Wujud ke produk jamu selepas bersalin yang bagus?
Kita selalu dengar perihal penggunaan produk ini namun adakah ia mampu memberikan kesan fisiologikal yang baik bagi mereka yang sedang dalam tempoh berpantang?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Selamat atau tidak guna produk jamu selepas bersalin?
Sukar untuk kita katakan adakah penggunaan jamu seperti jamu kuruskan badan selepas bersalin dapat memberikan kesan positif kepada wanita berpantang.
Ini berikutan ia mengambil masa yang agak lama berbanding dengan ubat terkawal untuk menunjukkan sebarang kesan (sekiranya ada).
Penggunaan barang-barang terlarang di dalam jamu merupakan tindakan yang dianggap terdesak bagi segelintir penjual untuk meyakinkan pembeli akan keberkesanan jamu.
Penjual bukan sahaja bakal terdedah kepada sebarang tindakan undang-undang malah pembeli juga berisiko untuk mendapat kesan sampingan yang kadang kalanya boleh menyebabkan kerosakan organ seperti buah pinggang dan hati.
Hal ini semakin lama semakin berleluasa berikutan sikap pembeli yang menginginkan ubat idaman yang mampu memberikan kesan dalam tempoh masa yang singkat.
Sebagai pengguna, sudah semestinya anda ingin menggunakan produk jamu selepas bersalin yang bagus.
Pihak penjual menjadi semakin rakus dalam menyaingi penjual yang lain bagi memastikan produk mereka laris di pasaran.
Ini menimbulkan pelbagai jenis permasalahan seperti:
- Pemalsuan sijil pendaftaran produk
- Penjualan produk yang tidak berdaftar
- Menggunakan pernyataan keterlaluan dalam mempromosikan produk jualan
- Pemberian maklumat palsu kepada pembeli berkaitan dengan pembekal produk tersebut
- Menyiarkan testimoni palsu daripada pelanggan yang tidak wujud
Kini, terdapat pelbagai jenis tindakan yang boleh diambil oleh pengguna yang mengesan kewujudan produk-produk seperti ini.
Nombor pendaftaran produk yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh disemak di laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.
Namun, usaha bagi membanteras penjualan produk yang tidak disahkan oleh KKM atau penggunaan bahan terlarang adalah bergantung kepada pengguna.
Baca juga:
Kesan sampingan penggunaan produk jamu!
Walaupun ada sebahagian produk jamu itu telah diluluskan oleh KKM, ia tidak bermakna keberkesanan produk tersebut telah terbukti.
Memang penjual produk akan memberitahu anda bahawa mereka menjual produk jamu selepas bersalin yang bagus disertakan dengan nombor pendaftaran KKM.
Namun, berbanding dengan kategori ubat lain seperti ubat terkawal, ubat tanpa preskripsi dan suplemen kesihatan, keberkesanan ubat tradisional seperti jamu dan majun tidak terjamin.
Pendaftarannya bertujuan bagi memastikan tiada bahan terlarang yang digunakan untuk menghasilkan ubat tersebut seperti:
Penggunaan ubat tersebut boleh menyebabkan kesan sampingan seperti berikut:
Mengapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan ubat yang digunakan di dalam jamu itu berasal daripada senarai ubat yang telah diluluskan oleh KKM?
Ini berikutan dos yang digunakan oleh sesetengah pengeluar berbeza.
Ada juga bahan lain yang boleh memberikan interaksi kimia jika dicampurkan dengan bahan aktif yang digunakan untuk membuat ubat terkawal atau ubat tanpa preskripsi, sekali gus menyebabkan kesan negatif kepada pengguna.
Anda mungkin melayari pelbagai jenis laman web bagi mencari produk jamu selepas bersalin yang bagus.
Namun, jika keselamatannya tidak dijamin oleh KKM melalui pendaftaran produk tersebut, anda mungkin berisiko untuk mengalami kesan sampingan serius melibatkan organ dalaman.
Undang-undang di Malaysia berkaitan penjualan produk ini
Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan Akta Jualan Dadah 1952 merupakan undang-undang berkaitan produk farmaseutikal yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia.
Ia bagi memastikan penjualan produk yang tidak dikeluarkan oleh KKM didaftarkan dan diperiksa terlebih dahulu dalam aspek keselamatan dan kualiti bahan.
Menurut laman sesawang KKM, jika dilaporkan oleh pengguna, penjual boleh disabitkan kesalahan seperti berikut:
- Bagi produk tidak berdaftar atau mempunyai bahan larangan, penjual boleh didenda RM25,000 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.
- Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, jumlah denda adalah sebanyak RM50,000 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya sekali
- Pemilik syarikat pengeluar produk boleh didenda RM50,000 pada kesalahan pertama dan RM100,000 pada kesalahan berikut
Bukan pengguna sahaja perlu memeriksa kualiti bahan ubat serta memastikan ia tidak mempunyai unsur-unsur ubat terlarang, agen penjual juga perlu memahami dan mengetahui maklumat tersebut.
Ia bagi mengelakkan dakwaan terhadap diri anda sebagai agen yang menjual produk tersebut.
Jadi, sila lebih berwaspada sekiranya kalian ingin membeli dan mengguna sebarang produk jamu selepas bersalin!
[embed-health-tool-due-date]