backup og meta

Hilang Selera Makan Ketika Hamil? Ada 19 Cara Efektif Boleh Bantu Mak Buyung!

Hilang Selera Makan Ketika Hamil? Ada 19 Cara Efektif Boleh Bantu Mak Buyung!

Biasanya kehamilan akan membuatkan individu lebih banyak makan namun adakalanya anda mungkin hilang selera makan ketika hamil.

Berikut tip ketika mengandung yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah tiada selera makan!

Tip atasi masalah hilang selera makan ketika hamil

Berikut petua dan tip ketika mengandung yang boleh membantu anda mengatasi dan mengendalikan ketidakselesaan yang wujud ketika hamil.

Mabuk hamil

Mabuk hamil melibatkan loya dan muntah adalah 1 keadaan biasa dan kerap dialami wanita mengandung.

Ini disebabkan perubahan dan peningkatan hormon dalam badan.

Keadaan ini berbeza bagi setiap individu.

Ada yang mengalami keadaan ini pada trimester pertama dan sesetengahnya berlanjutan sehingga ke penghujung tempoh kehamilan

loya

Untuk membantu mengatasi masalah ini, anda boleh:

  1. Makan hidangan bersaiz kecil atau snek dengan kerap. Cuba untuk makan setiap 2 jam sekali agar perut tidak kosong.
  2. Pilih makanan dan snek tinggi protein. Anda boleh mencuba mencicah roti pita dengan hummus, keju dan biskut atau yogurt bersama granola – campuran bijirin sarapan pagi.
  3. Minum dengan kerap. Elakkan minuman sejuk, terlalu manis atau masam seperti jus atau lemonade.
  4. Elak makan bersulam. Hindari tabiat makan dan minum secara bersulam. Ia boleh membuatkan perut anda cepat kembung.
  5. Sediakan snek. Untuk menghindari rasa lapar, letakkan snek ringan seperti biskut di tepi katil. Cuba untuk berehat dalam tempoh 15 minit sebelum anda bangun dari katil.
  6. Halia sebagai ubat. Campurkan halia dalam minuman teh, gula-gula perisa halia atau sebarang snek berasaskan halia. Anda juga boleh memilih kapsul halia jika tidak sukakan rasa halia. 

Pedih ulu hati

Keadaan ini berlaku disebabkan tekanan tumbesaran bayi dalam kandungan serta perubahan hormon.

Bagaimana mengatasi masalah pedih ulu hati ini?

Untuk membantu mengatasi masalah ini, anda boleh:

  1. Makan buah rendah kandungan asid. Biasanya keadaan ini berlaku disebabkan pengambilan makanan berasid. Jadi pengambilan buah rendah kandungan asid seperti pisang dan tembikai dapat membantu.
  2. Kawal pemakanan. Sentiasa beri perhatian pada apa yang anda makan dan bila anda mengambilnya. Hindari makanan pedas dan elak makan hampir dengan waktu tidur. 

tip ketika mengandung

Hilang selera makan ketika hamil kerana sembelit

Makanan mungkin akan melepasi badan dengan lebih perlahan ketika hamil bagi membolehkan segala nutrisi dan zat diserap badan untuk keperluan diri dan bayi.

Ia cenderung menyebabkan sembelit.

Untuk membantu mengatasi masalah ini, anda boleh:

  1. Minum banyak air. Minumlah sekurang-kurangnya 2.3 liter cecair seperti air, susu, jus, kopi tanpa kafein dan teh. Minuman panas dan suam lebih baik.
  2. Makanan tinggi serat. Anda memerlukan sekurang-kurangnya 28 gram serat setiap hari ketika hamil. Tambah makanan tinggi serat dalam hidangan anda secara perlahan-lahan bagi mengelakkan kembung, kekejangan atau cirit-birit.
  3. Ambil pir, prun dan epal. Buah-buahan ini mempunyai kesan seperti julap dan boleh menjadikan najis lebih lembut dan mudah keluar. Maka kuranglah risiko sembelit!
  4. Banyakkan bergerak. Lakukan aktiviti fizikal ringan secara berkala. Ia juga merupakan antara tip ketika mengandung yang baik untuk diamalkan.

Bengkak 

Sepanjang tempoh kehamilan, anda mungkin akan berasa kaki dan tangan yang bengkak.

Pengekalan air sesuatu yang normal semasa mengandung.

Untuk membantu mengatasi masalah ini, anda boleh:

hilang selera ketika hamil

  1. Minum banyak air. Apabila berasa kembung perut, penting untuk anda minum air. Minumlah sekurang-kurangnya 2.3 liter cecair seperti air kosong, susu, jus, kopi tanpa kafein dan teh. 
  2. Hadkan pengambilan snek, makanan segera tinggi kandungan garam. Ia tidak bermakna anda perlu mengawal ketat pengambilan garam, cuma garam yang berlebihan menyumbang kepada pengekalan air dalam badan.
  3. Tinggikan kaki. Ketika duduk atau berbaring, cuba tinggikan bahagian kaki dengan meletakkan bantal tambahan. Elakkan untuk menyilang kaki.
  4. Banyakkan bergerak.Melakukan aktiviti fizikal ringan secara berkala dapat mengurangkan masalah bengkak. Cubalah untuk berjalan – ia satu senaman yang mudah dan selamat untuk dilakukan.

Hilang selera makan ketika hamil

Ada masanya anda mungkin tidak berasa sebarang keinginan untuk makan.

Apatah lagi jika tidak sihat atau berdepan masalah sembelit. 

Untuk membantu mengatasi masalah ini, anda boleh:

  1. Mengambil hidangan bersaiz kecil dan snek dengan kerap. Makanan dalam saiz yang kecil boleh membantu mencegah daripada terlalu kenyang.
  2. Nikmati makanan tinggi protein. Cuba hasilkan smoothie dengan gabungan susu bersama yogurt, serbuk susu skim (untuk tambahan tenaga), pisang, beri biru dan kekacang.
  3. Makanan tinggi tenaga. Cubalah kekacang tanpa garam, buah-buahan kering, avokado, salmon dan keju.

Jadi jika kalian hilang selera makan ketika hamil, cuba ikuti panduan artikel ini okay!

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.unlockfood.ca/en/Articles/Pregnancy/Tips-to-help-you-feel-better-during-pregnancy.aspx  / Accessed on Mac 26, 2020

https://www.pregnancybirthbaby.org.au/appetite-changes-and-food-aversions-during-pregnancy

https://www.unlockfood.ca/en/Articles/Pregnancy/Tips-to-help-you-feel-better-during-pregnancy.aspx

https://www.ucsfhealth.org/education/coping-with-common-discomforts-of-pregnancy

https://kidshealth.org/en/parents/eating-pregnancy.html

https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/staying-healthy-during-pregnancy/4-common-pregnancy-complications

https://www.eatright.org/health/pregnancy/prenatal-wellness/healthy-weight-during-pregnancy

Versi Terbaru

02/08/2021

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Tip Meningkatkan Selera Makan

Neuron Otak yang Mengawal Selera Makan Secara Semula Jadi


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/08/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan