backup og meta

Sinusitis Kronik: Adakah Anda Juga Alaminya? Semak Tanda Di Sini!

DefinisiTanda tanda sinus terukPuncaDiagnosis dan Rawatan

Definisi

Apa itu Sinusitis Kronik?

Sinusitis kronik ialah keadaan biasa dimana kaviti sekeliling laluan hidung (sinus) menjadi radang dan membengkak sekurang-kurangnya 12 minggu, walaupun sudah mencuba dengan rawatan.

Sinusitis Kronik: Adakah Anda Juga Alaminya? Semak Tanda Di Sini!

Ia juga dikenali sebagai rhinosinusitis kronik, keadaan ini mengganggu penyaliran dan menyebabkan terjadinya mukus. Bernafas melalui hidung mungkin menjadi sukar. Kawasan disekitar mata dan muka anda mungkin berasa bengkak, dan anda mengalami kesakitan atau berasa pedih pada muka.

Sinusitis kronik terjadi disebabkan oleh jangkitan, dengan pertumbuhan kuman tersebut di dalam sinus (nasal polyp) atau septum hidung menjadi senget. Keadaan ini sering berlaku kepada orang dewasa pertengahan umur dan orang muda, tetapi ia juga boleh berlaku kepada kanak-kanak.

Tanda tanda sinus teruk

sinusitis kronik
Sinus menyebabkan hidung tersumbat.

Apakah tanda tanda sinus teruk?

Sekurang-kurangnya dua daripada empat tanda-tanda dan simptom utama sinusitis kronik perlu muncul bersama radang hidung untuk diagnos keadaan ini. Antaranya ialah:

  • Cecair pekat, berwarna yang keluar daripada hidung atau mengalir ke belakang tekak (pengaliran belakang hidung).
  • Hidung tersumbat, menyebabkan kesukaran bernafas melalui hidung.
  • Sakit, berasa pedih dan bengkak sekeliling mata, pipi, hidung atau dahi.
  • Kurang deria bau dan rasa dalam kalangan orang dewasa atau batuk pada kanak-kanak.

Tanda-tanda dan simptom lain ialah:

  • Sakit telinga
  • Saki pada rahang dan gigi atas
  • Batuk yang menjadi semakin teruk pada waktu malam.
  • Sakit tekak
  • Mulut berbau (halitosis)
  • Letih atau mudah berasa jengkel
  • Loya

Sinusitis kronik dan akut mempunyai tanda dan simptom yang sama, tetapi sinusitis akut ialah jangkitan sinus sementara dan biasanya bersama selsema. Tanda dan simptom sinusitis kronik lebih lama dan selalunya menyebabkan keletihan.

Demam bukanlah tanda yang lazim bagi sinusitis kronik, tetapi anda mungkin mengalaminya bersama sinusitis akut.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor anda sekiranya anda mengalami perkara berikut:

  • Anda mengalami sinusitis berulang kali, dan  tidak pulih dengan rawatan.
  • Anda mengalami simptom sinusitis melebihi daripada tujuh hari.
  • Simptom anda tidak pulih selepas berjumpa doktor.

Berjumpa dengan doktor anda dengan segera jika anda mengalami tanda berikut dimana ia mungkin merupakan tanda jangkitan serius:

  • Demam panas
  • Bengkak dan merah disekeliling mata
  • Sakit kepala yang teruk
  • Kekeliruan
  • Penglihatan menjadi dua atau perubahan penglihatan yang lain.
  • Kekakuan leher

Punca

Apakah Punca Sinusitis Kronik?

sinusitis kronik
Periksa keadaan hidung anda.

Punca lazim sinusitis kronik ialah:

  • Polyp hidung. Pertumbuhan tisu ini boleh menghalang laluan hidung atau sinus.
  • Septum hidung bengkok. Septum yang senget-dinding antara lubang hidung-mungkin menjadi sempit atau menghalang laluan sinus.
  • Keadaan kesihatan lain. Komplikasi cystic fibrosis, reflux perut dan esofagus atau HIV dan penyakit berkaitan sistem imuniti yang lain juga boleh menyebabkan laluan hidung terhalang.
  • Jangkitan saluran pernafasan. Jangkitan pada saluran ini- selalunya disebabkan oleh selsema- boleh menyebabkan radang dan menebalkan lapisan sinus dan menghalang pengaliran mukus. Jangkitan ini boleh disebabkan oleh virus, bakteria atau fungi.
  • Alahan seperti demam alergi,radang yang berlaku bersama alahan boleh menghalang laluan sinus.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

Bagaimana pesakit Sinusitis Kronik didiagnosis?

Doktor anda akan memeriksa untuk kesakitan pada hidung dan muka dan melihat ke dalam hidung anda.

Metod lain untuk diagnos sinusitis kronik ialah:

  • Endoskopi hidung. Tiub nipis, felksibel (endoskopi) bersama cahaya fiber optik dimasukkan melalui hidung untuk doktor melihat ke dalam sinus anda. Ia juga dikenali sebagai rhinoskopi.  
  • Kajian imbasan. Gambaran ini diambil menggunakan imbasan CT atau MRI menunjukkan secara teliti tentang sinus dan bahagian hidung anda. Ini mungkin menunjukkan dengan tepat radang dalaman atau penghalang fizikal yang sukar untuk dikesan menggunakan endoskopi.
  • Kultur hidung dan sinus. Kultur ini secara amnya tidak boleh memberi diagnosis sinusitis kronik. Tetapi apabila keadaan ini gagal memberi respon kepada rawatan atau menjadi semakin teruk, kultur tisu mungkin membantu mengesan punca seperti bakteria atau fungi.
  • Ujian alahan. Jika doktor anda mengesyaki keadaan ini adalah disebabkan galakan daripada alergi, dia akan mencadangkan ujian alahn kulit. Ujian kulit ini selamat dan cepat sera membantu mengesan dengan tepat allergen yang menyebabkan berlakunya alahan tersebut.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Chronic sinusitis. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/chronic-sinusitis/home/ovc-20211159. Accessed 10 Feb, 2017.
Sinusitis Treatments and Home Remedies. http://www.webmd.com/allergies/sinusitis. Accessed 10 Feb, 2017.

Versi Terbaru

28/07/2025

Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Sering Alami Resdung Hingga Rasa Tak Selesa? Ketahui Punca Resdung Anda Di Sini!

Resdung Buat Muka Anda Berjerawat? Ini 4 Kesan Lain Akibat Alahan Rinitis!


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Dikemas kini 28/07/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan