Setiap Hari Bersenam Tapi Kerana 4 Tabiat Ini Ia Hanya Merosakkan Senaman Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/09/2020 . 1 minit bacaan
Share now

Semangat semata-mata tidak mencukupi dalam melakukan senaman. Ia juga perlu disaluti dengan ilmu dan pengetahuan tentang apa yang anda lakukan. Jika tersalah cara, silap haribulan, usaha yang anda lakukan berbulan-bulan atau bahkan bertahun-tahun menjadi sia-sia hanya kerana beberapa kesilapan kecil.

Oleh itu, anda harus tahu 4 tabiat ini yang perlu dielakkan kerana ia mungkin merosakkan senaman anda.

1. Ambil makanan berat sebelum bersenam

Mengisi perut sebelum bersenam adalah penting untuk memberikan anda tenaga untuk bertahan. Namun, ia tidak bermakna anda boleh makan nasi berlauk seperti makan tengah hari atau malam.

Snek ringan seperti buah-buahan, yogurt atau kekacang sudah memadai, sekitar 45 minit sebelum senaman.

2. Rehat terlalu lama antara sesi senaman

Bersembang dengan rakan atau menggunakan telefon bimbit semasa rehat antara sesi senaman bukanlah idea yang baik. Rehat yang terlalu lama membuatkan badan sejuk dan susah untuk bertenaga semula di sesi seterusnya.

Dapatkan rehat yang singkat antara 1 hingga 3 minit sahaja.

3. Tiada perancangan

Jangan bersenam secara semberonon sebelum anda tahu apa yang akan anda lakukan. Anda akan lebih mudah teralih perhatian jika tiada perancangan yang baik. Tetapkan jenis senaman dan tempoh masa bagi setiap satunya sebelum pergi bersenam.

Mudah sahaja. Jika malas tuliskan di atas kertas, anda boleh taipkan di dalam telefon atau sekurang-kurangnya, rancang di dalam minda anda.

4. Mengambil minuman tenaga semasa bersenam

Minuman tenaga walaupun berkesan dalam mengekalkan stamina, ia sebaliknya mengandungi kalori yang tinggi. Anda tentunya tidak mahu menambahkan berat badan hanya kerana ingin bertahan lama semasa bersenam.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pakaian ‘Compression’ Bersenam, Sekadar Gaya Atau Benar-benar Boleh Turunkan Berat Badan?

    Banyak orang memakai pakaian compression ketika berlari atau bersenam di gim, tetapi adakah ia benar-benar bermanfaat untuk anda atau sekadar bergaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Badan Sihat, Tip Keselamatan Senaman 31/12/2020 . 3 minit bacaan

    Selalu Sakit Belakang Lepas Bangun Tidur? Usah Derita Lagi, Cuba 5 Jenis Senaman Ini

    Sakit belakang bukan satu jenaka dan tanpa mengira gaya hidup aktif atau pasif, setiap orang berisiko mengalaminya. Usah risau, senaman ini boleh membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Badan Sihat, Kekuatan Fizikal 30/12/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Tip Nak Bagi Hidung Mancung, Caranya Lakukan Senaman, Berkesan Atau Sekadar Harapan Palsu?

    Ada yang percaya dan amalkan tips hidung mancung dengan cara melakukan senaman? Nak tahu berkesan atau tidak, jom sama-sama klik artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Hidung, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 24/11/2020 . 3 minit bacaan

    Bersenam Boleh Kurangkan Sakit Senggugut- Fakta @ Auta? Ini Jawapan Kajian!

    Sakit senggugut menyerang kembali! Ia merupakan antara kesakitan disebabkan haid yang paling menjengkelkan bagi para wanita setiap bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kesihatan Wanita, Kesihatan Wanita Lain 20/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Kepentingan bersenam

    Kecergasan, Aktiviti Fizikal & Senaman, Apakah Kepentingannya Dalam Hidup Kita?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 18/02/2021 . 4 minit bacaan
    fungsi otot

    Nak Elak Masalah Jisim Otot Hilang Masa Usia Tua Nanti? Ikut 6 Cara Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan
    kalori per hari untuk diet

    Psssttt.. Ini Rahsia Nak Kurus! Jaga Pengambilan KALORI Harian, Ikut Cara Ini Pasti Jadi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
    manfaat jalan kaki

    Jalan Kaki, Senaman Paling Mudah Untuk Pesakit Diabetes, Tapi Sebelum Buat, Ada Syarat-syaratnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan