backup og meta

Titisan Alahan, Rawatan Terbaharu Untuk Masalah Alergi

Titisan Alahan, Rawatan Terbaharu Untuk Masalah Alergi

Anda rasa rimas selalu diganggu alahan? Sudah puas mencari cara merawat alergi dan gatal yang dialami, namun takut untuk menerima suntikan? Kini, anda boleh mencuba titisan alergi atau allergy drops yang dikatakan berkesan untuk merawat beberapa jenis alahan.

Rawatan menggunakan titisan alergi turut dikenali dengan nama sublingual immunotherapy (SLIT).

Sublingual bermaksud di bawah lidah. Immunotherapy pula bermaksud rawatan yang membantu pesakit untuk meningkatkan sistem imun masing-masing.

SLIT merupakan satu kaedah rawatan yang semakin berkembang di Amerika Syarikat dan Eropah sebagai alternatif kepada suntikan alahan. 

Walaupun nampak berbeza, kedua-dua kaedah rawatan ini mempunyai tujuan yang sama iaitu mengurangkan simptom alahan secepat mungkin.

Rawatan alahan menggunakan suntikan atau titisan, mana lebih baik?

cara merawat gatal alergi

Immunoterapi alergen, atau turut dikenali dengan nama suntikan alahan merupakan satu cara rawatan jangka panjang yang berkesan untuk merawat pesakit yang mempunyai alahan rhinitis, asma, conjunctivitis dan sengatan serangga.

Suntikan alahan dapat membantu mengurangkan sensitiviti terhadap alergen dan memberikan kelegaan jangka masa panjang kepada pesakit walaupun setelah rawatan dihentikan. Oleh sebab itu, rawatan ini lebih efektif dan bermanfaat kepada pesakit alahan.

Titisan alergi pula merupakan sejenis rawatan oral yang boleh dilakukan di dalam keselesaan rumah sendiri. Pesakit tidak perlu melakukan lawatan ke hospital ataupun menerima suntikan yang menyakitkan.

Malah, cara penggunaannya juga mudah. Cuma letakkan beberapa titis ubat ke bahagian bawah lidah, dan siap. Malah, serumnya juga boleh disesuaikan untuk menyasarkan semua jenis alahan yang pesakit hidap dalam satu masa yang sama.

Jadi, cara yang manakah lebih baik untuk merawat simptom alergi seperti mata berair, hidung tersumbat, kulit gatal dan sebagainya? Jawapannya mungkin berbeza mengikut individu.

Walaupun titisan alahan merupakan satu jenis rawatan yang mudah dan tidak memakan masa yang lama, namun ia masih belum diluluskan oleh U.S. Food and Drug Administration (FDA).

Namun, kedua-dua rawatan tersebut terbukti dapat meningkatkan kualiti hidup pesakit alahan dan mengurangkan simptomnya dalam jangka masa panjang.

Rawatan tidak sesuai untuk semua jenis alahan

Walaupun kedua-dua rawatan ini mempunyai kesan yang sama dan dapat membina imuniti terhadap alergen, tapi ia mempunyai kebaikan dan kekurangannya yang tersendiri.

Sebagai contoh, suntikan alahan boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis alahan daripada pendedahan terhadap kulat sehinggalah ke alahan yang disebabkan oleh sengatan serangga.

Walau bagaimanapun, titisan alahan pula lebih efektif untuk rawatan alergi rhinitis, conjunctivitis atau alahan terhadap hama debu.

Malah, titisan alahan juga dilihat sebagai rawatan yang sesuai untuk kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas. Mereka juga lebih selesa untuk menerima rawatan alergi berbentuk titisan berbanding suntikan.

Secara amnya, kedua-dua kaedah rawatan selamat dan efektif untuk mengurangkan reaksi alergi badan terhadap alergen.

Walaupun suntikan alahan mampu merawat lebih banyak jenis alergi, namun rawatan menggunakan titisan alergi pula lebih murah dan mudah untuk digunakan.

Oleh sebab itu, pemilihan antara suntikan atau titisan mungkin akan berbalik semula kepada jenis alahan yang anda alami serta ketersediaan rawatan tersebut di tempat anda.

Perbezaan rawatan suntikan alahan dan titisan alahan

cara merawat gatal alergi

Selain faktor yang dibincangkan di atas, ada beberapa lagi perbezaan di antara dua jenis rawatan alahan ini yang perlu anda tahu:

Suntikan alahan

  • Diberikan oleh doktor
  • Suntikan diberikan sekali atau dua kali seminggu dalam masa sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan. Kemudian, suntikan akan diberikan sebulan sekali
  • Menakutkan untuk kanak-kanak
  • Menyakitkan

Titisan alahan

  • Boleh diambil sendiri di rumah, tidak perlu ke hospital
  • Sekali, atau 3 kali seminggu
  • Mudah diterima oleh kanak-kanak
  • Tidak menyakitkan

Untuk pengetahuan anda, rawatan menggunakan ubat titisan dilihat dapat mengurangkan hampir 40% simptom alahan seperti batuk, bersin dan sesak nafas berbanding penggunaan steroid dan antihistamin.

Malah, ia juga dapat mengurangkan masalah hidung berair dan tersumbat. Menurut Sandra Lin dari Johns Hopkins Medicine, penggunaan ubat titisan ini amat bermanfaat kepada ramai penghidap alahan.

Bukan sahaja ia dapat mengurangkan ketidakselesaan yang dialami, malah masa perjalanan antara rumah dah hospital juga dapat dijimatkan. 

Kini, pesakit tidak lagi perlu ke hospital berkali-kali untuk mendapatkan rawatan untuk alahan yang dihidapi.

[embed-health-tool-heart-rate]

Kesimpulan

Walaupun rawatan dengan cara titisan nampak lebih berkesan dan menjimatkan, ia mungkin belum lagi dikeluarkan secara meluas di negara kita.

Rawatan menggunakan suntikan pula sudah diamalkan selama bertahun-tahun. Oleh sebab itu, ia mungkin lebih diyakini berbanding rawatan baharu ini.

Jika anda mencari cara untuk merawat alergi serta simptom-simptomnya seperti gatal, mata berair, hidung tersumbat dan sebagainya, berjumpalah doktor dengan kadar segera untuk berbincang mengenai kaedah rawatan yang sesuai.

Jadi, jangan biarkan alahan menganggu hidup anda! Simptomnya boleh dikurangkan jika anda berjumpa pakar untuk mendapatkan rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. AAAAI. 2020. Allergy Shots (Immunotheraphy). September 9. Accessed March 22, 2021. https://www.aaaai.org/conditions-and-treatments/library/allergy-library/allergy-shots-(immunotherapy).
  2. Aurora Healthcare. 2017. Myth Or Fact: Drops By Mouth May Beat Allergies. June 23. Accessed March 22, 2021. https://www.aurorahealthcare.org/patients-visitors/blog/myth-or-fact-drops-by-mouth-may-beat-allergies.
  3. Health Plus. 2020. Treating Allergies: Are Allergy Shots or Drops Better? March 5. Accessed March 22, 2021. https://www.parkwayeast.com.sg/healthplus/article/allergy-drops-vs-shots#content.
  4. Johns Hopkins Medicine. 2013. Hate Allergy Shots? Oral Allergy Drops are a Pretty Good Option for Some Allergy and Allergic Asthma Sufferers, Study Review Shows. March 26. Accessed March 22, 2021. https://www.hopkinsmedicine.org/news/media/releases/hate_allergy_shots_oral_allergy_drops_are_a_pretty_good_option_for_some_allergy_and_allergic_asthma_sufferers_study_review_shows.
  5. MyHEALTH Portal. 2012. Alahan Hidung. April 26. Accessed March 22, 2021. http://www.myhealth.gov.my/alahan-hidung/.

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Ketiak Selalu Gatal & Naik Ruam? Ini Mungkin Sebab Alahan Deodoran!

Nak Anak Kurang Berisiko Dapat Alahan? Ibu Boleh Cuba Minum Lebih Banyak Susu Lembu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan