backup og meta

Jangan Terkejut, Ada 6 Kelebihan Puasa Ramadan Dari Sudut Kesihatan Tau!

Jangan Terkejut, Ada 6 Kelebihan Puasa Ramadan Dari Sudut Kesihatan Tau!

Amalan puasa telah dilakukan oleh orang Islam sejak 1400 tahun yang lalu. Pada hari ini, bukan sahaja orang Islam yang mengamalkan puasa tetapi ia turut diamalkan oleh orang bukan Islam. Banyak kajian telah menunjukkan kebaikan berpuasa dari segi kesihatan.

Bulan Ramadan telah tiba dan umat Islam sekali lagi akan berpuasa selama sebulan. Teruskan membaca sehingga tamat untuk mengetahui 6 kebaikan puasa untuk perut.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Apa kebaikan berpuasa dari segi kesihatan?

Selain manfaat dan ganjaran spiritual di bulan mulia ini, ayuh kita selak manfaat dan kebaikan berpuasa dari segi kesihatan.

Kelebihan berpuasa dari sudut sains #1. Ia membantu mengawal diabetes

Seperti yang kita tahu, diabetes adalah antara penyakit kronik paling kerap berlaku di Malaysia, bahkan dunia.

Kehadiran pelbagai jenis makanan kurang berkhasiat serta pengamalan gaya hidup kurang aktif atau sedentari banyak menyumbang kepada peningkatan kes diabetes.

Puasa sebenarnya mampu membantu mengawal penyakit diabetes.

Satu kajian telah dijalankan di Qatar melibatkan 1301 pesakit diabetes muslim berumur lebih 18 tahun.

Hasil menunjukkan bahawa puasa di bulan Ramadan secara signifikan terkait dengan penurunan pada tahap kolesterol, tekanan darah dan glukosa darah dalam kalangan pesakit diabetes.

Namun, sebelum membuatkan keputusan untuk berpuasa, anda harus terlebih dahulu berbincang dengan doktor untuk melihat jika anda cukup sihat untuk berpuasa.

Ada beberapa keadaan yang membuatkan anda tidak digalakkan berpuasa bagi mengelakkan risiko tertentu.

Tapi jika doktor beri lampu hijau untuk berpuasa, jangan lepaskan peluang ini!

#2. Puasa mengurangkan faktor risiko penyakit kardiovaskular

manfaat puasa
Berpuasa dapat mencegah penyakit jantung.

Seperti diabetes, penyakit kardiovaskular juga merupakan penyakit kronik utama di Malaysia.

Antara contoh penyakit kardiovaskular ialah:

  • Penyakit arteri koronari (CAD), biasanya dimanifestasikan dengan serangan jantung
  • Penyakit serebrovaskular (CVD) termasuk strok
  • Penyakit arteri periferal (PAD)

Semua penyakit ini mempunyai faktor-faktor risiko termasuk:

Satu kajian telah dijalankan melibatkan 82 orang sukarelawan yang mempunyai sejarah penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 tahun yang lalu, berumur antara 29 hingga 70 tahun.

Keputusan kajian membuktikan penurunan yang signifikan pada faktor-faktor risiko yang disenaraikan di atas.

#3. Berpuasa menurunkan berat badan, antara kelebihan berpuasa dari sudut sains

kelebihan berpuasa
Berpuasa dapat menurunkan berat badan.

Berat badan bukan sekadar penting bagi tujuan penampilan, tetapi juga untuk mengekalkan kesihatan badan.

Berat badan berlebihan dimaklumi sebagai faktor risiko bagi banyak penyakit termasuk kencing manis, tekanan darah tinggi dan masalah pernafasan.

Puasa telah terbukti mampu menurunkan berat badan.

Sudah tentulah, anda menahan lapar lebih 10 jam.

Tapi jangan pula terkejut jika ada yang sebaliknya naik berat berat badan di bulan Ramadan sebab tidak menjaga pemakanan mereka.

#4. Berpuasa melanjutkan usia kita

Siapa tidak mahu hidup lama?

Kalau diberi peluang untuk hidup lebih lama sesaat pun, pasti kita akan ambil peluang tersebut.

Dalam satu kajian ke atas haiwan (monyet) menunjukkan bahawa puasa boleh melanjutkan usia dan mencegah penyakit yang terkait dengan penuaan.

Kajian ke atas manusia juga menunjukkan hasil yang sama. Jadi, berlaparlah harini untuk menikmati kebaikan berpuasa dari segi kesihatan ini!

#5. Puasa mengurangkan simptom gastroesophageal reflux disease (GERD)

Penyakit GERD adalah disebabkan asid dan makanan di dalam perut tertolak semula ke saluran esofagus (tiub yang menghubungkan antara mulut dan perut) menyebabkan beberapa simptom, antaranya:

Kebaikan puasa untuk perut ketika bulan Ramadan ternyata mampu mengurangkan simptom-simptom ini berbanding bulan-bulan lain, menurut kajian yang dijalankan di Indonesia.

gastrik ketika puasa
8 Petua tradisional merawat gastrik.

Kelebihan berpuasa dari sudut psikologi #6. Ia sihat untuk otak

Telah dibuktikan oleh banyak kajian bahawa kebaikan berpuasa dari segi kesihatan adalah bagus untuk otak juga kerana ia mampu meningkatkan daya tumpuan.

Fokus sebenarnya lebih baik semasa perut kosong berbanding dalam keadaan kenyang.

Perut yang penuh sebaliknya lebih membuatkan seseorang mengantuk.

Puasa juga mampu mengurangkan risiko penyakit neurodegeneratif seperti penyakit Alzheimer, Parkinson dan Huntington.

Begitu juga penyakit demensia atau mudah lupa.

Jadi, puasa hakikatnya membuatkan otak anda kekal segar dan lambat nyanyuk.

Kesimpulan

Terlalu banyak kelebihan berpuasa dari sudut sains yang ada, sama ada telah dibuktikan oleh kajian saintifik atau masih belum.
Jangan sia-siakan peluang yang ada di bulan Ramadan ini untuk merebut semua kebaikan berpuasa dari segi kesihatan.
Jangan sibuk merebut promosi raya sahaja!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. The Effects of Ramadhan Fasting on Clinical Symptoms in Patients with Gastroesophageal Reflux Disease.  https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27840350. Accessed on March 8, 2024.
  2. The Benefits of Fasting. https://www.muslimaid.org/media-centre/blog/the-benefits-of-fasting/. Accessed on March 8, 2024.
  3. The Physical Health Benefits of Fasting in Ramadan. https://www.ikca.org.uk/news/physical-health-benefits-fasting/. Accessed on March 8, 2024.
  4. The Reward of Fasting in Islam. https://muslimhands.org.uk/latest/2021/03/the-benefits-of-fasting-in-the-quran-and-hadith. Accessed on March 8, 2024.
  5. Ramadan: The Practice of Fasting. https://www.eatright.org/food/cultural-cuisines-and-traditions/holidays-and-celebrations/ramadan-the-practice-of-fasting. Accessed on March 8, 2024.

 

Versi Terbaru

09/03/2024

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Ingin Berhenti Merokok Bulan Puasa Ini? Buat 5 Tip Di Bawah Confirm Anda Tak Hisap Lagi

Ini Cara Merawat Keracunan Makanan, Ada 5 Makanan Perlu Ambil & Elak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 09/03/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan