brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Menavigasi Asma Bronkial Kanak-Kanak Untuk Kehidupan Yang Lebih Sihat & Ceria!

Taiping, 27 Disember, 2024- Columbia Asia menyediakan panduan tepat bagi petua hilangkan asma kanak-kanak oleh pakar berpengalaman, Dr Ng Wei Chun, Pakar Perunding Pediatrik.

Menavigasi Asma Bronkial Kanak-Kanak Untuk Kehidupan Yang Lebih Sihat & Ceria!

Teruskan pembacaan anda melalui artikel untuk ketahui lebih lanjut berkaitan pengurusan asma dalam kalangan kanak-kanak.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Apa itu asma bronkial?

Anda perlu mengajar anak untuk menggunakan inhaler dengan betul.
Anda perlu mengajar anak untuk menggunakan inhaler dengan betul.

Asma bronkial adalah penyakit pernafasan kronik yang dicirikan oleh keradangan saluran udara kronik, yang membawa kepada saluran pernafasan yang sensitif.

Apabila terdedah kepada pencetus-pencetus tertentu, saluran pernafasan ini bertindak balas secara berlebihan dan menyempit.

Individu yang menghidap asma bronkial mengalami “serangan” berkala iaitu batuk, semput, sesak nafas dan dada sesak.

Asma adalah penyakit pernafasan kronik utama di seluruh dunia.

Ia memberi kesan kepada kira-kira 262 juta individu. Di Malaysia, ia dianggarkan melibatkan 8.9 hingga 13.0% kanak-kanak dan 6.3% orang dewasa.

Tanda-tanda asma bronkial kanak-kanak

Kanak-kanak asma cenderung batuk dengan kerap walaupun mereka nampak sihat. Batuk atau semput biasanya berlaku pada waktu malam atau sejurus selepas bangun dari tidur, semasa mereka bermain atau ketawa, atau apabila mereka terdedah kepada pencetus tertentu.

Apabila kanak-kanak diserang asma (asthma exacerbation), gejala-gejala mereka mungkin menjadi lebih teruk, termasuk:

  • Batuk dan semput yang teruk
  • Pernafasan yang cepat atau sukar untuk bernafas
  • Dada tertarik dalam secara berlebihan
  • Sukar untuk bercakap
  • Muka menjadi pucat/biru
Ketahui punca-punca asthma.
Ketahui punca-punca asma.

Petua Hilangkan Asma Kanak-Kanak

Menghasilkan pelan tindakan asma peribadi adalah penting untuk menguruskan gejala asma dan mencegah serangan asma.

Pelan tindakan asma termasuk panduan untuk memilih ubat asma atau penyedut, bila dan cara menggunakan ubat, tindakan yang perlu dilakukan jika gejala menjadi lebih teruk dan bila untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

#1. Mengawal alergi

Pastikan rumah bebas dari alergen seperti debu, bulu haiwan peliharaan atau spora kulat. Membersihkan rumah dengan kerap dan menggunakan penapis udara boleh membantu.

#2. Meningkatkan kualiti udara di dalam rumah

Menggunakan pembersih udara dan memastikan pengudaraan yang baik di dalam rumah dapat membantu mengurangkan pemicu asma.

#3. Pemakanan sihat

Pastikan anak mendapat diet yang seimbang dengan makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral. Makanan yang kaya dengan omega-3 (seperti ikan dan kekacang) dikaitkan dengan pengurangan simptom asma.

#4. Madu dan Halia

Sesetengah kajian menunjukkan madu dan halia boleh membantu melegakan simptom asma. Madu boleh memberikan kelegaan pada saluran pernafasan, sementara halia mempunyai sifat anti-radang.

#5. Senaman dan aktiviti fizikal

Lakukan aktiviti luar rumah untuk anak anda tetapi jauhkan aktiviti yang terlalu ekstrem.
Lakukan aktiviti luar rumah untuk anak anda tetapi jauhkan aktiviti yang terlalu ekstrem.

Aktiviti fizikal yang sesuai dan terkawal boleh membantu meningkatkan kapasiti paru-paru. Namun, pastikan senaman dijalankan di bawah pengawasan doktor.

Kesimpulan

Keadaan asma yang dikawal dengan baik membolehkan kanak-kanak menjalani kehidupan yang aktif dan normal dengan hanya sedikit gejala yang menyusahkan.
Mereka boleh melakukan aktiviti harian tanpa kesukaran dan boleh membantu meminimumkan ponteng sekolah akibat gejala.
Lebih penting lagi, mereka mengurangkan kemungkinan untuk mendapat serangan asma yang teruk yang boleh mengancam nyawa.
medical
Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Disemak secara perubatan oleh
Dokter Umum · Hello Health Group
Ditulis oleh Siti Fatihah · Disemak pada 16/07/2025