Dalam dunia yang penuh dengan maklumat tanpa batasan ini, adalah amat sukar kerana kelayakan di atas tidak menyatakan keberkesanan seorang jurulatih peribadi yang anda perolehi. Jadi, berikut beberapa soalan tambahan yang anda perlu tanyakan untuk memastikan anda mendapat perkhidmatan yang selayaknya dengan nilai wang anda:
Apakah penilaian yang mereka lakukan?
- Penilaian adalah sesuatu yang harus sentiasa diselesaikan! Adalah sukar untuk menetapkan senaman yang betul jika jurulatih/pengamal tidak menguji pelbagai jenis gerakan, postur, ketidakseimbangan kekuatan, corak pengerakan, fleksibiliti, dan sebagainya. Penilaian ini akan memberitahu jurulatih apakah senaman dan program yang diperlukan…tanpa ini, semuanya sekadar ramalan = bahaya!
- Penilaian harus dilakukan dengan baik dengan memasukkan pemakanan, gaya hidup dan suplemen keperluan anda.
Bagaimana mereka menyimpan rekod dan mengesan kemajuan?
- Apa yang direkod dan disimpan adalah berbeza mengikut klien. Tetapi harus mempunyai sistem untuk menyimpan program dan mengenal pasti kemajuan.
- Pemantauan membolehkan senaman, pemakanan dan gaya hidup profesional dapat dikesan dengan tepat bagaimana klien melakukannya agar penyesuaian boleh dilakukan jika dan bila perlu.
Melihat beberapa program senaman mereka?
- Tidak wujud istilah program “satu ukuran sesuai untuk semua”. Anda perlu melihat hubung kait antara penemuan penilaian dan latihan senaman/program yang mencari penyelesaian untuk setiap individu.
- Minta untuk melihat beberapa sampel program. Jika ia kelihatan sama, bermakna ANDA tidak akan mendapat perkhidmatan peribadi = hasilnya akan kurang untuk ANDA…lagipun, bukankah ANDA membayar untuk latihan PERSONAL(ISED)?
Apa pandangan mereka tentang mesin senaman?
- Mesin adalah kurang efektif kerana ia ‘menggalakan’ sedikit otot dan tidak membiarkan badan anda untuk bergerak dengan cara yang lebih semula jadi. Ini boleh meningkatkan risiko kecederaan ketika bersenam dan selepas senaman.
- Jika program jurulatih tersebut mempunyai lebih dari 3 senaman berdasarkan ‘mesin’ seperti tekanan kaki, tekanan dada atau khususnya mana-mana mesin perut, maka anda perlu berhati-hati.
Mana-mana jurulatih yang boleh menjawab persoalan sehingga memuaskan hati anda seharusnya dapat membantu anda mendapatkan hasil yang diingini. Jurulatih peribadi bukan mengenai ‘memukul’ anda ketika senaman, tetapi menilai keperluan anda dan membangunkan rancangan untuk mencapai matlamat anda. Jurulatih anda harus dapat merancang perjalanan anda dan menerangkan perkembangan yang diharapkan.
Selain itu, seorang jurulatih profesional/pengamal kesihatan harus cergas dan sihat. Jika individu terbabit tidak dapat membantu diri mereka sendiri untuk kekal sihat dan cergas, apabila mereka mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas diri sendiri…sudah tentu individu seperti ini tidak mampu untuk membantu anda yang tidak dapat dikawal sepenuhnya!
Akhir sekali, anda harus merasa selesa dengan jurulatih, gaya komunikasi dan jangkaan anda apabila bersama. Menggunakan perkhidmatan jurulatih secara purata boleh meningkatkan keberkesanan dan kecekapan senaman anda, kerana mereka boleh memberikan struktur dan garis panduan. Walau bagaimanapun, jika anda tidak dapat melihat hasilnya dalam masa 4 minggu, anda perlu bertanyakan soalan. Jadikan pelanggan yang bijak serta prihatin dan pastikan anda mendapat apa yang bayar…Semoga Berjaya!
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen