Setiap orang pasti mengimpikan bentuk badan yang langsing agar senantiasa kelihatan segak atau cantik bukan?
Pun begitu, impian ini mungkin agak sukar untuk dicapai oleh mereka yang mempunyai perut boroi atau buncit!
Bukan sahaja perut yang terlalu ke depan akan menjejaskan imej seseorang malahan juga memberi kesan negatif terhadap kesihatan mental dan fizikal.
Jadi sila teruskan membaca artikel ini untuk tahu cara kempiskan perut yang efektif.
Masalah perut boroi & kesihatan
Perut boroi atau buncit adalah masalah yang kerap berlaku terutamanya dalam kalangan lelaki berbanding wanita.
Ia bukan sahaja akan menjejaskan penampilan seseorang itu malahan juga akan memberi kesan kepada kesihatan.
Untuk pengetahuan anda, ukur lilit perut yang boleh dikategorikan sebagai tidak normal ini adalah:
- Ukur lilitan pinggang melebihi 40 inci bagi lelaki
- Ukur lilitan pinggang melebihi 35 inci bagi wanita
Apakah faktor utama yang mendasari kondisi ini? Jawapan mudahnya adalah lemak dan gula!
Lemak yang terkumpul pada perut datangnya daripada pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan lemak dan gula.
Selain itu, wujud juga pelbagai lagi faktor risiko lain yang menyumbang kepada masalah ini.
Punca sebenar perut boroi!
Ramai yang tidak tahu bahawa pemakanan bukan satu-satunya penyebab yang wajar dipersalahkan sekiranya perut anda sudah mula ke depan.
Sebaliknya, berikut adalah antara punca sebenar masalah ini:
#1. Diet tidak seimbang
Pengambilan makanan tinggi kandungan gula dan lemak adalah musuh utama bagi individu yang inginkan tubuh badan langsing.
Selain itu, makanan yang rendah protein serta tinggi karbohidrat juga juga adalah punca perut mulai membesar.
Ini kerana pengambilan makanan sebegini akan membuat kalian lambat kenyang lalu akan makan lebih banyak.
Untuk mengelakkan kondisi ini berlaku pada anda, maka sila amalkan diet seimbang mengikut saranan suku-suku-separuh (bukan piramid makanan) ya!
#2. Kurang buat senaman
Selain amalan diet tidak seimbang, kurang melakukan aktviti fizikal juga adalah antara punca utama mengapa perut anda boroi.
Ini ada kaitannya dengan fungsi tubuh badan untuk membakar kalori daripada makanan atau minuman yang diambil.
Jika anda makan dengan lebih banyak berbanding tubuh badan membakar kalori, maka perut anda akan terjejas.
Oleh itu, cuba untuk bersenam atau bersukan sekurang-kurangnya beberapa kali seminggu untuk perut yang lebih cantik serta sihat!
Punca perut boroi #3. Genetik
Kadangkala, ada perkara yang kita tidak boleh ubah dengan kuasa sendiri seperti genetik.
Sekiranya anda lahir dalam keturunan yang berbadan gemuk atau gempal, maka anda berisiko tinggi untuk mengikuti jejak langkah ibu bapa atau datuk nenek anda.
Pun begitu, ia bukanlah satu kemestian kerana anda masih boleh mengubah ketentuan ini dengan cara menjalani hidup yang lebih sihat.
Mengapa anda perlu risau?
Mungkin ada individu yang beranggapan bahawa tidak mengapa untuk berperut gendut kerana gemuk is awesome!
Ya, kami tidak kata anda yang berbadan besar ini adalah sesuatu yang keji namun ada beberapa sebab mengapa anda perlu risau mengenainya.
Menurut ulasan Public Health Malaysia (PHM) menerusi laman sesawang Facebook rasmi mereka, ada 5 sebab mengapa anda perlu risau dengan perut boroi:
- Ia akan menyelaputi organ yang terdapat di sekitar kawasan abdomen seperti usus, pankreas, hati dan jantung
- Ia akan mempengaruhi hormon serta fungsi organ-organ yang terdapat di sekitar abdomen tadi
- Ia akan menjejaskan sensitiviti organ kepada hormon insulin lalu menyebabkan penyakit kencing manis
- Ia akan menyebabkan beberapa penyakit seperti serangan jantung, nyanyuk, kanser dan lain-lain
Apa anda perlu lakukan?
Mudah sahaja, anda perlu tahu cara kempiskan perut yang efektif bagi mengelakkan diri daripada mengalami 4 kesan negatif yang kami telah nyatakan di atas tadi.
Persoalannya, bagaimana? Ada 8 cara kempiskan perut yang boleh anda cuba menurut ulasan PHM!
- Amalkan diet sihat dan seimbang
- Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang manis
- Tingkatkan pengambilan protein
- Kurangkan pengambilan karbohidrat
- Lakukan senaman secara berkala
- Pastikan tidur sentiasa mencukupi
- Kurangkan stress
- Berhenti merokok
[embed-health-tool-bmi]