke? Semestinya ada kaedah lain. Cuma mungkin kita jarang dengar tetapi ia wujud dalam perubatan.

Biasanya cara untuk anda bersalin akan dipengaruhi beberapa faktor seperti:

  • Di mana anda tinggal dan apakah hospital yang berdekatan?
  • Sama ada kehamilan anda berisiko tinggi atau tidak?
  • Amalan praktikal pengamal perubatan pilihan anda

Cara bersalin yang perlu diketahui

Kemajuan dalam sains perubatan telah berjaya menemui pelbagai cara bersalin yang dapat membantu mengurangkan komplikasi atau risiko ketika prosedur kelahiran.

Berikut adalah beberapa pilihan kaedah bersalin yang perlu diketahui oleh wanita yang sedang hamil:

  1. Cara bersalin melalui faraj

Kaedah melahirkan anak ini turut dikenali sebagai bersalin normal. Melalui prosedur ini bayi dilahirkan mengikut saluran kelahiran badan wanita. Kaedah ini mungkin atau tidak boleh dibantu dengan suntikan epidurals atau ubat tahan sakit. 

Tempoh kelahiran bagi kaedah ini sukar untuk diramal dengan tepat. Namun proses bersalin melalui faraj cenderung untuk berlaku apabila kandungan berada dalam minggu ke-37 dan ke atas.

Kebanyakan doktor akan mengesyorkan kaedah bersalin ini dan tidak akan menyarankan pembedahan caesarean. Malahan bagi wanita yang merancang untuk mempunyai ramai anak, cara bersalin ini amatlah digalakkan. 

Ketika proses kelahiran, akan berlaku pemotongan atau hirisan pada bahagian atas dubur. Ia dinamakan sebagai episiotomi. 

Kebanyakan wanita yang melahirkan anak melalui kaedah ini dapat pulih daripada tekanan ketika proses bersalin dengan lebih cepat. Risiko untuk terdedah kepada sebarang jangkitan juga rendah.

  1. Prosedur pembedahan

kaedah melahirkan anak

Walaupun anda mungkin merancang untuk melahirkan anak secara normal, tetapi jika wujud komplikasi, prosedur caesarean merupakan pilihan yang perlu diambil.

Nama lain kaedah melahirkan anak ini dikenali sebagai C-Sec, di mana bayi akan dilahirkan melalui pembukaan pada bahagian abdomen ibu dan pembedahan pada uterus untuk mengeluarkan bayi akan dilakukan. 

Cara ini berasal daripada perkataan Latin, “Caedare”, yang bermaksud ‘untuk memotong’ (the cut), sebab itu ia dipanggil C-Sec.

Bagi ibu yang bakal menyambut kelahiran kembar, bersilang atau melintang mahupun bayi dengan saiz yang besar, ini merupakan antara pilihan yang terbaik. 

  1. Cara bersalin normal selepas C-Sec 

Dalam kebanyakan kes, wanita yang pernah menjalani kaedah melahirkan anak melalui pembedahan mempunyai peluang yang tipis untuk bersalin normal.

Tetapi seiring dengan kemajuan teknologi, prosedur yang dikenali sebagai VBAC, singkatan kepada Vaginal Birth After Cesarean ini menjadikan impian wanita untuk merasai pengalaman bersalin normal tercapai.

Namun, tidak semua hospital menyediakan perkhidmatan VBAC ini kerana kekurangan sumber dan tenaga untuk mengendalikan kes seperti ini. 

Malahan, sebarang komplikasi atau keadaan yang dialami ketika proses kelahiran terdahulu akan menyebabkan doktor tidak menyarankan untuk teruskan prosedur bersalin ini. 

  1. Kelahiran forcep

Kaedah kelahiran ini agak unik dan diperlukan dalam sesetengah kes melibatkan cara melahirkan anak secara normal. 

Ia boleh dianggap sebagai 1 bantuan kepada prosedur bersalin normal apabila bayi yang sedang dilahirkan gagal untuk dikeluarkan sepenuhnya. 

Antara penyebabnya mungkin kerana wujud halangan kecil atau ibu sudah mengalami keletihan dan kepenatan sehingga tidak berupaya menolak bayi keluar.

Dalam kes seperti itu, doktor akan menggunakan alat khas menyerupai forcep dan memasukkan secara perlahan-lahan ke dalam saluran kelahiran.

Ia akan digunakan untuk menarik kepala bayi dengan perlahan dan membawanya keluar melalui saluran faraj.

5-cara-bersalin-yang-ada

  1. Melahirkan anak dengan bantuan vakum

Fungsinya sama seperti kelahiran forcep, di mana ia adalah bantuan yang akan digunakan dalam kaedah melahirkan anak secara normal. Tetapi bila kaedah ini akan diperlukan?

Apabila bayi yang sedang dalam proses kelahiran berhenti bergerak di dalam saluran faraj, maka doktor akan memutuskan untuk menggunakan bantuan vakum.

1 pam vakum khas akan dimasukkan melalui saluran kepala bayi. Pada penghujung vakum mempunyai cawan lembut yang akan diletakkan pada bahagian atas kepala bayi.

Cawan lembut itu akan ‘memegang’ kepala bayi dan si manja akan dibawa keluar dengan perlahan melalui saluran faraj.

Pro dan kontra pemilihan cara bersalin

Setiap kaedah melahirkan anak mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Namun matlamat yang penting adalah bagi memastikan tahap keselamatan ibu dan bayi yang akan dilahirkan.

Sebelum memutuskan sebarang prosedur bersalin, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dan pandangan pakar. Semoga proses kelahiran si comel anda akan berjalan dengan lancar.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Tahu Tak, Nak Mandi Selepas Bersalin Pun Ada Syaratnya, Bukan Boleh Terus MANDI!

Selesai proses kelahiran, pastinya ibu-ibu mahukan keselesaan. Boleh ke mandi selepas bersalin? Ini penjelasan penjagaan ibu selepas melahirkan anak ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 20/05/2020 . 3 minit bacaan

Bersediakah Anda Untuk Berasmara Selepas Bersalin Czer? Ada 7 Perkara Perlu WASPADA

Bersama suami selepas bersalin pasti menimbulkan bimbang dan takut. Tapi bilakah masa sesuai bersenggama bagi wanita yang melalui proses kelahiran C-sec?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 19/05/2020 . 3 minit bacaan

Ibu, Jangan Panik Jika Jahitan Bersalin Terbuka, Lakukan Cara Di Bawah

Episiotomi - pemotongan yang dilakukan ketika proses kelahiran normal dan akan dijahit. Tetapi bagaimana jika jahitan bersalin terbuka? Adakah ia berbahaya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 22/04/2020 . 3 minit bacaan

7 Makanan Ini Kunci Utama Untuk Sembuh Cepat Lepas Bersalin Czer, Ibu Kena CUBA!

Menjalani pembedahan caesarean? Anda mungkin mahu mengetahui senarai menu berpantang bersalin czer yang boleh diambil pakai, teruskan membaca artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Kelahiran Bayi 06/01/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

buasir ketika hamil

Bahaya Jika Ibu Mengandung Alami Buasir, Salah Satunya Tak Boleh Bersalin Normal?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
koyakan faraj

Risau Faraj Terkoyak Masa Bersalin? Cuba Tip Ini Untuk Kurangkan Risikonya, Pasti Berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
parut czer

Aduh, Ada Jangkitan Dekat Parut Czer? Jangan Pandang Remeh, Kenal Pasti Tandanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
bengkung bersalin

Nak Kembali Langsing Lepas Bersalin, Pakai Bengkung, Tapi Benarkah Ini Manfaatnya? Atau Ada Mudarat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 11/08/2020 . 3 minit bacaan