
Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan bahawa senaman dan aktiviti fizikal sebenarnya membawa kesan baik kepada pesakit kanser dan individu terselamat daripada kanser.
Senaman untuk pesakit kanser
Senaman disarankan semasa rawatan kanser kerana ianya membawa banyak manfaat kesihatan dan meningkatkan kualiti hidup. Mereka yang mempunyai kanser perlu mula bersenam secepat mungkin untuk memperbaiki fungsi fizikal dan mengurangkan kesan sampingan yang berbahaya. Bagi mereka yang terbiasa bersenam sebelum kanser, mengurangkannya adalah pilihan bijak, dan bagi mereka yang baru bersenam, teruskannya pada tahap yang biasa adalah disyorkan.
Bersenam bukan sahaja akan mengekalkan kesihatan, kita juga dapat meningkatkan kekuatan otot dan kesihatan kardiovaskular. Jika anda mengalami kesan sampingan yang kuat atau dalam keadaan yang teruk, beberapa minit senaman boleh menghasilkan sesuatu yang berbeza. Cuba untuk menjadi seaktif mungkin untuk mengekalkan mood yang baik dan meningkatlan proses penyembuhan.
Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor mengenai cara plan rutin senaman dan sesiapa sahaja bersama anda semasa senaman. Berikut adalah kesan senaman terhadap kesan sampingan:
Edema limfatik adalah keadaan pembengkakan tisu oleh sistem limfa yang dikompromikan. Latihan akan menjadi risiko kecil, juga melemahkan simptom.
Kebanyakan orang mengalami keletihan semasa rawatan kanser. Adalah penting untuk bersenam walaupun anda keletihan kerana berhenti bersenam menjadikannya lebih teruk. Teruskan senaman biasa untuk mengekalkan kekuatan otot dan keadaan diri yang lebih baik.
Dalam rawatan untuk anemia juga selalunya ada kesan sampingan apabila pesakit mempunyai bilangan sel darah merah sihat yang rendah, yang boleh menyebabkan keletihan. Kerap bersenam diikuti dengan diet terancang terbukti dapat mengurangkan anemia.
Senaman untuk mangsa kanser
Bagi mangsa kanser, kesan sampingan tertentu daripada rawatan mungkin menyusahkan dan terus menghalang keupayaan mereka untuk bersenam. Dengan keadaan anemia, tahap senaman harus ditentukan oleh keparahannya. Plan senaman harus ditangguhkan sehingga kedaaan menjadi lebih baik. Orang yang diragui imunitinya hendaklah mengelakkan tempat awam kerana mereka boleh dijangkiti dengan mudah oleh jangkitan. Dan, mereka yang mempunyai rawatan radiasi hendaklah menjauhkan diri daripada kolam renang kerana kulit mereka akan terasa tidak selesa apabila terkena klorin.
Perlu lebih berhati-hati apabila bersama individu yang mempunyai penyakit tulang, arthritis atau sesiapa sahaja yang mengalami kerosakan saraf untuk mengelakkan kemalangan yang membawa kepada kecederaan.
Ia telah dikaji bahawa mangsa kanser yang melakukan aktiviti fizikal akan kurang risiko kanser akan kembali dan mempunyai jangka hayat lebih lama. Banyak penyelidikan perlu dilakukan supaya dapat lebih memahami mengenai hubungan antara senaman dan kanser. Jika boleh, anda harus berusaha menjalani gaya hidup aktif kerana ia meningkatkan kesihatan jantung dan mengurangkan penyakit.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.