backup og meta

Ish, Gatalnya Tangan Lepas Masak! Jangan Terkejut, Berpeluh Di Dapur Juga Boleh Jadi Punca!

Ish, Gatalnya Tangan Lepas Masak! Jangan Terkejut, Berpeluh Di Dapur Juga Boleh Jadi Punca!

Ibu-ibu yang suka memasak di dapur pasti kerap mengalami gatal tapak tangan selepas memasak. Kadangkala, gatal tersebut boleh menyebabkan kulit tangan mengelupas dan menyebabkan kesakitan.

Tetapi, apa yang anehnya, gatal-gatal tersebut akan hilang jika anda tidak memasak. Jadi apa sebenarnya yang berlaku?

Gatal tapak tangan merupakan satu perkara yang lazim berlaku kepada mereka yang bekerja di dalam sektor makanan.

Malah, menurut DermNet NZ, pekerja restoran mengalami dermatitis sentuh dua kali ganda lebih banyak daripada pekerja daripada industri lain.

Tapi, apakah maksud dermatitis sentuh? Dermatitis sentuh merupakan satu kondisi yang berlaku apabila anda menyentuh sesuatu bahan yang menyebabkan kulit anda menjadi gatal-gatal atau naik ruam. 

Malah, kadangkala penyakit kulit ini boleh menjadi serius hingga menjadi penyebab mereka berhenti kerja atau bertukar karier!

Apa punca tangan gatal ketika memasak?

gatal tapak tangan

Sebenarnya, ada banyak faktor yang menyebabkan berlakunya dermatitis sentuh dalam kalangan mereka yang suka memasak. Antaranya adalah:

  1. Pendedahan kepada bahan yang menyebabkan iritasi seperti sabun, jus buah atau sarung tangan getah.
  2. Pendedahan terhadap alergen seperti bahan kimia anti mikrobial.
  3. Perubahan yang ekstrem dari segi suhu.
  4. Kondisi kulit yang sedia ada (kulit sensitif, ekzema).

Kadangkala, dermatitis yang sedia ada jadi semakin teruk disebabkan oleh jangkitan bakteria.

Kesan yang terjadi disebabkan kombinasi faktor ini boleh menyebabkan kulit tapak tangan jadi gatal dan mengelupas.

Dermatitis sentuh disebabkan iritasi

Mereka yang suka memasak, lebih-lebih lagi yang berada di dalam sektor makanan terpaksa membasuh tangan berkali-kali sepanjang hari.

Walaupun aktiviti membasuh tangan merupakan sesuatu yang penting, terlalu banyak mencuci tangan juga boleh menyebabkan kulit tapak tangan jadi kering dan mengelupas.

Malah, keadaan ini akan jadi semakin teruk jika individu tersebut mempunyai sejarah ekzema atau mempunyai penyakit asma.

Selain membasuh tangan, ada banyak lagi perkara yang boleh menyebabkan iritasi dan gatal pada tapak tangan. Sebagai contoh:

  1. Memegang makanan yang lembap seperti daging dan makanan laut.
  2. Kerap mengeringkan tangan menggunakan tuala atau tisu.
  3. Menggunakan alkohol ketika menyediakan makanan.
  4. Menggunakan tepung yang boleh mengeringkan kulit.
  5. Rempah seperti cili yang boleh menyebabkan kulit mengalami iritasi.
  6. Sabun basuh pinggan yang mengeringkan kulit.
  7. Kawasan dapur yang panas dan menyebabkan peluh.

Tapak tangan gatal disebabkan alahan

gatal tapak tangan

Dermatitis sentuh juga boleh berlaku disebabkan reaksi alahan. Walau bagaimanapun, perkara ini jarang terjadi jika dibandingkan dengan dermatitis sentuh disebabkan iritasi.

Simptom kedua-dua kondisi ini juga lebih kurang sama. Walau bagaimanapun, alahan akan menyebabkan pesakit mengalami reaksi alergi dalam masa 4 hingga 24 jam selepas sentuhan.

Jika anda didiagnosis dengan alahan, tidak ada ubat untuk kondisi ini melainkan menjauhkan diri daripada bahan yang menyebabkan alergi tersebut.

Pencegahan adalah kunci bagi pesakit yang mengalami dermatitis sentuh disebabkan alahan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, cuba elakkan beberapa bahan yang boleh mencetuskan reaksi alahan seperti:

  1. Sarung tangan getah.
  2. Bahan pewangi dan pengawet di dalam sabun.
  3. Bahan memasak seperti bawang putih, bawang merah dan sayur salad.
  4. Nikel pada peralatan memasak.

Untuk pengetahuan anda, alahan terhadap nikel merupakan salah satu bentuk dermatitis sentuh yang lazim berlaku dalam kalangan pekerja industri masakan.

Malah, hampir 11% wanita dewasa sensitif terhadap nikel. Walau bagaimanapun, sensitiviti ini jarang berlaku dalam kalangan lelaki.

Contact urticaria selepas memegang makanan

gatal tapak tangan

Contact urticaria merupakan sejenis reaksi alergi yang berlaku serta-merta atau dalam masa 10 hingga 30 minit selepas pesakit menyentuh sebarang alergen.

Selalunya, alahan ini akan berkurang dalam masa sejam selepas pesakit tidak lagi menyentuh alergen tersebut.

Reaksi ini berlaku disebabkan kehadiran protein yang spesifik dan boleh menyebabkan tangan menjadi gatal dan membengkak.

Mereka yang bekerja dalam industri masakan selalunya akan mengalami alahan jenis ini apabila mereka bekerja dengan daging, tepung atau beberapa jenis buah-buahan atau sayur-sayuran.

Contact urticaria juga boleh berlaku disebabkan pemakaian sarung tangan getah.

Jika anda mengalami simptom seperti di atas, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin.

Alahan yang berlaku berkali-kali mungkin menandakan penyakit dermatitis sentuh yang perlu diperiksa oleh doktor segera.

Jangan pandang ringan masalah tapak tangan gatal

Ramai yang akan mengalami masalah tapak tangan gatal berulang kali, lebih-lebih lagi jika mereka gemar memasak.

Rasa gatal ini bukan sahaja mengganggu kehidupan seharian, ia juga boleh menyebabkan penghidapnya rasa sakit dan pedih disebabkan luka ketika menggaru.

Jika boleh, berjumpalah dengan doktor secepat mungkin untuk mengetahui punca sebenar sensitiviti yang anda alami. 

Doktor boleh membantu dengan melakukan diagnosis yang bertepatan dengan keadaan anda.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. DermNet NZ. 2018. Hand dermatitis. March. Accessed February 4, 2021 . https://dermnetnz.org/topics/hand-dermatitis/.
  2. DermNet NZ. January. Skin problems in chefs and restaurant workers. 2016. Accessed February 4, 2021. https://dermnetnz.org/topics/occupational-skin-disorders-in-chefs-and-restaurant-workers/.
  3. DermNet NZ. 2012. Skin problems in food handlers and the catering industry. Accessed February 4, 2021. https://dermnetnz.org/topics/skin-problems-in-food-handlers-and-the-catering-industry/.
  4. Mayo Clinic. 2020. Contact dermatitis. June 19. Accessed February 4, 2021. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/contact-dermatitis/diagnosis-treatment/drc-20352748.
  5. Occupational Dermatology. n.d. Skin, Gloves and the Food Industry. Accessed February 4, 2021. https://www.occderm.asn.au/resources-about-skin-health/food-handlers/.

Versi Terbaru

30/08/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Sering Gatal-Gatal Tangan Bila Pakai Emas? Itu Petanda Anda Hidap Alergi Nikel

Rasa Sakit & Kebas Di Tapak Tangan? Ia Mungkin Tanda CTS, Semak Simptomnya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 30/08/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan