backup og meta

Rasa MALAS Melakukan Aktiviti Fizikal? Cuba Elakkan 5 Perkara Ini Jika Mahu RAJIN Bersenam

Rasa MALAS Melakukan Aktiviti Fizikal? Cuba Elakkan 5 Perkara Ini Jika Mahu RAJIN Bersenam

Mematuhi jadual aktiviti fizikal tidaklah mudah. Apa kata anda cuba pertimbangkan 5 cara mengatasi malas bersenam ini? Mungkin ia berkesan untuk memotivasikan diri agar sentiasa rajin!

5 cara mengatasi malas melakukan aktiviti fizikal

Sebenarnya untuk menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada perkara yang menyeronokkan dalam kehidupan seharian tidaklah sesukar yang anda fikirkan.

Beberapa petua berikut mungkin berkesan untuk membantu anda kekal rajin untuk bersenam:

  1. Berhenti menunggu rasa mahu bersenam

Selalunya kita akan mengatakan, “Tunggulah rasa keinginan bersenam tu datang, saya buatlah”.

Hakikatnya, melakukan aktiviti fizikal itu terlebih dahulu perlu datang sebelum hadir motivasi untuk melakukannya. 

Rasa komitmen dalam melakukan sesuatu mungkin wujud terlebih dahulu sebelum anda berasakan motivasinya. Percayalah, ia sesuatu yang normal.

Cara mengatasi malas anda adalah dengan menciptakan motivasi sendiri, seperti: 

  • Beri diri ganjaran selepas menyelesaikan senaman anda. Contohnya, buku baru untuk dibaca atau keluar berjalan pada waktu malam
  • Tuliskan matlamat anda pada sehelai kertas dan letakkannya di jam penggera atau stereng kereta
  • Jangan langkau jadual bersenam
  • Lakukan rutin senaman yang sesuai untuk anda. Semak dan nilai semula aktiviti fizikal yang dilakukan dan pastikan anda menyukai apa yang dibuat

aktiviti fizikal

  1. Jangan berlebihan

Apa perkara pertama yang akan dilakukan apabila menyedari bahawa anda sudah lama tidak bersenam? 

Ada sesetengah individu akan melakukan semua senaman yang ditinggalkan sebagai 1 hukuman kepada diri.

Sudah tentu cara mengatasi malas itu hanya akan melemahkan motivasi diri untuk kekal melakukan senaman.

Jadi, ikuti cara berikut: 

  • Usah terlalu memaksa diri. Mungkin anda berasa lebih baik melakukan semua senaman itu. Tetapi risikonya, keesokan hari anda mungkin tidak dapat bangun daripada tidur
  • Kekal bersederhana. Jangan biarkan rasa bersalah mendorong anda untuk melakukan aktiviti fizikal. Sebaliknya, aturkan program yang sesuai dengan tahap kecergasan anda sekarang
  • Dapatkan pelatih kecergasan. Sekiranya anda mempunyai sejarah pernah berhenti bersenam, mungkin ini adalah masa yang tepat untuk mendapatkan bantuan pakar
  1. Hentikan matlamat tidak realistik

Adakalanya, anda mungkin tidak dapat melihat kesan senaman melainkan sakit otot dan kekecewaan.

Lebih memburukkan keadaan, berat badan anda semakin bertambah. Ia biasanya keadaan sementara. Namun, tidak dinafikan anda tidak akan gembira dengan situasi itu. 

Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk mengendalikan keadaan sebegitu?

  • Tetapkan matlamat yang dapat diukur. Lupakan seketika tentang menurunkan berat badan sebaliknya wujudkan matlamat yang lebih konkrit
  • Tiada jalan pintas untuk mengurangkan berat badan. Sebenarnya, jika anda mahu menurunkan berat, ia memerlukan lebih banyak aktiviti fizikal daripada yang anda fikirkan. Bahkan, anda juga perlu meluangkan lebih banyak masa untuk berjaya mengurangkan berat
  • Terima dengan hati terbuka bahawa anda tidak dapat mengawal setiap aspek penurunan berat badan. Anda sememangnya boleh mengawal aspek pemakanan dan bersenam, pengurusan tekanan dan corak tidur. Pun begitu, ada faktor lain yang tidak dapat diuruskan seperti genetik.

rasa malas bersenam

  1. Henti mencipta alasan

Kita semua dapat mencipta banyak alasan untuk tidak melakukan aktiviti fizikal dan semuanya akan kedengaran boleh diterima pakai, kan?

Saya terlalu letih dan sibuk. Banyak kerja yang perlu dilakukan tetapi sesetengah perkara itu tidak akan terjadi dengan sendiri, betul tak?

Antara cara mengatasi malas untuk bersenam yang boleh anda cuba adalah:

  • Cari peluang untuk bersenam dan bukan membuat alasan untuk tidak melakukannya
  • Ubah pemikiran negatif mengenai senaman. Selitkan dalam masa bersenam sesuatu yang lebih positif untuk membuatkan anda lebih bersedia melakukan aktiviti fizikal
  • Bersikap jujur dengan diri sendiri. Ini kerana sebahagian daripada mewujudkan kebiasaan untuk bersenam adalah cuba untuk melupakan keselesaan katil tidur anda
  1. Berhenti menunggu masa yang sesuai untuk bersenam

Ia sesuatu yang biasa anda lakukan, kan?

Bila nak start bersenam? – Tunggulah apabila selesai kerja ini, mungkin selepas mengambil anak balik dari sekolah atau selepas balik bercuti. 

Mungkin itu, mungkin ini. Well, anda boleh mencipta berjuta alasan. Tetapi percayalah jika itu caranya pemikiran anda, masa yang tepat tidak akan pernah hadir. 

Cuba lakukan perkara berikut sebagai permulaan:

berjalan kaki

  • Hentikan untuk menunda bersenam. Jadi mulakan sekarang dan hari ini. Sarungkan kasut senaman dan berjalan-jalan walaupun hanya di sekitar kawasan perumahan. Nah, anda sudah mula bersenam. Tahniah!
  • Sesuaikan dengan kehidupan anda sekarang. Jangan cuba mengubah jadual anda agar disesuaikan dengan senaman. Sebaliknya, cubalah memasukkan aktiviti senaman ke dalam jadual anda, walaupun hanya untuk tempoh 10 minit sehari
  • Fokus pada gaya hidup sihat. Frasa ‘mengamalkan gaya hidup sihat’ kedengaran terlalu klise. Namun, itu adalah frasa yang tepat untuk menggambarkan amalan harian yang perlu difokuskan jika anda benar-benar mahu menurunkan berat badan

Sentiasa mencuba!

Sekiranya hari ini, anda terlepas untuk bersenam, jangan risau. Sememangnya, ia akan dirasai oleh setiap individu.

Tetapi, pastikan anda akan cuba untuk melakukan senaman pada esok hari. 

Jika cara mengatasi malas yang disenaraikan di atas tidak membantu, mungkin anda perlu mencuba aktiviti yang berbeza atau mengajak pasangan, ahli keluarga mahupun rakan baik untuk menyertai anda bersenam.

Paling utama, jangan berputus asa, okay? Ayuh kita bersenam!

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on Sept 9, 2020 from

https://www.heart.org/en/healthy-living/fitness/staying-motivated/hate-exercise-5-steps-to-loving-exercise

https://www.heart.org/en/healthy-living/fitness/getting-active/breaking-down-barriers-to-fitness

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/fitness/in-depth/fitness/art-20045099

http://www.secondscount.org/heart-resources/heart-resources-detail?cid=e6d0293d-311f-49d0-bd78-d4e745e4d6c4#.X1ceNXkzbIV

https://www.lifehack.org/articles/lifestyle/5-exercises-you-need-stop-doing-now-and-what-instead.html

https://www.helpguide.org/articles/healthy-living/how-to-start-exercising-and-stick-to-it.htm 

Versi Terbaru

06/08/2021

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Mari Bersenam Walaupun Setua Mana Pun Anda

Bersenam Ketika Hamil? Boleh Buat, Tapi Kena Peka Dengan 7 Perkara Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/08/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan