backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ada Tip Nak Bagi Hidung Mancung, Caranya Lakukan Senaman, Berkesan Atau Sekadar Harapan Palsu?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/04/2021

    Ada Tip Nak Bagi Hidung Mancung, Caranya Lakukan Senaman, Berkesan Atau Sekadar Harapan Palsu?

    Meskipun kita semua lahir dalam kepelbagaian kaum yang berbeza fizikal, namun sudah pasti ramai yang mengimpikan hidung mancung bukan?

    Disebabkan itu, ada individu yang sanggup berhabis ribuan ringgit dengan melakukan pembedahan plastik sedangkan hasilnya belum tahu lagi!

    Lebih mengejutkan, ada juga yang percaya kepada tips hidung mancung, termasuk dengan melakukan senaman untuk mencapai hasrat mereka itu.

    Bagi mengetahui keberkesanannya, mari kita semua ikuti artikel ini.

    Hidung & pembedahan plastik

    Tahukah anda bahawa pembedahan hidung adalah salah satu daripada jenis pembedahan plastik yang paling banyak dilakukan di seluruh dunia?

    Menurut data yang diperoleh daripada American Society of Plastic Surgeons, lebih 207,000 pembedahan ini dilakukan di Amerika Syarikat!

    Pembedahan ini boleh dilakukan untuk mengubah saiz, bentuk atau proposisi hidung individu yang kurang berpuas hati dengan hidung kurniaannya.

    Dalam pada itu, pembedahan plastik juga mungkin akan dilakukan untuk:

    hidung gatal

    Sekiranya pembedahan dilakukan untuk memperbetulkan 3 perkara di atas ini, maka ia adalah harus dan boleh dilakukan buat individu yang beragama Islam.

    Namun haruslah kalian tahu sekiranya ia dilakukan untuk mengubah ciptaan, maka hukumnya adalah haram dan keputusan terletak di tangan anda sendiri.

    Mungkin disebabkan itu, ada individu yang percaya dengan tips hidung mancung melalui senaman!

    Tips hidung mancung, bagaimana caranya?

    Jangan terkejut jika kami kata ada individu yang mempercayai dan mengamalkan senaman untuk memancungkan hidung mereka sendiri.

    Senaman yang dikenali sebagai ‘yoga hidung’ ini dilakukan dengan cara mencubit dan mengurut bahagian muncung hidung secara perlahan.

    Kononnya, ia bertujuan untuk membuat hidung menjadi mancung jika senaman ini dilakukan secara berkala. Benarkah?

    Jawapannya adalah tidak kerana sehingga kini masih belum wujud sebarang bukti saintifik yang mengatakan bahawa senaman hidung mancung ini boleh mendatangkan sebarang kesan.

    Ini kerana saiz, bentuk atau proposisi hidung ditentukan oleh bentuk tulang rawan yang terdapat di dalam hidung.

    Senaman ini pula hanya dilakukan pada bahagian tisu hidung yang tidak langsung akan terkesan dengannya.

    Sekiranya anda melakukan senaman hidung mancung dan berasakan ia berkesan, maka ia mungkin hanyalah sekadar kesan plasebo semata-mata.

    hidung gatal

    Apa cara betul untuk memperbaikinya?

    Jika anda masih tidak boleh menerima ketentuan keadaan hidung anda sendiri, ada beberapa cara yang mungkin boleh dilakukan termasuklah:

    #1. Pembedahan plastik

    Pembedahan plastik pada hidung boleh dilakukan dan terdapat dua kaedah utama yakni; rhinoplasty dan septoplasty.

    Kami mungkin tidak akan menyarankan anda melakukannya jika hanya sekadar untuk tujuan kosmetik kerana wujud lagi cara yang lain.

    Namun ia mungkin adalah keputusan yang baik jika tujuannya adalah untuk memperbaiki kecacatan sejak lahir.

    Buat anda yang beragama Islam khususnya, fikirkan semula sebelum ambil keputusan ini ya?

    #2. Suntikan dermal

    Prosedur ini akan dilakukan dengan cara menyuntik hyaluronic acid atau calcium hydroxylapatite ke dalam hidung oleh doktor.

    Kesannya, ia akan membuat hidung tampak lebih kurus dan lurus dalam masa yang agak panjang selepas beberapa kali prosedur.

    Namun kalian juga perlu tahu bahawa ia tidak akan kekal selamanya dan mungkin hanya akan mampu bertahan selama kira-kira 6 bulan sahaja.

    hidung mancung

    #3. Solekan hidung

    Akhir sekali, solekan boleh dilakukan untuk membuat satu ilusi di mana hidung kalian tampak lebih mancung.

    Caranya adalah dengan menggunakan bronzer untuk menggariskan bahagian sisi hidung anda dengan tona yang lebih gelap daripada kulit.

    Kemudian, perhaluskan bahagian tengah hidung anda dengan menggunakan matte highlighter bagi membuat ia lebih menyerlah.

    Akhir sekali, manipulasikan bayang menggunakan beauty blender untuk membuat hidung kelihatan sedikit mancung berbanding sebelumnya.

    Anda mahu melakukan senaman hidung mancung?

    Melalui artikel ini, maka persoalan di mana adakah senaman untuk buat hidung mancung ini sudah pun terjawab, dan jawapannya adalah ia tidak berkesan.
    Sekiranya anda masih mahu untuk mengubah keadaan hidung anda, maka mungkin boleh cuba 3 alternatif lain yang kami senaraikan di atas tadi.
    Namun kami akan nyatakan sekali lagi di mana individu yang beragama Islam adalah haram hukumnya untuk melakukan pembedahan plastik.
    Keputusan terletak di tangan anda, maka fikirkan sebelum buat okay!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/04/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan