backup og meta

Cara Buat Anak yang Terbaik Bagi Pasangan

Cara Buat Anak yang Terbaik Bagi Pasangan

Bagi pasangan inginkan zuriat, anda boleh mencuba cara buat anak tertentu yang memungkinkan potensi mendapatkan cahaya mata dengan peratusan yang tinggi.

Petua ini melibatkan pelbagai perkara dan faktor bagi pasangan yang menginginkan kelahiran bayi dalam hidup mereka.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Cara buat anak melalui posisi seks

Anda mungkin pernah terdengar bahawa terdapat cara buat anak melalui posisi-posisi seks tertentu yang meningkatkan lagi peluang untuk hamil.

Bunyinya seakan-akan petua lapuk.

Tetapi kajian mendapati terdapat beberapa posisi seks yang dapat meningkatkan peluang untuk hamil kerana kelebihan posisi tersebut yang menggalakkan tusukan yang lebih mendalam.

cara buat anak

Cara buat anak: Posisi seks & potensi kehamilan tinggi

Posisi missionary dan doggy adalah jawapan yang anda cari sebagai posisi seks dan skill untuk dapat anak yang mungkin berkesan.

Melalui ujian imbasan, posisi ini membolehkan penghujung zakar menyentuh atau berada di hadapan pembukaan pangkal rahim.

Ini bermaksud sperma lebih mudah untuk masuk ke dalam rahim kerana jarak yang lebih dekat sekali gus meningkatkan peluang untuk hamil.

Menggunakan logik ini, posisi lain seperti berdiri atau si wanita berada di atas mungkin mempunyai impak yang sama namun tiada kepastian untuk posisi ini kerana tidak ada ujian atau kajian yang melihat kelebihan posisi ini.

Perlukah anda capai kemuncak untuk hamil?

Jelasnya, lelaki perlu mencapai kemuncak untuk seorang wanita itu hamil namun ianya tidak berapa jelas sama ada wanita perlu atau tidak mencapai kemuncak untuk hamil.

Hal ini kerana kemuncak dalam seorang wanita tidak membantu sperma atau ovum bertemu.

Walaupun kontraksi rahim dapat membantu menolak sperma ke dalam rahim, tanpa kemuncak, kontraksi ini tetap berlaku.

Jadi untuk seorang lelaki, kemuncak itu perlu manakala untuk wanita, ianya tidak.

Baca juga:

Perkara yang tidak disarankan untuk dilakukan semasa seks sebagai cara buat anak

Jangan gunakan pelincir untuk menggerakkan sperma.

Sesetengah individu mungkin berfikir bahawa pelincir boleh membantu sperma bergerak lebih cepat, tetapi sebenarnya perkara ini boleh menghalang usaha kehamilan anda.

Banyak formula boleh mengubah keseimbangan pH dalam faraj dan mengurangkan mobiliti sperma.

Jangan risau jika anda tidak mempunyai orgasma.

Walaupun ada yang membuat spekulasi bahawa orgasma meningkatkan konsepsi dengan menarik lebih banyak sperma ke dalam vagina dan uterus, teori ini tidak mempunyai bukti saintifik.

Jangan bimbang tentang perbezaan pemakaian antara seluar dalam dan seluar pendek.

Kerana sesetengah masalah kesuburan pada lelaki berpunca dari keadaan di mana suhu di dalam buah zakar panas secara berlebihan, yang mempengaruhi pengeluaran sperma.

Adalah biasa untuk mempercayai bahawa pemilihan seluar pendek berbanding seluar dalam boleh menghalang konsepsi. Walau bagaimanapun, tidak ada bukti yang kuat yang menyokong tanggapan ini.

Sudah tentu tidak ada kelemahan dengan memakai seluar dalam, memandangkan ia tidak mungkin menghalang masa kehamilan anda dengan ketara.

Cara buat anak melalui gaya hidup

Kebanyakan individu menganggap kehamilan merupakan sesuatu yang mudah.

Hakikatnya, kehamilan tidak semudah yang disangka dan memerlukan perancangan dan persiapan yang mencukupi. Ini untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil secara selamat dan sihat.

Berikut merupakan beberapa petua yang perlu diikuti sekiranya anda mempunyai perancangan untuk hamil dalam masa yang terdekat.

Cipta dan kekalkan gaya hidup yang sihat

cara buat anak

Keadaan fizikal anda dan pasangan memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan kesihatan kandungan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan perhatian terhadap pemakanan, aktiviti senaman serta waktu tidur anda.

Paling penting, jauhkan diri anda daripada bahan dan gejala yang mampu mengkibatkan kesan negatif kepada kandungan seperti rokok dan alkohol.  

Kalian juga perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh bagi memastikan anda bebas dari komplikasi kesihatan seperti diabetes atau hipertensi selain jangkitan penyakit kelamin (STD).

Ini bertujuan untuk memastikan kandungan anda berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Beri perhatian terhadap pengambilan ubat-ubatan

Sekiranya kalian sudah tekad untuk mempunyai zuriat, selain mencuba cara buat anak yang dikongsikan di atas, anda juga perlu berhenti mengambil ubat kontraseptif atau sebarang ubat perancangan keluarga yang lain beberapa bulan sebelum itu.

Jika anda masih dalam tempoh pengambilan ubat-ubatan yang diperlukan untuk merawat masalah kesihatan, berbincanglah dengan doktor untuk memastikan ubat-ubatan tersebut selamat untuk kandungan atau tidak.

Anda mungkin dinasihatkan untuk mengubah jenis ubat-ubatan lain sekiranya ubat-ubatan yang anda ambil pada ketika ini mampu memberi kesan negatif terhadap kandungan anda.

cara buat anak

Ibu hamil disarankan untuk mengambil suplemen asid folik sekurang-kurangnya 400 hingga 1000 mcg pada satu hari. Ini untuk mengelakkan janin mereka mengalami sebarang kecacatan.

Anda juga disarankan untuk mengambil beberapa vaksinasi ketika sedang hamil untuk melindungi kandungan anda daripada sebarang penyakit berbahaya.

Ibu hamil amat perlu mengambil suntikan vaksinasi MMR (Measles-Mumps-Rubella) sekurang-kurangnya sebulan sebelum anda memutuskan untuk hamil.

Penyakit-penyakit ini sangat berbahaya dan mampu merosakkan jantung, telinga dan mata bayi dalam kandungan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. How to Get Pregnant. https://americanpregnancy.org/getting-pregnant/how-to-get-pregnant/. Accessed on Aug 7, 2023.
  2. The proven way to get pregnant faster. https://www.yourfertility.org.au/proven-way-get-pregnant-faster. Accessed on Aug 7, 2023.
  3. How to get pregnant. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/how-to-get-pregnant/art-20047611. Accessed on Aug 7, 2023.
  4. How to get pregnant. https://www.tommys.org/pregnancy-information/planning-a-pregnancy/how-to-get-pregnant. Accessed on Aug 7, 2023.
  5. Trying to get pregnant.  https://www.nhs.uk/pregnancy/trying-for-a-baby/trying-to-get-pregnant/. Accessed on Aug 7, 2023.

Versi Terbaru

08/08/2023

Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Petua Nak Cepat 'Lekat', Kena Bersetubuh Sehari Lepas Isteri Habis Haid, Menjadi Ke?

Ini Sebab Mengapa Asid Folik Penting Semasa Hamil, Ia Elak Kecacatan Bayi & Kurangkan Komplikasi


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 08/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan