Antara petunjuk proses kelahiran bayi adalah ibu mengandung akan mengalami tanda kontraksi. Tapi adakah semua kontraksi itu sama atau mempunyai jenis-jenis yang lain?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Apa itu tanda kontraksi?
Kontraksi adalah bahagian normal kehamilan dan berlaku ketika otot rahim mengetat dan melentur, sama seperti proses meregangkan otot lain.
Pada akhirnya, pengecutan otot rahim inilah yang akan membantu anda dalam proses kelahiran bayi, mendorong si manja ke dalam saluran kelahiran dan keluar ke dunia.
Pun begitu, bagi kebanyakan wanita hamil, tanda kontraksi atau aktiviti otot rahim ini boleh menjadi sesuatu yang membingungkan.
Ini terutamanya jika perlu membandingkan antara kontraksi untuk kelahiran atau sebaliknya.
6 simptom kontraksi berkaitan proses kelahiran bayi
Umumnya, dikatakan terdapat 6 jenis kontraksi yang akan anda lalui sebelum, semasa dan selepas bersalin.
-
Braxton Hicks – Kontraksi setiap hari
Dinamakan sempena nama doktor, Braxton Hicks pada dasarnya dianggap sebagai kontraksi pemanasan (warm up).
Ia adalah satu keadaan normal dan biasanya akan bermula pada trimester kedua. Selalunya anda akan rasa pengerasan atau pengetatan otot rahim yang cepat, terutamanya pada bahagian depan.
Mengalami dehidrasi atau pergerakan yang lebih banyak boleh menyebabkan tanda kontraksi ini terjadi.
Bagi sesetengah keadaan ibu selepas bersalin Braxton Hicks lebih dirasai pada waktu malam, terutamanya selepas hari yang memenatkan.
Jadi, bakal ibu sekalian, usah kelam kabut ya jika mengalami kontraksi ini. Ia bukanlah tanda proses kelahiran bayi sehingga memerlukan anda bergegas ke hospital. Bertenang!
-
Contraction fasa awal kelahiran – Masa untuk bersedia tetapi jangan pergi ke hospital lagi
Kontraksi ini mungkin akan menimbulkan rasa tidak selesa. Anda mungkin akan berasa seperti mengalami kekejangan haid tahap ringan sehingga sederhana.
Berapa lama sakit contraction ini?
Biasanya tempoh kontraksi ini berselang dan berubah-ubah. Antara 7 hingga 10 minit, bahkan mungkin berselang 20 minit atau lebih.
Ketika kekejangan itu berlaku, anda mungkin boleh tidur atau melakukan sebarang aktiviti lain.
Untuk mengetahui sama ada apa yang anda alami itu kontraksi fasa awal kelahiran atau Braxton Hicks, anda perlu melihat atau mengira masa pengecutan dan melihat coraknya.
Jika berada dalam fasa awal proses kelahiran bayi, anda perlu mempunyai matlamat untuk kekal berada di rumah selama mungkin.
Minta bantuan pasangan untuk membantu mewujudkan ruang berehat bagi menenangkan diri – mungkin menggunakan pencahayaan yang rendah dan suasana tenang.
Jika ia tidak membantu, mungkin anda boleh alihkan perhatian dengan melakukan aktiviti lain seperti:
- Berjalan kaki
- Memasak
- Menonton rancangan TV atau filem kegemaran
-
Tanda kontraksi fasa kelahiran aktif – Ya! Anda boleh mengajak pasangan ke hospital
Tanda kontraksi yang berlaku pada fasa kelahiran aktif ini bermaksud segala-galanya semakin meningkat – kekerapan kontraksi semakin dekat – antara jarak 4 hingga 5 minit dan berlangsung sekitar 30 saat hingga 1 minit bagi setiap sesi kontraksi.
Pada ketika ini, doktor akan menyarankan bahawa ia merupakan masa yang tepat untuk pergi ke tempat bersalin pilihan anda. Ini terutamanya apabila kontraksi semakin kuat, kerap dan dekat.
Sakit contraction di bahagian mana ya?
Umumnya, wanita yang mengalami tanda kontraksi jenis ini berasakan ia perkara yang menyakitkan, khususnya pada bahagian depan dan belakang rahim.
Anda mungkin memerlukan lebih sokongan emosi atau bantuan untuk menenangkan diri sepanjang tempoh ini.
-
Contraction peralihan – Menghampiri masa bersalin!
Fasa peralihan ini bermaksud anda akan bersalin tidak lama lagi. Ia adalah di mana bukaan serviks berubah daripada 8 kepada 10 cm.
Keadaan ini selalunya merupakan bahagian yang paling sukar untuk bersalin dan kebanyakan bakal ibu akan mengatakan “Saya tidak boleh melakukannya!”.
Berapa lama contraction sebelum bersalin?
Tanda kontraksi yang berlaku pada fasa peralihan ini boleh berlanjutan sehingga 2 minit dan kuat dengan tempoh rehat pendek di antaranya.
Biasanya, ia disertai dengan tekanan besar pada bahagian vagina dan rektum.
Dalam tempoh ini, anda mungkin akan mengalami rasa mengigil, muntah, rasa kesejukan dan keinginan untuk bersuara.
Sudah jadi perkara biasa untuk individu yang berada pada fasa kontraksi ini untuk tidak mahu disentuh atau berbicara.
Tetapi jika anda memerlukan sokongan, kata-kata semangat daripada pasangan pastinya memberikan perbezaan besar antara tekanan kuat pada punggung dan sokongan yang diperolehi.
-
Kontraksi meneran – Bayi bersedia untuk keluar!
Semasa fasa meneran ini, anda seringkali berasakan sensasi seperti keinginan untuk membuang air besar.
Pada ketika ini, tanda kontraksi yang berlaku adalah lebih kuat dan jarang untuk berkurangan. Ada wanita yang berasakan mudah untuk meneran semasa kontraksi berlaku.
Untuk meneran bagi mengeluarkan bayi, biasanya memerlukan sokongan yang banyak. Pasangan anda boleh membantu memberikan kata semangat seperti “Anda hebat” atau “Anda boleh melakukannya”.
Suami juga mungkin boleh membantu mengelap peluh atau memegang tangan anda untuk memberikan lebih keselesaan.
-
Kontraksi selepas bersalin – Pengecutan otot rahim juga berlaku selepas bersalin
Tanda kontraksi tidak hanya diperlukan untuk mengeluarkan plasenta sejurus selepas bayi dilahirkan, tetapi proses pengucupan rahim – membolehkan rahim kembali ke ukuran asal sebelum kehamilan (involution) – juga boleh menyebabkan kontraksi.
Proses penyusuan susu ibu juga boleh menyebabkan berlakunya kontraksi selepas melahirkan anak.
Dikenali sebagai sakit selepas bersalin, ia biasanya berada pada keadaan paling sakit antara 2 hingga 3 hari selepas kelahiran. Namun, ia keadaan normal untuk dialami!
Seperti ketika menempuhi proses bersalin, ingatlah, pastinya anda boleh melalui kesakitan ini juga!
Kesimpulan
[embed-health-tool-due-date]