
Mendaki gunung adalah satu aktiviti yang sangat baik. Ia menyihatkan badan serta memberikan anda satu pengalaman baru setiap kali mendaki. Babak yang paling menyerokokkan adalah ketika tiba di puncak. Semua kepenatan mendaki pastinya akan terbayar dengan pemandangan yang indah di puncak gunung. Sekali mendaki, pasti anda inginkannya lagi.
Sebelum mendaki, anda perlukan kelengkapan dan persediaan yang cukup. Jangan lupa 6 perkara ini.
1. Kasut yang sesuai
Untuk bukit kecil yang memakan masa tak sampai satu jam, kasut sukan biasa mungkin sudah memadai. Namun, bagi pendakian yang memakan masa berjam-jam atau berhari-hari, anda memerlukan kasut mendaki gunung yang sesuai untuk memudahkan pendakian dan mengelakkan kecederaan.
2. Air yang banyak
Jangan memandang rendah pada stamina yang anda perlukan ketika mendaki gunung. Walaupun anda seorang pelari marathon, belum tentu anda mampu bertahan semasa mendaki gunung kerana cabarannya adalah berbeza. Sediakan air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi.
3. Makanan lebih
Makanan lebih sentiasa akan berguna. Sama ada untuk dinikmati di samping air terjun yang indah ataupun ketika situasi yang tidak diingini seperti sesat atau terperangkap.
4. Alatan keselamatan: lampu, api dan wisel
Anda perlu sentiasa bersedia untuk situasi-situasi yang buruk. Peralatan ini sangat penting untuk memastikan pendakian yang menyeronokkan tidak bertukar menjadi tragedi yang memedihkan.
5. Kit keselamatan
Jangan bertindak melulu dengan mendaki tanpa kit keselamatan. Kecederaan sangat biasa berlaku ketika mendaki. Dengan bentuk muka bumi yang tidak rata dan bermacam jenis tumbuhan serta binatang, kecederaan adalah perkara yang biasa.
6. Pisau atau alat serba guna
Ia sangat penting untuk memotong pokok, dahan, akar atau apa-apa yang menghalang perjalanan. Selain itu, ia juga boleh membantu anda menyediakan kayu api atau menyediakan makanan.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.