backup og meta

Berapa Lamakah Penghidap Kanser Tulang Tahap 4 Boleh Terus Hidup?

Berapa Lamakah Penghidap Kanser Tulang Tahap 4 Boleh Terus Hidup?

Diagnosis kanser merupakan sesuatu yang pahit untuk ditelan. Tidak dinafikan, penghidap penyakit kanser pasti akan rasa sedih, gemuruh dan takut setelah menerima berita mengenai kondisi masing-masing. Untuk penghidap kanser tulang tahap 4, jangka hayat atau kadar kemandirian seseorang bergantung kepada banyak faktor.

Menurut American Cancer Society, kadar kemandirian 5 tahun untuk penghidap kanser tulang secara puratanya adalah 78%. Namun, ia mungkin berbeza mengikut jenis dan tahap kanser tulang yang dihidapi pesakit.

Sebagai contoh, pesakit osteosarkoma iaitu kanser tulang yang paling lazim ialah 60%. Jika kanser ini didiagnosis ketika ia masih belum merebak, kadar kemandirian 5 tahun akan meningkat kepada 75%.

Namun, jika ia telah merebak ke kawasan nodus limfa yang terdekat, pesakit mempunyai kadar kemandirian 5 tahun sebanyak 66%. Untuk penghidap kanser tulang tahap 4 pula, kadar kemandirian mereka akan berkurang sebanyak 27%.

Jika anda mempunyai kanser tulang tahap 4, doktor boleh memberikan penilaian secara profesional mengenai keadaan anda. Mereka juga boleh menentukan rawatan kanser yang sesuai dengan kondisi pesakit. 

Walaupun statistik nampak menakutkan, faktor yang mempengaruhi kadar kemandirian 5 tahun berbeza dari individu ke individu.

Apakah maksud kadar kemandirian 5 tahun?

kanser tulang tahap 4

Sebelum bercakap mengenai kanser tulang tahap 4, anda mestilah tahu maksud sebenar kadar kemandirian 5 tahun.

Kadar kemandirian 5 tahun didapati daripada statistik yang membandingkan pesakit dengan penyakit dan tahap yang sama.

Sebagai contoh, jika kadar kemandirian 5 tahun untuk kanser tulang adalah sebanyak 80%, ini bermaksud penghidap kanser ini mempunyai peluang untuk terus hidup sebanyak 80% berbanding mereka yang tidak menghidap kanser 5 tahun selepas didiagnosis.

Kadar kemandirian 5 tahun bukanlah sesuatu yang tepat. Ia hanyalah anggaran. Malah, penghidap kanser pada zaman sekarang mungkin mempunyai harapan yang lebih tinggi berbanding statistik tersebut.

Tambah lagi, rawatan kanser semakin baik dan berkembang tahun demi tahun disebabkan teknologi yang semakin maju. Statistik yang digunakan juga berdasarkan penghidap kanser yang didiagnosis 5 tahun lalu.

Apakah maksud kanser tulang tahap 4?

Kanser tulang merupakan sejenis kanser yang jarang berlaku. Malah, penghidap kanser ini hanya merangkumi 1% daripada semua jenis kanser.

Ia boleh bermula pada mana-mana bahagian tulang. Namun, kanser ini lebih banyak berlaku pada kawasan lengan dan kaki.

Kanser tulang mempunyai tahap yang berbeza untuk menentukan sejauh manakah kanser tersebut telah merebak. Selain itu, sistem ini juga membantu doktor untuk menentukan rawatan yang terbaik buat pesakit.

Kanser tulang tahap 4 merupakan tahap yang paling serius. Kanser tahap 4 juga bermaksud ia telahpun merebak ke bahagian badan yang lain.

Untuk kanser jenis ini, penentuan tahap juga akan mengambil kira gred sel kanser tersebut atau abnormalitinya ketika dikaji di bawah mikroskop.

Selain itu, kanser tulang tahap 4 juga terbahagi kepada 2 tahap iaitu:

  1. Tahap 4A: Kanser telah merebak ke kawasan paru-paru.
  2. Tahap 4B: Kanser telah merebak ke kawasan nodus limfa atau telah merebak ke organ lain selain paru-paru. Kanser ini juga dikira sebagai kanser metastatik.

Faktor risiko penyakit kanser tulang

kanser tulang tahap 4

Hingga hari ini, faktor yang mencetuskan kanser tulang masih belum dikenal pasti. Namun, ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser ini iaitu:

  1. Sindrom genetik yang diwarisi. Terdapat beberapa sindrom genetik yang jarang berlaku seperti sindrom Li-Fraumeni yang boleh meningkatkan risiko kanser tulang.
  2. Penyakit Paget pada kawasan tulang. Penyakit ini selalunya berlaku pada orang tua. Malah, penghidap penyakit ini juga mempunyai risiko kanser tulang yang lebih tinggi.
  3. Terapi radiasi untuk kanser. Terapi radiasi yang diterima ketika rawatan kanser boleh meningkatkan risiko kanser tulang pada masa hadapan. Malah, risiko ini juga lebih tinggi jika pesakit pernah menerima terapi radiasi ketika mereka masih kanak-kanak.
  4. Usia. Penyakit kanser tulang seperti chondrosarcoma berlaku dalam kalangan warga emas. Namun, ia juga boleh berlaku kepada orang yang lebih muda.

Mempunyai faktor risiko bukanlah bermaksud anda akan mendapat penyakit tersebut. Ramai orang yang mempunyai banyak faktor risiko, namun tidak menghidap kanser tulang.

Malah, ada juga mereka yang tidak mempunyai sebarang faktor risiko, namun telah didiagnosis dengan kanser tulang tahap 4.

Jangan sesekali putus asa

kanser tulang tahap 4

Kanser tulang tahap 4 merupakan sesuatu yang amat menakutkan. Mereka yang menerima diagnosis ini memerlukan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada insan tersayang dan juga ahli keluarga.

Malah, mereka juga dapat membantu pesakit untuk bertenang dan berfikir dengan lebih jelas. Pasangan, ahli keluarga dan sahabat memainkan peranan yang amat penting dalam hidup penghidap kanser.

Jangan lupa, statistik untuk penghidap kanser merupakan sesuatu yang tidak pasti dan boleh berubah-ubah. Tambah lagi, ada banyak faktor yang boleh mempengaruhi kadar kemandirian 5 tahun pesakit kanser tulang tahap 4.

Jadi, jangan sesekali putus asa. Ikut rawatan seperti yang dijadualkan oleh doktor. Jangan lupa berbincang dengan doktor jika anda mempunyai sebarang masalah atau keraguan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. American Cancer Society. 2021. Risk Factors for Bone Cancer. July 17. Accessed July 12, 2021. https://www.cancer.org/cancer/bone-cancer/causes-risks-prevention/risk-factors.html.
  2. American Cancer Society. 2021. Survival Rates for Bone Cancer. June 17. Accessed July 12, 2021. https://www.cancer.org/cancer/bone-cancer/detection-diagnosis-staging/survival-statistics.html.
  3. American Cancer Society. 2021. Survival Rates for Osteosarcoma. January 25. Accessed July 12, 2021. https://www.cancer.org/cancer/osteosarcoma/detection-diagnosis-staging/survival-rates.html.
  4. Cancer Research UK. 2018. Survival. January 12. Accessed July 12, 2021. https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/bone-cancer/survival.
  5. Cancer.Net. 2021. Bone Cancer (Sarcoma of Bone): Statistics. January. Accessed July 12, 2021. https://www.cancer.net/cancer-types/bone-cancer-sarcoma-bone/statistics.
  6. Mayo Clinic. 2020. Bone cancer. March 10. Accessed July 12, 2021. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/bone-cancer/diagnosis-treatment/drc-20350221.

Versi Terbaru

06/03/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ketahui Jenis Dan Tahap Kanser Perut, Penentu Rawatan Yang Sesuai Dengan Barah

Rasa Sakit Kaki Atau Tangan? Ia Antara 6 Tanda Kanser Tulang Yang Anda Mesti Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 06/03/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan