backup og meta

Yoga VS Pilates, Apakah Persamaan & Perbezaan Di Antara 2 Jenis Senaman Ini?

Yoga VS Pilates, Apakah Persamaan & Perbezaan Di Antara 2 Jenis Senaman Ini?

Kedua-dua senaman yoga dan pilates akan membantu meningkatkan kecergasan anda dan menurunkan berat badan. Ia bukan hanya senaman untuk sembelit ya?

Tetapi tidak semua orang boleh menentukan persamaan atau perbezaan antara senaman yoga dan pilates untuk membolehkan mereka memilih yang membantu mencapai matlamat dan konsisten dengan gaya hidup masing-masing

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Badan Sihat, anda boleh klik di sini.

Beberapa pendapat tentang senaman yoga dan pilates

Yoga adalah kumpulan latihan fizikal, mental, dan rohani yang berasal dari India kuno. Perkataan yoga” mempunyai banyak terjemahan dan boleh ditafsirkan dalam pelbagai cara.

Banyak terjemahan yang ditujukan ke arah “penyertaan” atau “penumpuan” – pada asasnya bermakna untuk menggabungkan atau kaedah disiplin.

Yoga digunakan sebagai satu bentuk latihan untuk memindahkan tenaga melalui tubuh dengan cara yang membuatkan anda berasa tenang selepas latihan.

Anda boleh menggunakan yoga sebagai satu bentuk senaman yang mengumpul kekuatan, fleksibiliti, dan keseimbangan. Lebih banyak yoga moden yang lebih fizikal daripada rohani.

senaman yoga dan pilates

Pilates pula adalah kaedah penurunan berat badan dengan menggabungkan siri senaman untuk meningkatkan kekuatan otot dan meningkatkan kesihatan.

Pilates adalah sistem kecergasan fizikal yang dibangunkan pada awal abad ke-20 oleh Joseph Pilates.

Ia pada asalnya direka khas untuk para veteran untuk membantu pemulihan fizikal dan mental pasca Perang Dunia.

Dan dengan kehidupan yang sibuk hari ini penuh dengan ketegangan saraf, pilates akan membantu anda melegakan tekanan.

Pilates, selain daripada keupayaan untuk meningkatkan kesihatan, ia juga membantu anda mengukuhkan kekuatan, meningkatkan fleksibiliti dan menyesuaikan tubuh untuk lebih banyak keseimbangan.

Ia dikatakan memberikan kesan positif kepada semua organ dalam tubuh anda, merangsang dan mengeluarkan toksin dan sisa.

Ia bukan sejenis latihan untuk membuatkan anda berasa penat dan kekusutan. Sebaliknya, anda akan meninggalkan studio latihan dengan peningkatan tahap tenaga dan fikiran yang fokus.

Jadi, adakah ia jenis senaman yang sama?

Mungkin, jika anda melihat pilates seperti yang diilhamkan oleh yoga, ia agak serupa. Gaya yoga juga sama bentuk dan kedudukan seperti pilates.

senaman yoga dan pilates

Kedua-duanya dianggap bentuk latihan minda, untuk memupuk kesedaran dan hubungan antara tubuh dan minda. Tetapi terdapat beberapa perbezaan di antara yoga dan pilates yang anda patut tahu.

Salah satu perbezaan utama antara pilates dan yoga adalah pilates bermula dengan pelbagai pergerakan dan jangkauan kecil ke arah penghujung pergerakan sendi manakala postur yoga cenderung menahan pergerakan sendi dan latihan panjang otot teras.

Kedua, teknik pernafasan sangat berbeza. Dalam yoga, senaman pernafasan adalah kunci untuk membantu anda mencapai kelonggaran (relaxation).

Semasa latihan yoga, adalah penting untuk memberi tumpuan kepada bagaimana cara bernafas, menggunakan nafas anda untuk menghantar “chi – tenaga tubuh anda” ke kawasan yang mempunyai ketegangan untuk membantu meredakan otot tertentu dalam tubuh anda.

Dengan pilates, pernafasan digunakan sebagai teknik untuk menyediakan tenaga yang diperlukan untuk otot berfungsi dengan berkesan, sama seperti senaman normal.

Fokus pada teknik pernafasan sepanjang pilates akan membantu anda menguruskan oksigen yang memasuki tubuh dan pergi ke otot.

Ringkasnya, walaupun kedua-dua senaman yoga dan pilates mempunyai beberapa perbezaan, anda harus memilih satu untuk memenuhi matlamat anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Pilates vs. Yoga: The Key Differences and Benefits, https://gwrymca.org/blog/yoga-vs-pilates-whats-difference, Accessed Nov 5 2023.
  2. Yoga vs Pilates: What’s The Differences?, https://www.greenexercise.org/pilates-vs-yoga/, Accessed Nov 5 2023.
  3. Yoga versus Pilates…what’s the difference?, https://riverview.org/blog/uncategorized/yoga-versus-pilates-whats-the-difference-2/, Accessed Nov 5 2023.
  4. The Complementary Power of Pilates and Yoga, https://pilatesmethodalliance.org/the-complementary-power-of-pilates-and-yoga/, Accessed Nov 5 2023.
  5. Health benefits of yoga and Pilates, https://www.healthdirect.gov.au/health-benefits-of-yoga-and-pilates, Accessed Nov 5 2023.

Versi Terbaru

07/11/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bakar Lemak Lebih Pantas Dengan Senaman TABATA, Rahsia Atlet Olimpik Kekal Cergas!

Bersenam Bukan Hanya Jadikan Badan Cergas, Tapi Juga Baik Untuk Otak, No 3 Paling UTAMA


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/11/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan