Bagaimana Pemain Bola Sepak Liga Eropah Berpuasa?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/09/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Puasa adalah salah satu daripada lima Rukun Islam, yang wajib dilaksanakan oleh semua kaum Muslimin yang berkemampuan, tanpa mengira latar belakang dan kerjaya. Bagi pemain bola sepak Muslim, menjalani bulan Ramadan juga sangat bermakna buat mereka, hingga ada yang memilih untuk tetap berpuasa sewaktu perlawanan besar di bulan Ramadan.

Bagaimana pemain bola sepak berpuasa sewaktu Ramadan

Bagi pemain bola sepak Muslim di negara Muslim, terdapat kelonggaran pada waktu permainan yang ditetapkan pada waktu bukan berpuasa dan mereka menghadapi suasana Ramadan setempat dalam kalangan mereka yang turut berpuasa. Sementara pemain luar negara seperti di Liga Eropah, cabaran berpuasa pasti lebih dirasai. Jadi, bagaimana mereka berpuasa sewaktu Ramadan?

Mohamad Salah

bola sepak

Bagi pemain yang popular dengan gelaran Mo Salah ini, sewaktu bulan puasa, beliau masih menjalani latihan dua sesi sehari. Cabaran utama beliau adalah untuk bertahan pada sesi kedua apabila tahap tenaga menurun berbanding sesi pertama. Tetapi beliau meneruskan juga latihan untuk membina stamina.

Frédéric Kanouté

Bekas penyerang Tottenham dan West Ham yang kini bermain untuk Seville, menegaskan tidak pernah mendapat masalah antara kepercayaannya dengan identitinya sebagai pemain bola sepak, beliau memilih untuk terus berpuasa, bahkan menerangkan kepada teman sepasukannya tentang apa itu puasa di bulan Ramadan.

Nicolas Anelka

Sesetengah pemain berkompromi untuk keselamatan mereka. Anelka berkata bahawa pada mulanya beliau berpuasa pada waktu siang seperti yang ditetapkan, tetapi terpaksa mencari kelonggaran setelah menyedari selalu tercedera sewaktu tempoh Ramadan.

Marouane Chamakh

Pendekatan serupa diikuti oleh penyerang Arsenal. Walaupun tidak mempunyai masalah untuk berpuasa pada bulan Ramadan, beliau tidak akan berpuasa pada hari sebelum perlawanan dan pada hari perlawanan dan akan menggantikan puasa pada waktu lain.

Nathan Ellington

bola sepak

Penyerang Ipswich yang memeluk Islam tujuh tahun yang lalu, dan baru saja menubuhkan Persatuan Pemain Bola Sepak Islam, yang bertujuan memberi maklumat bagi orang bukan Islam. Beliau tidak berpuasa sewaktu hari perlawanan dan akan menggantikan hari tersebut pada waktu lain. Bagi beliau, latihan, bukanlah satu masalah  kerana boleh mendapatkan penghidratan dan nutrien sewaktu sahur, hanya sahaja beliau perlu bertahan lebih lama sebelum sampai waktu berbuka.

Hameur Bouazza

Pemain sayap Millwall mengakui mungkin menghadapi kesulitan berpuasa, tetapi mengatakan ia adalah sebahagian daripada imannya. Doa dan keyakinan yang menurutnya membantunya menghadapi bulan Ramadan.

Memandangkan pemain bola sepak juga berusaha untuk berpuasa di bulan Ramadan walaupun terdapat kelonggaran untuk mereka, mengapa tidak anda? Sepertimana semangat dan kecergasan mereka dalam gelanggang bola sepak menjadi ikutan dan sorakan ramai, begitu juga semangat mereka berpuasa di bulan Ramadan!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Selalu Sakit Belakang Lepas Bangun Tidur? Usah Derita Lagi, Cuba 5 Jenis Senaman Ini

Sakit belakang bukan satu jenaka dan tanpa mengira gaya hidup aktif atau pasif, setiap orang berisiko mengalaminya. Usah risau, senaman ini boleh membantu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Badan Sihat, Kekuatan Fizikal 30/12/2020 . 3 minit bacaan

Ada Tip Nak Bagi Hidung Mancung, Caranya Lakukan Senaman, Berkesan Atau Sekadar Harapan Palsu?

Ada yang percaya dan amalkan tips hidung mancung dengan cara melakukan senaman? Nak tahu berkesan atau tidak, jom sama-sama klik artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keadaan Hidung, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 24/11/2020 . 3 minit bacaan

Bersenam Boleh Kurangkan Sakit Senggugut- Fakta @ Auta? Ini Jawapan Kajian!

Sakit senggugut menyerang kembali! Ia merupakan antara kesakitan disebabkan haid yang paling menjengkelkan bagi para wanita setiap bulan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kesihatan Wanita, Kesihatan Wanita Lain 20/11/2020 . 3 minit bacaan

Mana Satu Lagi Cepat Untuk Turunkan Berat Badan, Angkat Berat Atau Buat Kardio?

Jika anda ingin kurangkan berat badan, agak-agak anda, manakah kaedah yang lebih berkesan; senaman kardio atau sukan angkat berat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Badan Sihat, Senaman Turun Berat Badan 17/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

fungsi otot

Nak Elak Masalah Jisim Otot Hilang Masa Usia Tua Nanti? Ikut 6 Cara Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan
kalori per hari untuk diet

Psssttt.. Ini Rahsia Nak Kurus! Jaga Pengambilan KALORI Harian, Ikut Cara Ini Pasti Jadi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
manfaat jalan kaki

Jalan Kaki, Senaman Paling Mudah Untuk Pesakit Diabetes, Tapi Sebelum Buat, Ada Syarat-syaratnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan
pakaian ketat compression

Pakaian ‘Compression’ Bersenam, Sekadar Gaya Atau Benar-benar Boleh Turunkan Berat Badan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan