Mungkin ramai yang pernah terfikir dan tertanya dari mana datangnya air liur yang wujud dalam mulut kita bukan?
Untuk pengetahuan anda, ia tentu sekali datang daripada salah satu elemen dalam mulut yang bernama kelenjar air liur!
Meskipun ramai yang kurang arif mengenai kelenjar ini, namun wajar untuk kita tahu tentang beberapa kondisi kesihatan yang boleh berlaku kepada bahagian dalam mulut ini.
Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.
Apa itu kelenjar air liur?
Sebelum pergi dengan lebih lanjut, ayuh kita berkenalan dengan definisi sebenar kelenjar ini terlebih dahulu.
Kelenjar ini adalah elemen yang berfungsi menghasilkan air liur untuk disalurkan ke dalam mulut kita semua.
Ia bertujuan memudahkan individu menelan dan mengunyah makanan serta minuman selain menghalang jangkitan pada bahagian oral.
Terdapat dua bahagian kelenjar ini iaitu:
Kelenjar major
Ia adalah bahagian kelenjar terbesar dan terpenting kerana ia menghasilkan paling banyak amaun air liur di dalam mulut anda.
Terdapat 3 komponen utama di dalam bahagian kelenjar ini iaitu; kelenjar parotid, kelenjar submandibular dan kelenjar sublingual.
- Parotid – Terletak di hadapan telinga
- Submandibular – Terletak di bawah rahang
- Sublingual – Terletak di sisi lidah
[embed-health-tool-bmi]
Kelenjar minor
Terdapat ratusan kelenjar ini di dalam mulut dan ia adalah sangat kecil sehingga sukar untuk dikesan menggunakan mikroskop.
Kebanyakannya terletak di bibir, lidah, lelangit, pipi, hidung, sinus dan kotak suara.
Kedua-dua kelenjar sama ada major atau minor ini akan bekerjasama dalam berfungsi menghasilkan air liur yang mencukupi bagi memastikan mulut tidak kering.
Namun, kadangkala kelenjar ini akan mengalami kegagalan ekoran keadaan kesihatan yang berlaku terhadapnya.
Baca juga:
- 5 Masalah Kesihatan Yang Boleh Berlaku Pada Kelenjar Air Liur, Yang Terakhir Paling Menakutkan!
- Awas! Jangkitan Virus Hepatitis C Boleh Tersebar Melalui Seks Oral, Tapi Bukan Air Liur
Masalah berkaitan kelenjar air liur
Segala organ, tulang, saraf atau kelenjar yang terdapat di dalam tubuh badan kita semua tidak boleh lari daripada masalah termasuklah kelenjar air liur.
Berikut merupakan beberapa masalah yang boleh berlaku terhadap kelenjar ini:
#1. Sialadenitis
Sialadenitis adalah suatu kondisi di mana kelenjar ini mengalami keradangan dan kebengkakan.
Kondisi ini berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus yang boleh jadi akut atau kronik.
Sekiranya berlaku, berikut merupakan antara simptom-simptomnya:
- Sakit pada bahagian leher
- Leher membengkak terutamanya pada bawah telinga dan rahang
- Keluar lelehan berwarna kuning atau putih daripada dalam mulut
Untuk merawatnya, doktor akan meminta anda menjalani pemeriksaan kesihatan sama ada mengunakan pengimbas CT atau MRI.
Kemudian, anda mungkin akan disarankan untuk meningkatkan pengambilan air, mengambil gula masam, menuam leher serta mengambil antibiotik.
Jika rawatan susulan ini tidak menunjukkan sebarang kesan positif, maka anda mungkin perlu menjalani pembedahan untuk membuang kelenjar air liur.
#2. Sialolithiasis
Sialolithiasis adalah suatu kondisi di mana terdapat batu kecil yang terbentuk di dalam kelenjar ini.
Sehingga kini, pakar masih belum dapat menentukan apa puncanya namun ia terdapat beberapa faktor risiko.
Berikut adalah faktor risiko yang diperkatakan:
- Dehidrasi
- Kurang minum
- Kurang makan
- Pengambilan ubatan seperti antihistamines, tekanan darah tinggi serta psikiatri
Bergantung kepada lokasi batu kecil ini terbentuk, doktor mungkin boleh membuangnya dengan mudah sahaja.
Namun jika ia terlalu dalam, pembedahan perlu dijalankan untuk membuangnya atau dengan kelenjar ini sekali.
Sekiranya batu kecil ini menyebabkan sekatan pada kelenjar, maka ia akan menjadi pencetus sialadenitis yang boleh jadi akut atau kronik pula.
#3. Tumor kelenjar air liur
Untuk pengetahuan anda, tumor boleh berlaku di dalam kelenjar ini namun pakar masih belum dapat mengesahkan punca sebenarnya.
Ia mungkin mempunyai kaitan dengan beberapa faktor risiko termasuklah:
- Terdedah kepada radiasi
- Terlalu lama merokok
Kebanyakan tumor adalah kecil dan akan menyebabkan kesakitan, kebengkakan serta kelemahan kawasan kelenjar yang terjejas.
Untuk merawatnya, pembedahan adalah jalan yang terbaik untuk membuangnya dan terapi radiasi akan dibuat jika ia masih ada.
#4. Sista kelenjar air liur
Sista pada kawasan kelenjar ini boleh terbentuk melalui kecederaan, jangkitan, tumor atau batu kecil yang menghalang pengaliran air liur.
Dalam sesetengah kes, ada bayi yang dilahirkan dengan sista pada kelenjar parotif akibat masalah perkembangan telinga mereka.
Ia akan menjejaskan kemampuan individu untuk bercakap atau mengunyah dan boleh dibuang melalui prosedur pembedahan.
#5. Sindrom Sjogren
Ia adalah penyakit autoimun yang kronik dan berlaku akibat sel imun individu menyerang kelenjar ini lantas menyebabkan kekeringan mulut yang teruk.
Majoriti penghidap sindrom ini juga akan mengalami pembesaran pada kelenjar di kedua-dua belah mulut mereka.
Meskipun ia kebiasannya tidak menyebabkan rasa sakit, ia akan menjejaskan penampilan penderita lantas menghilangkan keyakinan diri.