Mengapa Pemain Bola Sepak Gemar Meludah?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Piala Dunia FIFA telah pun melabuhkan tirainya semalam dengan kemenangan 4-2 Perancis menentang Croatia. Sama ada kecewa atau gembira, semua peminat pasukan akhirnya akan kebah jua daripada demam bola sepak yang berlangsung selama hampir sebulan ini.

Di sebalik segala keterujaan perasaan, pekikan peminat dan kehebatan pemain menjaringkan bola, terdapat suatu tabiat beberapa pemain bola sepak FIFA World Cup ini yang boleh anda contohi untuk lebih berstamina di padang- ‘carb rinsing’ atau kumuhan karbohidrat. Pernahkah anda memerhati atlet meludah air sewaktu rehat? Tahukah anda kajian sains mendapati terdapat manfaat tabiat tersebut bagi pemain bola?

Ada apa dengan carb rinsing?

Anda mungkin mendapati ramai pemain meludahkan air sewaktu pertandingan Piala Dunia. Mungkin mereka hanya melembapkan mulut yang terasa kering, tetapi kajian mendapati sebenarnya terdapat kebaikan lebih daripada itu jika anda melalukan air dalam mulut dan meludahkan kembali ketika bersukan.

‘Carb rinsing’ merujuk kepada tabiat berkumuh dengan larutan karbohidrat dalam mulut untuk memperdaya badan agar berfikir bahawa terdapat pengambilan tenaga. Dengan cara ini, anda dapat memberikan rangsangan kepada otak untuk terus berjaga-jaga. Walaupun bukanlah sesuatu amalan yang biasa dilakukan, tetapi teknik ini semakin meningkat dalam kalangan atlet.

Sepanjang memerhatikan pertandingan Piala Dunia anda pasti menjumpai beberapa pemain kelihatan melakukan perkara ini. Antaranya kapten England, Harry Kane yang acap kali dilihat mengambil air dan meludahnya keluar. Begitu juga pemain tengah Dele Alli, dan pemain Portugal, Cristiano Ronaldo.

Mereka bukan hanya meludah biasa, tetapi pemain membilas mulut mereka dengan air dan mengeluarkan aliran air dan bukannya meminumnya.

Mengapa tidak minum sahaja?

Minuman karbohidrat mengandungi polimer glukosa dan bertujuan untuk menambah simpanan tenaga semasa dan selepas senaman. Jika meminum minuman karbohidrat boleh menambah stamina pemain, mengapa tidak melakukan sedimikian sahaja berbanding meludah keluar kembali?

Ini disebabkan minum air terlalu banyak boleh menyebabkan kembung, sebaliknya jika anda melakukan carb rinsing, anda memperdayakan badan seolah-olah ada pengambilan karbohidrat dan membuatkan badan lebih berstamina tanpa mengalami masalah kembung perut.

Kesan ini terjadi apabila reseptor di dalam mulut mengesan karbohidrat dan menghantar isyarat ke otak, dengan mengatakan terdapat bahan tenaga yang akan masuk. Ini menjadikan otot bekerja lebih keras, tanpa kesan negatif daripada minuman karbohidrat seperti senak perut dan kekejangan.

Carb rinsing dalam kajian sains

Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2017 dalam European Journal of Sport Science mendapati bahawa carb rinsing meningkatkan prestasi dalam pelbagai aktiviti. Pasukan penyelidikan dari Coventry University menguji 12 lelaki yang sihat di usia 20-an mereka, dan mendapati selepas carb rinsing mereka dapat melompat lebih tinggi, melakukan lebih banyak tekan tubi, berlumba lari lebih laju dan lebih fokus.

Satu lagi kajian dari tahun 2015, yang diterbitkan dalam International Journal of Sport Nutrition and Exercise Metabolism, mendapati bahawa 12 atlet lelaki yang kompetitif mengalami kurang keletihan selepas carb rinsing.

Dalam satu kajian di Malaysia yang diterbitkan dalam jurnal Applied Physiology, Nutrition, and Metabolism yang membandingkan pelumba basikal yang melakukan carb rinsing sewaktu bulan puasa, mereka didapati mempunyai manfaat lebih dalam perlumbaan berbanding pemain berpuasa yang tidak melakukan carb rinsing.

Carb rinsing rahsia ketahanan pemain bola?

Walaupun carb rinsing didapati memberi kesan positif kepada atlet dalam sukan tertentu tetapi teknik ini didapati tidak memberi kesan dalam sukan yang memerlukan ketahanan diri yang lebih lama. Carb rinsing didapati lebih memberikan kesan dalam sukan yang laju dan berimpak tinggi seperti lari pecut berbanding aktiviti yang memerlukan ketahanan lama seperti maraton panjang.

Dalam satu kajian dari 2017, yang diterbitkan dalam Journal of Sports Sciences, 15 pelari wanita berlumba selama 60 minit, sekali dengan carb rinsing dan sekali tanpanya. Tiada kesan yang dilaporkan pada pencapaian mereka.

Oleh itu, carb rinsing dalam pemain bola sebenarnya hanya untuk membantu mereka kekal peka dan mengurangkan rasa penat. Apatah lagi setelah hampir 90 minit bermain, bukan mudah untuk kekal fokus dan berstamina.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ingin Cepat Kurus Dengan Cara Yang Sihat? Gantikan Nasi Dengan Konjac Bermula Hari Ini!

    Tahukah anda, mi konjac atau nasi konjac amat sesuai bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan disebabkan kandungan kalorinya yang amat rendah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diet & Turun Berat Badan, Pemakanan Sihat 22/10/2020 . 3 minit bacaan

    Makin Tua, Makin Cepat Penat? Anda Mungkin Kehilangan Jisim Otot! Nak Atasi, Ambil Makanan Ini

    Sekiranya anda berusia lebih 50 tahun dan tidak sekuat dulu, itu tidak menghairankan. Ini mungkin petanda anda alami atrofi otot, kemerosotan otot badan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Minda Di Usia Emas, Sihat Pada Usia Emas 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Nikmati Pencuci Mulut Tanpa Risau, Penghidap Kencing Manis Jenis 2, Ini Untuk Anda!

    Menikmati pencuci mulut menjadi sukar sekiranya anda menghidapi diabetes kerana jika tidak kena gaya ia akan dapat membuatkan kondisi anda bertambah teruk!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diabetes, Pusat Kesihatan 02/09/2020 . 3 minit bacaan

    Dahaga Selepas Penat Bersukan, Yang Mana Lebih Sesuai Diminum? Air Kosong @ Isotonik?

    Ada yang keliru, adakah patut mengambil minuman isotonik seperti 100plus selepas bersukan atau cukup sekadar air biasa? Ini fakta mengenai air isotonik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pemakanan & Sukan, Pemakanan Sihat 27/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sumber karbohidrat untuk diet

    Tak Perlu Lagi Tahan Nafsu Makan, 5 Jenis Makanan Tinggi Karbohidrat Ini Bagus Untuk KURUS!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
    sumber karbohidrat punca berat badan

    Elak Makan Makanan Ada Karbohidrat Sebab Takut Gemuk, Efektif Ke Cara Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    manfaat pisang

    Pisang, Buah Kuning Kaya Khasiat, Ini Fakta Nutrisi & Manfaatnya Terhadap Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan
    bahan masakan

    Nak Makanan Sedap Tapi Perlu Kawal Gula, Lemak? Pesakit Diabetes Boleh Guna 13 Bahan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan