backup og meta

Ini 5 Tip Berkesan Untuk Merawat Simptom Radang Hati!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/01/2022

    Ini 5 Tip Berkesan Untuk Merawat Simptom Radang Hati!

    Terdapat pelbagai jenis hepatitis dan ada yang boleh menyebabkan kerosakan hati. Jom ketahui bagaimana cara untuk menguruskan simptom radang hati ini agar ia dapat berfungsi dengan baik.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

    Jenis hepatitis

    Secara amnya, hepatitis merupakan istilah umum yang menggambarkan simptom radang hati, tetapi dalam masa yang sama ia turut boleh terjadi disebabkan banyak punca dan mengakibatkan pelbagai impak.

    Hepatitis boleh disebabkan oleh:

    • Virus
    • Kesan toksik ubat
    • Kesan toksik daripada suplemen tertentu, penyediaan herba dan ubatan haram
    • Hati berlemak disebabkan oleh kadar lemak dalam darah tinggi yang berkembang di hati
    • Mewarisi penyakit hati

    Keradangan hepatitis boleh menyebabkan kerosakan hati, bahkan menghancurkan sel hati. Jenis hepatitis yang dialami mungkin akut – jangkitan baru dan akan hilang, atau kronik – penyakit jangka panjang yang tidak hilang.

    Lama-kelamaan, hepatitis kronik boleh mengakibatkan parut hati yang disebut fibrosis. Apabila parut terbentuk pada hati, ia boleh menyebabkan keadaan lebih serius dikenali sebagai sirosis hati. Jika berlaku, hati tidak akan dapat dipulihkan lagi.

    simptom radang hati

    Simptom radang hati akut 

    Hepatitis akut biasanya tidak kekal lama.

    Penyebab umum termasuklah jangkitan dengan salah satu virus hepatitis atau terlebih dos ubat seperti acetaminophen yang merupakan ubat penghilang rasa sakit.

    Telah banyak maklumat mengenai kemungkinan kesan toksik daripada pengambilan acetaminophen, malangnya ramai individu tidak mengambil peduli keadaan tersebut. 

    Kebanyakan kes jenis hepatitis akut daripada acetaminophen berlaku kepada mereka yang mengambil 2x lebih daripada dos disyorkan.

    Pelbagai bentuk hepatitis akut ini akan hilang dengan sendiri atau kerana ubatan yang menyebabkan hepatitis tidak lagi diambil. Pun begitu, beberapa bentuk hepatitis akut boleh mengakibatkan kegagalan hati kronik bahkan disfungsi hati akut yang teruk.

     Baca juga:

    Simptom radang hati kronik 

    Hepatitis yang berlangsung lebih daripada 6 bulan dikategorikan sebagai kronik. Hepatitis jenis ini mungkin berlanjutan selama beberapa tahun atau sepanjang hayat anda. 

    Terdapat 2 kategori utama hepatitis kronik:

    • Hepatitis aktif kronik – Keradangan aktif dan berterusan yang boleh menyebabkan sirosis
    • Hepatitis berterusan kronik – Bentuk hepatitis kronik ringan yang tidak mengakibatkan sirosis

    Penyebab jenis hepatitis kronik adalah:

  • Virus, terutamanya virus hepatitis B dan hepatitis C
  • Pengambilan alkohol yang banyak
  • Penyakit autoimun
  • Daripada jumlah keseluruhan penghidap hepatitis kronik, dianggarkan sekurang-kurangnya 60% mereka menderita hepatitis C. kecederaan hati dan parut; ini merupakan komplikasi biasa.

    Hepatitis C biasanya menyebabkan gejala ringan semasa jangkitan yang berpotensi mengakibatkan parut dan sirosis.

    Penyebab hepatitis kronik lain turut boleh menyebabkan kecederaan hati progresif yang akhirnya akan menjadi sirosis. 

    simptom radang hati

    Cara mengurus dan merawat radang hati

    Cara pengurusan atau rawatan untuk jenis hepatitis akut atau kronik adalah bergantung kepada sejarah perubatan, punca dan keadaan penyakit anda serta keputusan yang dibuat oleh anda setelah berunding dengan doktor.

    Berikut adalah beberapa tip am untuk menangani hepatitis:

    Suntikan vaksinasi

    Tiada rawatan khusus untuk hepatitis A, tetapi suntikan vaksin yang efektif dalam mencegah jangkitan boleh diberikan.

    Suntikan vaksin untuk hepatitis B juga tersedia. Namun, buat masa ini masih belum terdapat suntikan vaksinasi yang boleh mencegah hepatitis C.

    Walau bagaimanapun, sekiranya anda kini menghidap hepatitis C, suntikan vaksin bagi melawan hepatitis A dan B perlu diberikan. Ia adalah penting untuk mencegah kerosakan hati daripada menjadi lebih teruk jika terdedah kepada virus lain.

    Ubat preskripsi 

    Terdapat pelbagai pilihan ubat antivirus yang berkesan untuk mengawal jenis hepatitis B dan C kronik.

    Beberapa penyakit hati keturunan mempunyai rawatan khusus yang dapat mengehadkan tahap hepatitis. Masalah hepatitis autoimun juga dapat dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan.

    Anda disarankan untuk mengikut arahan doktor dalam hal berkaitan pengambilan ubat bagi mengelakkan wujudnya masalah ketoksikan ubat.

    Sentiasa maklumkan kepada doktor mengenai sebarang ubat yang anda ambil. Sama ada ubatan bebas yang dibeli di farmasi, ubatan preskripsi dan ubatan herba, semuanya boleh menjadi punca hepatitis.

    Hadkan atau elakkan pengambilan acetaminophen 

    Acetaminophen adalah penghilang rasa sakit yang baik, tetapi kebanyakan doktor kini akan mengesyorkan dos lebih rendah daripada biasa kepada individu dengan simptom radang hati.

    Jika mempunyai kerosakan hati, anda tidak boleh mengambil acetaminophen sama sekali. Tanyakan kepada doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

    simptom radang hati

    Kawal pengambilan alkohol

    Tidak kira apa jenis hepatitis yang anda alami, pengambilan alkohol boleh menjadikan ia lebih teruk. 

    Ia menjadi lebih bahaya jika alkohol diminum bersama pengambilan ubat yang boleh merosakkan hati.

    Penjagaan diri yang baik bantu rawat simptom radang hati

    Perkara paling penting adalah untuk menjaga diri. Ini termasuklah dalam aspek diet pemakanan seimbang, bersenam dan mengekalkan sistem sokongan yang baik. 

    Anda juga digalakkan untuk belajar cara menguruskan tekanan dan keletihan.

    Tip terbaik untuk menguruskan penyakit hati adalah dengan mempelajari dan mengetahui lebih mendalam mengenai masalah kesihatan yang dialami serta melakukan pemeriksaan berkala dengan doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan